Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Sunday, June 29, 2014

RAMADHAN ITU PANAS MEMBARA

Assalamualaikum wrb wbt Saudaraku pembaca sekalian,

Mudah betul untuk membaca di zaman IT ini. Membaca buku di kala puasa begini kadangkala terlelap akhirnya. Insyaallah saya mengamalkan membaca di laman web, sambil itu menulis. Cuma saya tidak mendengar apa-apa.

Kemungkinan teknik mengulangkaji VAK itu ada benarnya berkesan. Visual, apabila mata memandang ke skrin Laptop, berkelip berwarna warni, gambar menjadikan ia tidak terlelap. Audio itu di amalkan bila kita mendengar bacaan khususnya di QUR'AN . Namun saya gunakan yang ketiga, Kinestetik, yakni membaca dan mencatat. Sambil membaca mengambil ilmu yang berlautan di internet, pinjam,salin ambil dengan izin dan tanpa izin jika tidak tahu untuk mohon izin dari sesiapa..maka terjadilah posting ini.

Saya memetik maksud ini dari saudara (mohon izin ya)

"Perkataan RAMADHAN berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagaiwaktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa."

Jika ini pengertiannya, maka panas, dahaga, haus yang menjadikan kita merasa letih dan tidak bermaya itu telah pun dinyatakan lebih awal. Sewajarnya kita sudah tahu sejak kecil lagi. Setiap insan tidak terhindar dari melakukan dosa. Setiap inisan tidak terkecuali dari diberi ganjaran pahala dari Allah. Kadangkala baik juga kita mengenang semuanya itu, sambil mengimbas kembali dosa-dosa terdalulu yang jarang sekali hadir dalam ingatan kita.

Pada usia 30 tahun, beerti kita telah berpuasa selama 30 bulan. Mengingatkan tentang umur wajib yang dimaklumkan lelaki 15 tahun dan perempuan 9 tahun (betulkan jika saya salah),bulan kita berpuasa semakin kurang.

Katakan saya mula berpuasa sewaktu  berumur 10 tahun. Jika dikira, beerti saya sudah berpuasa selama 20 bulan semasa berumur 30 tahun, bersamaan dengan 600 hari. Ini beerti kita berpuasa sebanyak 600 hari dari jumlah hari kita hidup iaitu 10,950 hari (30 tahun). Jika kita kirakan peratusnya baru 0.05 peratus sahaja.

Ya tuan, itu jika kita berpuasa penuh 30 hari dalam setiap Ramadhan. Kalau setiap Ramadhan itu kita tidak berpuasa 5 hari tanpa qadha', beerti dalam 20 tahun kita meninggalkan puasa sebanyak 100 hari.
Maka kita hanya berpuasa 500 hari sepanjang hidup 30 tahun.

Sikit kan?. Nak menghabiskan sebulan Ramadhan terasa bergitu perit dan sakit, tetapi kalau dibandingkan dengan seluruh hidup kita aia hanya kewajipan yang sangat kecil yang dituntut Allah. 0.05 peratus dari seluruh kehidpun selama 30 tahun.

MAKSUD 'PANAS MEMBAKAR'

Saya mengambil maksud panas membakar itu sebagai positif dan ia berupa amaran kepada kita. Panas membakar yang dimaksudkan mungkin gambaran yang diberikan terhadap kita yang meninggalkan puasa dalam hidupnya. Berdasarkan beberapa petikan di bawah ini, 

Dari Abu Hurairah R.A.,  Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa berbuka (dengan sengaja) satu hari pada siang hari bulan Ramadhan tanpa sebab (kebolehan menurut syariat) atau sakit, maka tidak akan dapat ia menggantikannya walaupun berpuasa sepanjang hidupnya " (HR. Ahmad, Tirmidzi)

Bagaimana kalau seseorang yang masih mempunyai hutang puasa, dan belum sempat qada' ?..., Kemudian pula ia meninggal dunia ?... Perhatikanlah hadis berikut, 

Dari Aisyah R.A,  Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang meninggal dan ia masih harus berpuasa (qada' puasanya) sebagai puasa yang luput pada bulan Ramadhan,  maka walinya harus berpuasa atas namanya" (HR. Bukhari) 

Dari Ibnu Abbas R.A. Berkata seorang laki-laki menemui Nabi SAW, "Ya Rasulullah, ibuku meninggal dan harus qada' puasanya. Apakah aku harus puasa atas namanya ? " Nabi SAW membenarkan dan berkata, "Hutang kepada Allah adalah lebih utama untuk dibayar" (HR. Bukhari).



HUKUM NYA

Bukanlah ugutan, cuma kita cuba mengingati diri kita tentang hukum dan azab yang dijanjikan Allah kepada mereka yang engkar suruhan berpuasa ini. Lihat tulisan sudaraku ini  


Sesiapa meninggalkan puasa Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran-, ia adalah fasiq dan berdosa besar. Ia wajib mengqadhanya sebanyak hari yang ditinggalnya. Namun mengqadha sahaja tidak memadai kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (yang diberikan Allah) dan tanpa kerana sakit, puasa sepanjang masa pun tidak akan mampu menggantikan (puasa yang ditinggalkan itu) walaupun ia melakukannya(Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Kerana itu, qadha itu wajib diiringi dengan taubat nasuha iaitu menghadirkan penyesalan di dalam hati kerana keterlanjuran meninggalkan kewajipan Syarak dan berazam tidak akan mengulangi lagi buat selamanya.





Apa hukum orang Islam yang mengingkari kewajipan puasa Ramadhan?

Ia murtad dari agama kerana kewajipan puasa adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sedia dimaklumi dalam agama. Wajib atas pemerintah memperlakukannya sebagaimana seorang yang murtad iaitu hendaklah diminta supaya ia bertaubat dan kembali berpuasa. Jika ia enggan bertaubat, hendaklah dikenakan hukuman had ke atas orang yang murtad iaitu dibunuh. 

AZAB DAN SIKSA

Tidak memandang kepada berapa banyak dosa yang dilakukan oleh orang lain, tetapi memandang kepada dosa meninggalkan puasa Ramadhan oleh diri sendiri mungkin boleh mendekatkan kita denganNya. Sedikit tidak beerti tiada, banyak tidak beerti selesa. Kita melihat sesuatu yang pasti seperti ini untuk mula bermuhasabah diri seperti hamba yang kerdil ini.