Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Saturday, May 10, 2014

SATU CARA MENENTUKAN LALUAN KERJAYA ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Peramanya,  suka nak beritahu, saya cari-cari di internet jumpalah rajah di atas. Intinya penting kerana menyentuh tentang perancangan kerjaya. Maka pentinglah bagi kita untuk menentukan laluan kerjaya masing-masing. Salah pilih kerjaya, hati tidak puas,kerja tidak sepenuhnya, akhirnya motivasi kerja akan merudum. Malas nak kerja sebab kita tak minat dengan kerja tu.

Pilihan laluan kerjaya ini juga berkait rapat dengan pelajar, khususnya lepasan Sekolah, Pra U, Matrikulasi, Diploma dan Ijazah.

Peringkat asas dan kritikal adalah cabaran kepada pelajar sekolah lepasan SPM dan STPM. Menentukan laluan kerjaya perlu melalui proses PENENTUAN KURSUS atau bidang yang di pilih sebelummemasuki IPTA atau IPTS. 

Oleh itu, rajah di atas menjadikan 'Knowing Yourself' sebagai perkara pertama yang perlu dilakukan. Anda perlu tahu apa  kerjaya yang sesuai dengan anda. Yang sesuai dengan jiwa anda, yang anda cita-citakan selama ini. Kerjaya yang anda memang akan beri komitmen 100 peratus. Inilah yang susah. Setiap orang dihantui dengan pilihan kerjaya yang pelbagai dan berubah-ubah. Ada kawan saya petang tadi bercerita tentang anaknya. Sebelum Trajedi MH370 anaknya sangat berminat dalam kerjaya Indusri Petroleum Luar Pantai tetapi selepas tragedi anaknya sangat berminat untuk menjadi PILOT. Wah...!!! MH370 mencetuskan revolusi baru dalam pemilihan kerjaya. Positif ruapanya.

Dia bertanya kepada saya. Bagaimana tu?.

Mudah. Semua orang berhak pilih laluan kerjayanya. Anak yang nak belajar dan bekerja. Bukan ayah. Ayah hanya beri panduan dan dorongan yang sesuai untuk mengukuhkan perancangan laluan kerjaya anak. Maka kalau itu sudah menjadi cita-citanya, dorongkanlah. Katakan dia perlu meneruskan kursus yang telah ditawarkan oleh MARA walaupun ia juga mendapat peluang Matrikulasi. Jika kursus penerbangan, MRSM Kulim menyedekian Foundation dalam kursus berkaitan selama setahun dan seterusnya menyambung pelajaran di Miat Unikl peringkat Ijazah untuk laluan kerjaya PILOT. Pastinya anda perlu menyemak laluan dan kursus selepas itu untuk melayakkan anda menjadi pilot.

Ini perubahan minat kerjaya. Saya bukan nak cerita pasal Pilot tetapi nak jelaskan bahawa sebelum anda memasuki bidang kerjaya, anda perlu memilih kursus yang betul dan tepat untuk laluan kerjaya itu.

Sebelum memilih kursus, anda perlu tahu APAKAH KURSUS DAN KERJAYA YANG SESUAI DENGAN ANDA.

Langkah 1-KNOWING YOURSELF 
Kerana itulah, langkah pertama adalah mencuba Ujian Minat Kerjaya agar ia dapat memberi sedikit panduan kepada anda.

Saya sediakan pautan ini untuk anda membuat ujian secara online dan mendapat jawapan serta merta. Ianya dalam English. Jika anda gunakan Google Chrome anda boleh alihbahasa. Anda jawab hingga selesai dan anda akan diberi KOD 3 MATA HOLLAND. Pautan nya di sini  (di web saya) atau jika ingin terus ke pautan asal di sini .

Lakukan satu persatu. Setelah selesai dan anda mendapat kod 3 mata Holland, anda kembali ke laman wb saya untuk mengetahui perkara seterusnya.

Langkah 2 - EXPLORING YOUR OPTION
Langkah ini penting kerana anda sebenarnya telah mengetahui KOD TIGA MATA HOLLAND ANDA SAMADA gabungan tiga dari berikut. Anda kembali ke laman web saya dan lihat interpretasi setiap satu kod 3 mata anda untuk mengetahui perinciannya. Anda boleh klik link di bawah.


Disammping saya memuatkan di situ interpretasi setiap satunya, saya telah meletakkan berpuluh-puluh jenis pekerjaan yang dihbungkan dengan bidang tugas dalam setiap pekerjaan itu untuk panduan anda.

Jika kod 3 mata Holland anda begini  RIA ini beerti R-Realistik adalah bidang kerjaya paling dominan untuk anda . Cuba lihat Realistik (di sini saya lengkapkan semua, termasuk pekerjaan yang sesuai. 

Tetapi anda belum nak pilih kerja tetapi nak pilih kursus yang menjurus ke arah pekejaan itu. Maka anda perlu ke langkah Ke 3

Langkah 3 - MAKING DECISIONS

Anda perlu membuat keputusan sekarang. contoh tadi anda mahu menjadi PILOT. Adakah pekerjaan itu tersenarai di bawah Realistik? Ya.Cuba lihat di bawah

"Independent, stable, persistent, genuine, practical, and thrifty [...] tasks that are tactile, physical, athletic, or mechanical [...] being outdoors, using tools, operating machines, interacting with animals, and working with their hands."[10]
Anda tahu anda mahu jadi Pilot. Jadi lihatlah apa bidangtugas atau rutin kerjaya pilot. Carilah di mana mana dalam internet tapi saya sering gunakan Wikepedia cuba lihat di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Aviation 
Semua yang berkaitan dimuatkan di sini. Cuma samada anda malas atau rajin saja yang menentukannya. Kalau anda rajin cuit-cuit keyboard komen orang sana sini dalam facebook, ia tidak kemana.  Lebih baik cuit Wikepedia.

Jika anda berminat untuk menjadi Jururawat, lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Nursing 

Anda sudah semakin hampir memilih kursus berkatan kerjaya anda. Peringkat seterusnya ini sangat kritikal kerana ia memerlukan pencarian untuk menentukan kelayakan anda selepas SPM STPM MATRIK untuk memastikan anda layak dan di tawarkan kursus yang anda kehendaki.

Langkah 4 -MOVING ON

Anda perlu terus bergerak. Kalau malas dan nak tunggu disuap oleh guru anda, anda akan tertinggal. Anda kena

1) Cari kursus apa yang akan membawa anda ke kerjaya anda?
2) Di IPTA/IPTS mana ia ditawarkan?
3) Apakah syarat kelayakan minimanya?
4) Berapa kos nya?
5) Berapa tahun?

Anda membuat carian mengenai Pilot di UPU? .
contoh anda membuat carian di sini https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php atau apabila anda mencari Farmasi di Uitm anda dapat ini.
(https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_syarat.php?pagefunc=epanduanSyarat&carian1=E&carian2=A&carian3=S1&carian4=00029)

ARIAN SYARAT PROGRAM PENGAJIAN BERDASARKAN IPTA
Bil
(i)
Program Pengajian
(ii)
Kod
(iii)
Tempoh Pengajian
Kelayakan Minimum

SYARAT AM UNIVERSITI


  1. Warganegara Malaysia ; dan
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.




1



DIPLOMA FARMASI (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
E2060 

06 Semester
Terbuka kepada Bumiputera sahaja

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat minima Gred C+dalam mata pelajaran:
  • Mathematics / Additional Mathematics
  • Chemistry
  • Biology
 DAN
  • Lulus (Gred E) Bahasa Inggeris
Syarat Khas Program Pengajian UITM telah dikemaskini sehingga 30 Disember 2013 : 12:07:17 PM


Maka sekarang,mudah bagi anda untuk memberi tumpuan dalam mana-mana subjek yang diperlukan untuk mencapai hasrat anda membuat persediaan rapi untuk peperiksaan,memberi tumpuan dan nanti memohon kursus yang anda kehendaki bagi mencapai kerjaya yang anda inginkan.

Kenapa anda perlu berlengah dan tidak mahu memulakannya??