Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Sunday, January 1, 2017

Kemana Kita?

Ikuti lamam Rasmi Saya; Motivasi, Pendidikan dan Perniagaan Internet di http://1wan.biz  dan Blog saya di http://1wan.biz/wp serta Laman Pendidikan di http://koleksiminda.com  



Salam Sejahtera,
Bersua kembali kita hari ini, 1 Januari 2017. Apa khabar?. 


Moga pembaca ini sihat sejahtera. 

Soalan biasa yang ditanya dan dijawab setiap kali awal tahun adalah 'Apa azam baru kamu?'. Soalannya lumrah dan jawapan juga lumrah. Tidak menghairankan jika ada yang berkata 'saya tetap sambung azam lama'. Azam lama belum lagi tercapai, inikan pula ingin membina azam baru. 

Apapun yang dijawab, ia akan tetap menuju ke satu arah iaitu Matlamat Kita. Seringkali orang bertanya kepada kita atau kita bertanya pada orang lain. Jarang sekali kita bertanya pada diri sendiri. "Kemana Kita?" Atau lebih tepat "Kemana Saya?" pada tahun 2017 ini. 

Saya sudah menjawab kepada soalan itu. 

Saya katakan kepada diri saya bahawa saya ingin MENGGAPAI IMPIAN. Jika saya ingin menggapai impian, maka apakah impian saya itu?. 

Di sini lagi sudah bermula kontroversi. Impian bermula dari katadasar nya mimpi. Ia sangat jauh dari cita-cita. Impian adalah sesuatu yang ingin kita raih, kita dapatkan, atau kita capai sedangkan cita-cita adalah sesuatu yang ingin kita capai disertai perencanaan dan tindakan kita untuk mencapainya. 

Jadi impian saya itu adalah matlamat yang lemah??. Tidak mengapa. Jangan disusahkan pemikiran dari persoalan bahasa. 

Saya sudah menetapkan matlamat saya MENGGAPAI IMPIAN kerana saya sedang berusaha ke arah itu. Saya meletakkan matlamat 365 penulisan di sini untuk tahun 2017...!!!!. 

Ahh.. ini gila. Mana mungkin di capai..!!!. Ini persoalan dan pertikaian, termasuk anda yang sedang membaca ini. Cita-cita saya adalah mendapatkan RM 2,000,000.00 pendapatan perniagaan internet dan konsultasi pada tahun 2017. 


Maka saya sedang melakar laluan untuk menggapai impian itu. Ini beerti saya sedang menggunakan segala anggota fizikal dan mental untuk mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan itu. Impian atau cita-cita ia tidak menjadi persoalan. 

Perkara yang sangat penting adalah Bagaimana Kita Berfikir Untuk Menggapai Impian itu. MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA Semua orang pandai menjawab apabila ditanya "ke mana matlamat anda?". Semua orang akan berminat, berkeinginan, berharap untuk sampai ke puncak kejayaannya. Seorang pendaki gunung, matlamat akhirnya adalah tiba di puncak. 


Matlamat terakhir seorang pemancing adalah mendapatkan ikan. Matlamat akhir seorang penjual adalah mendapat keuntungan, matlamat terakhir seorang pelajar adalah mendapat kejayaan. Apapun yang anda fikirkan sekarang ia tetap terarah kepada mencapai kejayaan. Apabila kita melihat foto di atas, dengan sendirinya kita tahu bahawa petunjuk itu menunjukkan laluan ke arah puncak kejayaan. 

1.Berfikir Ke Mana Mahu Pergi 

Oleh itu, sekarang, masa ini kita telah memulakan langkah PERTAMA menggapai impian iaitu berfikir ke arah mana kita akan pergi. 

Untuk sampai ke puncak sudah pasti ada banyak jalan dan laluan yang menjadi pilihan. Lain orang lain pilihan jalannya, lain juga caranya. 

Mungkin anda tidak berfikir seperti saya. Mungkin anda berfikir lebih baik dari saya. Mungkin anda lebih bijak dari saya. Apapun yang anda fikir, anda sedang bersama saya sekarang 'menentukan ke mana kita mahu pergi tahun 2017 ini'. 

Ohhh... mahu pergi ke Puncak?. Puncak kita adalah berbeza. Saya katakan saya mahu 365 artikel dan RM2 juta. Itu puncaknya. Anda??? Anda tetapkanlah puncak yang anda ingin capai. Anda ingin miliki BMW?. Ingin Syarikat yang berjaya?. Ingin cemerlang SPM dengan 10A+. Ingin menjana pendapatan 8 angka?. Terpulanglah. Fikir sekarang?. 

Fikir. Sudah Fikir??? 

Kenapa?. 

Keliru?. 

Banyak sangat matlamat?. 

Semua anda mahu?. 

2. Fikir Satu Pada Satu Masa 

Berikan tumpuan pada satu perkara pokok pada satu masa. Pusatkan fikiran pada apa yang mahu kita tetapkan. Saya katakan tadi bahawa kita fikir tentang matlamat akhir kita ke puncak. Itu impian yang mahu kita capai. Jadi fikirlah puncak itu. Anda mungkin sedang memikirkan cara, masalah, halangan dan beribu perkara lagi untuk sampai ke puncak itu. Jangan. Jangan. Ini kerana kita diberikan 365 hari setahun. 


Hari ini hari pertama. Kita tetapkan matlamat ke puncak mana ingin kita capai pada 31 Disember 2017. Hari ke 2, 2 Januari 2017 baru kita mulakan perkara yang seterusnya untuk menuju ke arah itu. 

 Opppsss....!!! sebelum itu... 

3. Catatkan Matlamat 

Anda Ada kajian mengatakan otak kita tidak mampu berfikir 2 perkara dalam satu masa. Jika mampu pun ia akan menjadikan kita hilang fokus. Apabila hilang fokus, kita akan bercelaru. Apabila bercelaru, kita akan berhenti dari berfikir tentang matlamat kita. 


Jadi, mari kita catatkan apa yang kita baca dan apa yang kita fikir kerana inilah yang akan kita buat lagi 364 hari. Pastikan kita telah mencatat matlamat yang difokuskan kerana kita telah memulakan langkah pertama iaitu berfikir ke mana mahu pergi dan akhirnya kita mencatat matlamat kita tahun 2017. Jumpa lagi.

 Wan Zainal Wan Zi, Motivasi, Pendidikan dan Perniagaan Internet

No comments: