Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Monday, October 22, 2012

Al-Kisah nya begitu

Assalamualaikum...

Teringin pula nak memenuhkan masa yang singkat ni nak menulis sikit. Jika dilihat jam, tentunya masa ini sesuai berkemas untuk balik ke rumah. Terlintas pula nak menulis di sini...jadi..
Al- kisahnya begini..

Minggu lepas, rakanku menjemput seorang Pegawai Mara, Penolong Pengarah lagi, yang terkenal dengan ceramah motivasinya, hebat caranya memberi kesedaran kepada insan, khususnya pelajar.

Maka hadirlah pegawai ini dan memberi ceramah dan bengkelnya. Bagiku bukan ceramah saja yang diberikan itu. Ia meliputi soal muhasabah diri. Maka, sewaktu ku belegar-legar di luar surau, datanglah 3 orang pelajar perempuan dengan air mata bergenangan.

"Cikgu, cikgu... sumpah saya tak derhaka lagi kepada emak saya... !!!"
"Sumpah Cikgu, saya taubat cikgu, saya menyesal" sahut seorang lagi.
"Saya juga cikgu, saya silap, saya tau ibu saya sangat sedih dan kecewa dengan saya. Saya, insyaAllah akan ubah seluruhnya cikgu.

Alhamdulillah kataku. Begitulah tanggung jawab kita bila menjadi seorang anak.

Dalam hati kecilku berkata, memang Allah telah memberkati penceramah ini. Hidayah sudah diturunkan kepada muridku agar merubah diri menjadi anak yang sollehah.

Berbunga hatiku..... alhamdulillah...



Alkisahnya pula.... Sewaktu ingin meninggalkan sekolah, rakanku membawa Penceramah Hebat ini berjumpa dengan pegawai sementara menunggu urusan selesai di pejabat. Seorang ' orang besar' menyapa dengan nada yang sangat sombong dan bongkak.

" Ni sapa yang kau jemput ni?.  Orang mana ni?"
"Ni Penolong Pengarah Mara dari KL. Pelajar-pelajar pun accept"
"OOOooo  .. jadi program awak gagal lah...Dr tu tak jadilah awk jemput. Awak gagal lah...."

Ini lah bahasa orang educated yang kononnya berjawatan besar di sini. Konon ada Master In Counselling. Macam ni ke orang ada Master menghormati orang luar???. Macam ni ke pegawai hormati tetamu????. Masya Allah, aku ingat ke dia ni hebat dan dah muhasabah diri, berpekerti mulia dan bersopan santun terutama selepas balik haji dah jadi hajjah. Rupanya...

Tau apa kata penceramah tu... "" Cikgu mana tu yang mulutnya kurang ajar tu?".
Maka, taulah lah dia kot... yang dia jenis 'rasa besar' dengan jawatan kecik dia dan orang yang jawatan besar, Penolong Pengarah lagi... tak pun berlagak macam dia. hahaha... moga dia sedar diri...

Sedarlah lah diri kau .... tengok cermin...kerja kau sendiri tak selesai, kau menyebok kerja orang buat per.... ?. Kain kau koyak kak oiii, tampal lah sendiri, nanti orang nampak sampai dalam, malu lah kau nanti...

Terima kasih.

Wednesday, October 17, 2012

KURSUS BERKAITAN NURSING DAN PERUBATAN

Koleksiminda Enterprise (NS0104162-P) telah ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti utama dalam perkhidmatan Pengurusan Pengambilan Pelajar ke institusi-institusi yang mempunyai perjanjian persefahaman dengan kami. Sebagai sebuah syarikat yang menjadikan internet sebagai medium gerak kerja pemasaran dan pendaftaran atas talian, kami telah menubuhkan laman utama kami KOLEKSIMINDA.COM. laman ini, http://kpjiuc.koleksiminda.com merupakan laman promosi kursus-kursus yang ditawarkan oleh KPJ International University College dan Pra-pendaftaran secara atas talian bagi membolehkan pemohon mendapatkan konsultasi dari kami atau pegawai-pegawai yang bersedia memberi maklumat terhadap pertanyaan anda sebelum anda ditawarkan memasuki institusi ini secara rasmi.
KURSUS DIPLOMA YANG DITAWARKAN 2012/2013 (5 KREDIT SPM)


Kami menyediakan perkhidmatan penyediaan maklumat kepada pemohon yang memerlukan melalu 3 kaedah iaitu MELALUI EMAIL, BORANG PERTANYAAN atau MELALUI PRA-PENDAFTARAN ATAS TALIAN.

Friday, October 12, 2012

JATIDIRI GURU YANG HEBAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan , Samada pandangan yang anda berikan itu Positif, Negatif, Rasional atau Emosi ia bukanlah perkara yang sangat penting. Pertentangan pendapat itu dibolehkan ASALKAN ia bertujuan diskusi. Saya cuba menjadi ANDA yang ramai ini dan saya cuba fahami luahan anda. Rata-rata saya himpunkan bahawa ianya berkisar kepada BEBAN KEPADA GURU. Dan tahniah kepada yang mengatakan ia memberi satu dimensi baru dalam pendidikan.
Tuan-tuan, PERSEPSI kita selalunya berasaskan kepada penilaian diri kita sendiri terhadap sesuatu perkara. Sesungguhnya jika kita berada dalam Profesion mana sekalipun kita akan menerima apa YANG MENYENANGKAN KITA. Dalam perguruan juga demikian.
Persoalan menjadi BEBAN dalam Perguruan ini bergantung kepada “SEJAUH MANAKAH KITA IKHLAS MENJADI SEORANG GURU?’, “BERSEDIAKAH AKU MENJADI SEORANG GURU?, dan “SANGGUPKAH AKU BERKORBAN MENDIDIK ANAK BANGSAKU”.
Jika kita melihat PBS sebagai beban, sedangkan Guru-guru yang sudah berpuluh tahun dahulu hingga sekarang (termasuk yang pernah mendidik anda) melaksanakan lebih dari kerja itu tetap mendidik anak bangsanya hingga Berjaya dan menjadi GRADUAN HEBAT seperti anda diruangan ini.
Mereka telah lama berkorban dengan segala kekurangan dan beban itu sehingga ANDA JUGA BERJAYA. Ini kerana mereka tahu menjadi seorang guru memang banyak kerjanya. Disekolah dan juga dirumah. Mereka membuat penilaian dengan menyediakan kertas soalan peperiksaan sendiri dan memeriksanya sendiri. Langsung memberikan markah sendiri. Lalu memberikan Gred dan kedudukan dalam kelas dan tingkatan sendiri. Siapa yang memantau mereka?. Seterusnya memberi komen dalam Rekod Kemajuan Pelajar dan memaklumkan kepada ibu bapa tentang kelebihan dan kelemahan anaknya kepada ibu bapa. Ini diamalkan dari dulu sampai sekarang. Anda dulu sewaktu disekolah TIDAK PERNAH MENGATAKAN GURU ANDA BIAS…!!!. Anda merasa anda pandai dan anda layak mendapat NO 1 dalam kelas, maka anda dapat. Maka, soalah BIAS dalam PBS bergantung lah kepada ANDA yang menjadi GURU nanti.







Menyentuh tentang Profession ini yang banyak kerja, saya baru berbual dengan seorang Guru yang sudah mengajar selama 24 tahun dan katanya memang banyak kerja yang perlu di buat, tetapi Guru ini kata ia tetap juga dibuat, dilaksanakan dengan penuh intergriti. Guru yang sudah berumur 50 tahun ini sedia memikul beban ini kerana JIWANYA ADALAH JIWA SEORANG GURU, KENTAL DAN RELA. Oleh itu persoalan beban bagi seorang guru bergantunglah kepada kesediaanya menerima hakikat bahawa kerja guru memang banyak kerja.
Oleh itu, Bersediakah KITA untuk menjadi GURU?. Ikhlaskah kita?. Semua perubahan yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan pemantapan. PELAKSANA ialah GURU. Jadi, jika semuanya kita rela, maka SEMUA CABARAN KERJA ITU MENJADI AMAT MUDAH KEPADA KITA. Guru perlu mempunyai JIWA SEORANG GURU. Jika tidak, tentulah proffesion lain lah yang lebih sesuai baginya.
Maafkan saya, kerana ini pandangan saya sebagai manusia kerdil dan kurang ilmu berbanding tuan-tuan. Saya doakan tuan-tuan CEKAL HATI untuk menjadi seorang GURU.. Wallahuaklam