Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Saturday, May 26, 2018

INFORMASI MENGENAI FISIOTERAFI

Perkhidmatan Fisioterapi & Pemulihan


Physiotherapy

Fisioterapi mencegah, mengenal pasti, membetulkan, dan melegakan ketidakfungsian pergerakan yang akut atau berpanjangan dengan penekanan diberikan kepada kemudahan pergerakan, gaya hidup berdikari, dan kesihatan. Pasukan pakar fisioterapi kami yang berpengalaman menyediakan khidmat nasihat dan rawatan intervensi yang disuai khusus.
Terapi disediakan untuk:
  • Kecederaan sukan
  • Sakit belakang dan leher (termasuk skiatiks dan kecederaan piat)
  • Kecederaan di tempat kerja
  • Masalah postur yang berpunca daripada, atau yang menyebabkan, ketidakseimbangan otot
  • Pemulihan selepas pembedahan, termasuk artroskopi sendi, pembinaan semula, atau penggantian
  • Kecederaan lewah guna (masalah otot, tendon, atau ligamen)
  • Masalah keseimbangan
  • Kesakitan dalam mana-mana sendi seperti di lutut, bahu, siku, tangan, dan kaki
  • Pemulihan saraf bagi pesakit yang menghidap angin ahmar, penyakit Parkinson, kecederaan kepala traumatik, dan palsi serebrum
  • Masalah perkembangan fizikal dalam bayi dan kanak-kanak
  • Masalah selepas bersalin
  • Dan banyak lagi
Rawatan termasuklah:
  • Manipulasi – Senaman berkelajuan tinggi bagi mengembalikan pergerakan normal
  • Mobilisasi – Pergerakan gunaan bagi mengurangkan kekejangan dan melegakan kesakitan
  • Teknik pengendalian manual dengan penekanan diberikan kepada latihan berfungsi
  • Senaman pemulihan – program senaman bagi mempertingkatkan pergerakan dan memulihkan otot yang lemah
  • Elektroterapi - Pelbagai teknik termasuklah ultrabunyi dan elektroterapi bagi melegakan kesakitan dan mempertingkatkan proses pemulihan
  • Kaunseling dan pendidikan pesakit

Terapi Pekerjaan

Terapi Pekerjaan (OT) adalah penggunaan penilaian dan perancangan intervensi rawatan, dengan matlamat untuk mengekalkan atau meningkatkan lagi kebebasan pesakit dengan Aktiviti Kehidupan Harian (ASL). Ini termasuklah kes kendiri, tugasan kerja rumah, dan aktiviti kerja/sekolah serta aktiviti riadah. Melalui OT, kami memperbaiki penggunaan fungsi tangan dan bahu pesakit kami, membantu kanak-kanak dengan masalah perkembangan lambat atau ketidakupayaan belajar bagi mencapai potensi mereka yang tertinggi, menangani masalah dengan kognisi dan persepsi visual, serta menawarkan nasihat tentang peranti/pertolongan berbantu yang bersesuaian. Pasukan kami juga menawarkan khidmat nasihat dan pendidikan kepada pesakit serta ahli keluarga.

Terapi Bahasa Percakapan

Pasukan Terapi Percakapan kami menyediakan khidmat pencegahan, saringan, penilaian, rawatan, pengurusan, dan khidmat nasihat bagi pesakit daripada semua peringkat umur dengan gangguan percakapan dan/atau menelan. Kami juga menyediakan latihan kerjaya dan pendidikan kepada pesakit serta khidmat nasihat dan pendidikan kepada ahli keluarga atau rakan komunikasi.
Kami menawarkan terapi bagi mereka yang menghadapi kesukaran dengan masalah berikut:
  • Kesukaran komunikasi yang berpunca daripada penyakit saraf seperti angin ahmar, kecederaan otak traumatik, palsi serebrum, penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, penyakit neuron motor
  • Kecacatan pendengaran
  • Penyuaraan atau sebutan bunyi dan perkataan
  • Kelewatan percakapan dan bahasa bagi kanak-kanak
  • Ketidakupayaan pembelajaran yang berkait dengan bahasa
  • Gagap
  • Kesukaran menelan
  • Masalah suara

Terapi Senaman Terkhusus

Kami menawarkan terapi senaman tersuai khusus bagi menggalakkan perubahan gaya hidup positif demi kebaikan kesihatan pesakit kami. Pasukan berkepakaran kami berdedikasi dalam merangka latihan senaman tersuai khusus bagi pelbagai peringkat kesihatan dalam kedua-dua program Gyrotonic® dan Pilates.

GYROTONIC®, Terapi Pergerakan Penuh

Sejenis bentuk senaman yang berasaskan pergerakan berbilang hala yang berpusar dan beralun bagi membantu meningkatkan kekuatan, kelenturan, dan koordinasi yang membenarkan kebebasan pergerakan tanpa had bagi corak kepantasan dan pergerakan menggunakan peralatan menara kapi Gyrotonic®. Ini menggalakkan pergerakan tubuh yang lebih baik.

PILATES

Sejenis bentuk senaman yang mempertingkatkan kepelbagaian pergerakan tubuh dengan mengembangkan penggunaan kumpulan otot teras yang betul melalui abdomen, belakang bawah, dan belingkung bahu. Ia juga menggalakkan postur yang lebih baik.

PERMOHONAN UNTUK BELAJAR DI KPJUC 






APAKAH FISIOTERAFI DAN DIMANA BOLEH BELAJAR?

Apakah yang dimaksudkan dengan fisioterapi?

Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi sama maksud dengan penjagaan.Jadimakna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).
Jurupulih Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.

Matlamat ahli fisioterapi
Sebagai matlamat utama seorang ahli fisioterapi ialah bagi membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin. Tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.

Antara kaedah  yang dilakukan oleh Ahli Fisioterapi

Elektro Terapi
  • Ultra Sound
  • Interferential Terapi
  • Laser
  • Diatermi Gelombang Pendek ( Short Wave Diathermy)
Terapi Manual
  • Mobilisasi (mobilization)
  • Manipulasi
  • Urutan
  • Senaman Therapeutic ( therapeutic Exercises)
  • Rehabilitasi selepas pembedahan
  • Nasihat dan langkah pencegahan
Hidroterapi
Hidroterapi, atau terapi air, adalah kaedah rawatan menggunakan air  untuk mengurangkan kesakitan  badan dan meningkatkan kesihatan serta kekuatan fisikal . Akan aku terangkan secara detail di entri akan datang…
DESKRIPSI TUGAS
Seorang ahli fisoterapi bertanggungjawab membuat penilaian dan menentukan kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
Ahli fisioterapi perlu:
a. kefahaman terperinci berkenaan fungsi tubuh manusia
b. pengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses penyembuhan
c. kebolehan membezakan postur, imbangan dan pergerakan yang normal dan tidak normal
d. menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti “massage”, “acupressure” dan manipulasi
e. membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik
f. pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektri, ais, urut dan kara/elektrik
g. menggunakan alat bantuan berjalan, “splints” dan “appliances” untuk rawatan serta melatih pesakit dan panjaga penggunaan
alatan dengan betul
h. memberi pendidikan kepada pesakit
Di mana Boleh Belajar?
Sila layari http:
DIMANA BOLEH BELAJAR DAN SYARATNYA...

PROGRAM DETAIL

Duration of Programme: Full Time (3 Years / 6 Long Semesters)
Education Fees:
  1. Local: RM50,568

 

ENTRY REQUIREMENTS

Pass SPM / SPMV with minimum 5 credits in the following subjects;
  1. Bahasa Malaysia
  2. English
  3. Mathematics
  4. Any one (1) of Science subject (Biology/ Physics/ Chemistry/ General Science/ Applied Science;
  5. Any one (1) of other subjects
OR
Pass O-Level with minimum Grade C in 5 following subjects ;
  1. English
  2. Mathematics
  3. Any one (1) of Science subject (Biology / Physics / Chemistry / General Science / Applied Science) and;
  4. Any 2 of other subjects
OR
Other equivalent qualifications.