Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Tuesday, January 3, 2017

PILIHAN DIRANCANG - BUAT PERSEDIAAN TERUS

nuffnang_bid = "427849629a968ee2fe567f79d6eee71a"; document.write( "
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = '//eccdn1.synad3.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

tial; background-clip: initial; background-image: initial; background-origin: initial; background-position: 0px 0px; background-repeat: initial; background-size: initial; border: none; box-sizing: border-box; font-size: 21.7px; font-weight: 700; margin: 0px; outline: 0px; padding: 0px; vertical-align: baseline;">Ikuti Laman Rasmi Saya> Motivasi, Pendidikan dan Perniagaan Internet di http://1wan.biz   dan Blog saya di http://1wan.biz/wp  serta Laman Pendidikan di http://koleksiminda.com   

Salam Sejahtera,

Kita bertemu lagi 3 Januari 2017. Apa khabar?. Pastinya anda sihat dan sedang membaca blog ini. Tajuk kita kali ini adalah sambungan dari apa yang saya sebutkan dalam posting sebelum ini, Pilih Laluan Kita seperti di bawah ini.


Pilihan dirancang - TERUS













Sekiranya kita merancang untuk menjadi seorang peniaga internet, maka kita perlu terus mendapatkan 'first hand information' dari orang yang sebenar atau bidang yang sebenar dari awal lagi. Kita boleh mulakan separuh jalan tetapi hasilnya akan datang separuh juga.

Orang dewasa yang sudah bergelumang dalam perniagaan, disebut sedikit dia sudah nampak jauhnya berbanding dengan seorang pelajar sekolah.

Suka saya mengambil analogi kepada seorang pelajar belasan tahun yang sedang menjana pemikiran untuk memilih laluan pendidikan dan kerjayanya.

Jika anda seorang pelajar, samada pelajar di sekolah atau kolej mahupun institusi pengajian tinggi, sudah tentu anda sedang berkira-kira untuk menetapkan laluan pendidikan dan kerjaya anda.

MAHU JADI SEORANG JURURAWAT ATAU AHLI X-RAY?

Jika anda ingin menjadi Jururawat anda perlu mengikuti Aliran Sains Tulen seperti juga anda ingin menjadi Ahli X-Ray. Oleh itu, langkah awal, permulaan yang jelas adalah anda perlu berada dalam BIDANG SAINS TULEN.

Maklumat yang tepat sangat diperlukan dalam bidang yang ingin diceburi. Maklumat yang tepat itu hanya akan diperolehi apabila anda berada dalam bidang itu. Jika tidak, anda hanya mendapat sedikit maklumat sahaja.

MENETAPKAN BIDANG

Anda perlu terus menetapkan bidang apa yang anda inginkan. Mesti. Setidak-tidaknya anda mesti tahu APA MINAT ANDA, APA KELEBIHAN ANDA, APA KECENDERUNGAN ANDA. Anda sendiri yang tahu. Bukan ibu atau bapa. Bukan ikut kawan. Kerana itu, sewaktu di sekolah anda mungkin telah didedahkan dengan UJIAN PSIKOMETRIK oleh kaunselor anda. Ujian Personaliti serta Ujian Minat Kerjaya Holland antara ujian yang boleh memberikan gambaran tentang diri anda walaupun ia tidak 100 tepat. Ini perlu diambil berat kerana ia boleh memberi gambaran tentang kecenderungan kita.

Jika anda belum melakukannya, anda boleh melakukannya secara online juga. Keputusannya anda boleh rujuk untuk diketahui. Perinciannya jumpalah Kaunselor anda.

Anda boleh ke laman saya untuk memilih membuat Ujian Minat Kerjaya Holland secara online di http://ekauseling.koleksiminda.com  . Anda lawat laman ini nanti dan anda akan nampak sign spt banner di bawah dan klik disini. Ianya dihubungkan dengan pautan untuk membuat ujian. PERCUMA. 



CONTOHNYA

Apabila anda berada dalam bidang Sains Tulen, anda sudah mula mendalami apa yang anda mahu. Saya berikan petikan kupasan saya dibawah. Ini kupasan benar, bukan kupasan contoh. 

Ini adalah kupasan BIDANG PENGIMEJAN PERUBATAN ( MEDICAL IMAGING) (XRAY) yang dijalankan apabila anda menyambung pelajaran peringkat Diploma Di KPJ University College.

BIDANG DIPLOMA PENGIMEJAN PERUBATAN KPJUC


Diploma Pengimejan Perubatan ini merupakan salah satu bidang yang terletak di bawah fakulti sains kesihatan. Bidang pengimejan perubatan ini lebih dikenali sebagai medical imaging dengan nama saintifiknya. Dengan kata ringkas lain, bidang ini adalah bidang yang menuntut anda bergelumang dengan proses xx-raydan radiotion. Bidang ini merupakan antara bidang separa profesional yang terdapat di negara. Diploma Pengimejan Perubatan ini menggabungkan pengetahuan ilmiah dan kemahiran praktikal sebenar di dalam makmal-makmal moden dan lengkap. Hal ini betujuan untuk melengkapkan ssserta meeeningkatkan pengalaman pengetahuan dan kemahiran bagi melahirkan ahli medical imaging yang berfikiran kritis. antara manfaat terbesar bidang ini ialah membolehkan diognisis dilakukan tanpa sebarang prosedur melalui pembedahan dan secara tidak langsung membolehkan penyakit kritikal seperti kanser dapat dikenal pasti dengan lebih cepat.
Persediaan
Persediaan merupakan perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap individu. Tanya pada diri, adakah aku sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran? Anda perlu membuat penyelidikan dalam diri anda sendiri mengenai kemampuan, minat dan tidak lupa daripada aspek akademik. Malahan, aspek akademik merupakan aspek utama yang bakal dinilai sebelum melayakkan anda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengimejan Perubatan ini. Oleh kerana, bidang kimia merupakan bidang yang agak sukar dan tergolong dalam bidang yang separa profesional, maka kebanyakan IPT akan mengadakan sesi temuduga dan hanya pelajar yang berjaya pada sesi temu duga akan berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.
Pada kebiasaannya, pelajar yang mengambil aliran sains tulen ( Kimia, Fizik, Bilogi) pada peringkat SPM. Hal yang demikian kerana bidang ini bakal melibatkan subjek-subjek Sains berikut. Sebelum anda memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, penting untuk anda ketahui akan syarat-syarat kelayakan akademik agar anda tidak tersalah memilih bidang. Dalam aspek ini, para pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian pada peringkat Diploma Pengimejan Perubatan perlu mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya lulus SPM dengan tiga (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan salah satu subjek Sains (Kimia, Fizik, Biologi). Namun begitu, sesetengah IPT meletakkan syarat kelayakan yang lebih tinggi yang mahukan syarat minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus SPM dengan lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan salah satu subjek Sains. Maka di sini boleh disimpulkan bahawa setiap IPT meletakkan syarat kelayakan yang berbeza. Setelah meneliti syarat kelayakan, sudah pasti anda boleh membuat keputusan sama ada anda layak ataupun tidak untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini.
Pada kebiasaannya, pengajian peringkat diploma dalam bidang ini mengambil masa selama tiga tahun. Anda juga perlu menjalani latihan praktikal untuk satu ataupun dua semester (mengikut IPT) bagi membiasakan diri pelajar dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Sepanjang tempoh pengajian, para pelajar akan mempelajari pelbagai subjek yang berkaitan dengan bidang ini. Antara subjek-subjek berikut ialah :
  • Anathomy and Physology I & II
  • Physics for Radiography I & II
  • Radiography Procedures I & II
  • Health Psychology
  • Health Science and Pharmacy in Islam
  • Patern Management in Radiography
Selain daripada subjek yang disenaraikan, banyak lagi yang akan anda pelajari. Para pelajar juga akan didedahkan dengan teknik komunikasi yang betul ketika berhadapan dengan pesakit. Meskipun subjek yang bakal anda pelajari ini kelihatan sukar, namun dengan usaha tenaga pengajar yang berpengalaman dan profesional, sudah pasti sedikit sebanyak akan memudahkan proses pembelajaran anda. Malahan, dengan latihan dalam makmal juga akan meningkatkan proses pemahaman anda terhadap sesuatu subjek itu.
Peluang Kerjaya
Hasil gabungan pembelajaran yang komprehensif dan juga aspek praktikal di dalam Diploma Pengimejan Perubatan ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada para graduan dalam industri ini. Oleh hal yang demikian, graduan program ini tidak perlu risau kerana bidang ini mempunyai masa depan yang cerah sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Selain daripada melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah, Master mahupun PhD dalam bidang Pengimejan mahupun Fizik Perubatan para graduan boleh memohon pekerjaan sebagai :
  • Juru Xx-Ray di Hospital awam mahupun swasta
  • Application Specialist
  • Jurutera Pemasaran
  • Pembantu Juru Xx-Ray
  • Tenaga Pengajar( Master mahupun PhD)
  • klik link di bawah

Syarat kelayakan masuk 

Diploma Pengimejan Perubatan (R / 725/4/0006)(BM)Struktur Program
Tempoh: 3 tahun
Mod Pengajian: Sepenuh Masa
Semester: 6
Jam Kredit: 96
Enrolmen
Kolej KPJ Healthcare University, Nilai (Feb, Jun, September)
Award (s)
Diploma Pengimejan Perubatan dari KPJ Healthcare University College.
Syarat Kemasukan (Pelajar Malaysia)
SYARAT KEMASUKAN ALIRAN SASTERA:
Lulus SPM dengan (5) kepujian dalam:
Bahasa Malaysia
English
Matematik
Sains Am atau Sains Gunaan atau Sains Kesihatan
(1 subjek lain)
SYARAT KEMASUKAN ALIRAN SAINS: Lulus SPM dengan (5) kepujian dalam:
Bahasa Malaysia
English
Matematik
Fizik atau Kimia atau Biologi: Minimum (2 mata pelajaran: PASS)
(1 subjek lain)
Yuran pendidikanTempatan: RM 45,000

Inilah yang saya maksudkan. Anda perlu terus berada dalam bidang anda yang anda inginkan di masa hadapan untuk membolehkan anda mendapat maklumat yang terus, dan jelas.


IMAGINASI


Imaginasi yang anda perlu buat sekarang ialah, 
Jika anda ingin menjadi pakar dan hebat dalam bidang anda, anda perlu dari awal lagi memilih untuk berada dalam bidang tersebut, bukan berada dalam bidang lain tanpa anda merancangnya.
Setakat ini dahulu,Besok kita jumpa lagi untuk membincangkan tentang TETAP. 
Terima kasihWan Zainal

No comments: