Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Wednesday, September 24, 2014

PEMBERITAHUAN PENTING

SALAM SEJAHTERA PENGUNJUNG

INI ADALAH MAKLUMAT PENTING
LAMAN WEB KAMI SEDANG DINAIKTARAF. OLEH ITU CAPAIAN PERMOHONAN ONLINE

PERMOHONAN KE KOLEJ-KOLEJ TAHUN 2015

KPJ UNIVERSITY COLLEGE  -   KLIK DI SINI



ADMAL AVIATION COLLEGE  KLIK DI SINI

KLMU COLLEGE - KLIK DI SINI

SIME DARBY COLLEGE - KLIK DI SINI

TERIMA KASIH.


Sunday, June 29, 2014

RAMADHAN ITU PANAS MEMBARA

Assalamualaikum wrb wbt Saudaraku pembaca sekalian,

Mudah betul untuk membaca di zaman IT ini. Membaca buku di kala puasa begini kadangkala terlelap akhirnya. Insyaallah saya mengamalkan membaca di laman web, sambil itu menulis. Cuma saya tidak mendengar apa-apa.

Kemungkinan teknik mengulangkaji VAK itu ada benarnya berkesan. Visual, apabila mata memandang ke skrin Laptop, berkelip berwarna warni, gambar menjadikan ia tidak terlelap. Audio itu di amalkan bila kita mendengar bacaan khususnya di QUR'AN . Namun saya gunakan yang ketiga, Kinestetik, yakni membaca dan mencatat. Sambil membaca mengambil ilmu yang berlautan di internet, pinjam,salin ambil dengan izin dan tanpa izin jika tidak tahu untuk mohon izin dari sesiapa..maka terjadilah posting ini.

Saya memetik maksud ini dari saudara (mohon izin ya)

"Perkataan RAMADHAN berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagaiwaktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa."

Jika ini pengertiannya, maka panas, dahaga, haus yang menjadikan kita merasa letih dan tidak bermaya itu telah pun dinyatakan lebih awal. Sewajarnya kita sudah tahu sejak kecil lagi. Setiap insan tidak terhindar dari melakukan dosa. Setiap inisan tidak terkecuali dari diberi ganjaran pahala dari Allah. Kadangkala baik juga kita mengenang semuanya itu, sambil mengimbas kembali dosa-dosa terdalulu yang jarang sekali hadir dalam ingatan kita.

Pada usia 30 tahun, beerti kita telah berpuasa selama 30 bulan. Mengingatkan tentang umur wajib yang dimaklumkan lelaki 15 tahun dan perempuan 9 tahun (betulkan jika saya salah),bulan kita berpuasa semakin kurang.

Katakan saya mula berpuasa sewaktu  berumur 10 tahun. Jika dikira, beerti saya sudah berpuasa selama 20 bulan semasa berumur 30 tahun, bersamaan dengan 600 hari. Ini beerti kita berpuasa sebanyak 600 hari dari jumlah hari kita hidup iaitu 10,950 hari (30 tahun). Jika kita kirakan peratusnya baru 0.05 peratus sahaja.

Ya tuan, itu jika kita berpuasa penuh 30 hari dalam setiap Ramadhan. Kalau setiap Ramadhan itu kita tidak berpuasa 5 hari tanpa qadha', beerti dalam 20 tahun kita meninggalkan puasa sebanyak 100 hari.
Maka kita hanya berpuasa 500 hari sepanjang hidup 30 tahun.

Sikit kan?. Nak menghabiskan sebulan Ramadhan terasa bergitu perit dan sakit, tetapi kalau dibandingkan dengan seluruh hidup kita aia hanya kewajipan yang sangat kecil yang dituntut Allah. 0.05 peratus dari seluruh kehidpun selama 30 tahun.

MAKSUD 'PANAS MEMBAKAR'

Saya mengambil maksud panas membakar itu sebagai positif dan ia berupa amaran kepada kita. Panas membakar yang dimaksudkan mungkin gambaran yang diberikan terhadap kita yang meninggalkan puasa dalam hidupnya. Berdasarkan beberapa petikan di bawah ini, 

Dari Abu Hurairah R.A.,  Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa berbuka (dengan sengaja) satu hari pada siang hari bulan Ramadhan tanpa sebab (kebolehan menurut syariat) atau sakit, maka tidak akan dapat ia menggantikannya walaupun berpuasa sepanjang hidupnya " (HR. Ahmad, Tirmidzi)

Bagaimana kalau seseorang yang masih mempunyai hutang puasa, dan belum sempat qada' ?..., Kemudian pula ia meninggal dunia ?... Perhatikanlah hadis berikut, 

Dari Aisyah R.A,  Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang meninggal dan ia masih harus berpuasa (qada' puasanya) sebagai puasa yang luput pada bulan Ramadhan,  maka walinya harus berpuasa atas namanya" (HR. Bukhari) 

Dari Ibnu Abbas R.A. Berkata seorang laki-laki menemui Nabi SAW, "Ya Rasulullah, ibuku meninggal dan harus qada' puasanya. Apakah aku harus puasa atas namanya ? " Nabi SAW membenarkan dan berkata, "Hutang kepada Allah adalah lebih utama untuk dibayar" (HR. Bukhari).



HUKUM NYA

Bukanlah ugutan, cuma kita cuba mengingati diri kita tentang hukum dan azab yang dijanjikan Allah kepada mereka yang engkar suruhan berpuasa ini. Lihat tulisan sudaraku ini  


Sesiapa meninggalkan puasa Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran-, ia adalah fasiq dan berdosa besar. Ia wajib mengqadhanya sebanyak hari yang ditinggalnya. Namun mengqadha sahaja tidak memadai kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (yang diberikan Allah) dan tanpa kerana sakit, puasa sepanjang masa pun tidak akan mampu menggantikan (puasa yang ditinggalkan itu) walaupun ia melakukannya(Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Kerana itu, qadha itu wajib diiringi dengan taubat nasuha iaitu menghadirkan penyesalan di dalam hati kerana keterlanjuran meninggalkan kewajipan Syarak dan berazam tidak akan mengulangi lagi buat selamanya.





Apa hukum orang Islam yang mengingkari kewajipan puasa Ramadhan?

Ia murtad dari agama kerana kewajipan puasa adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sedia dimaklumi dalam agama. Wajib atas pemerintah memperlakukannya sebagaimana seorang yang murtad iaitu hendaklah diminta supaya ia bertaubat dan kembali berpuasa. Jika ia enggan bertaubat, hendaklah dikenakan hukuman had ke atas orang yang murtad iaitu dibunuh. 

AZAB DAN SIKSA

Tidak memandang kepada berapa banyak dosa yang dilakukan oleh orang lain, tetapi memandang kepada dosa meninggalkan puasa Ramadhan oleh diri sendiri mungkin boleh mendekatkan kita denganNya. Sedikit tidak beerti tiada, banyak tidak beerti selesa. Kita melihat sesuatu yang pasti seperti ini untuk mula bermuhasabah diri seperti hamba yang kerdil ini.



Saturday, May 10, 2014

SATU CARA MENENTUKAN LALUAN KERJAYA ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Peramanya,  suka nak beritahu, saya cari-cari di internet jumpalah rajah di atas. Intinya penting kerana menyentuh tentang perancangan kerjaya. Maka pentinglah bagi kita untuk menentukan laluan kerjaya masing-masing. Salah pilih kerjaya, hati tidak puas,kerja tidak sepenuhnya, akhirnya motivasi kerja akan merudum. Malas nak kerja sebab kita tak minat dengan kerja tu.

Pilihan laluan kerjaya ini juga berkait rapat dengan pelajar, khususnya lepasan Sekolah, Pra U, Matrikulasi, Diploma dan Ijazah.

Peringkat asas dan kritikal adalah cabaran kepada pelajar sekolah lepasan SPM dan STPM. Menentukan laluan kerjaya perlu melalui proses PENENTUAN KURSUS atau bidang yang di pilih sebelummemasuki IPTA atau IPTS. 

Oleh itu, rajah di atas menjadikan 'Knowing Yourself' sebagai perkara pertama yang perlu dilakukan. Anda perlu tahu apa  kerjaya yang sesuai dengan anda. Yang sesuai dengan jiwa anda, yang anda cita-citakan selama ini. Kerjaya yang anda memang akan beri komitmen 100 peratus. Inilah yang susah. Setiap orang dihantui dengan pilihan kerjaya yang pelbagai dan berubah-ubah. Ada kawan saya petang tadi bercerita tentang anaknya. Sebelum Trajedi MH370 anaknya sangat berminat dalam kerjaya Indusri Petroleum Luar Pantai tetapi selepas tragedi anaknya sangat berminat untuk menjadi PILOT. Wah...!!! MH370 mencetuskan revolusi baru dalam pemilihan kerjaya. Positif ruapanya.

Dia bertanya kepada saya. Bagaimana tu?.

Mudah. Semua orang berhak pilih laluan kerjayanya. Anak yang nak belajar dan bekerja. Bukan ayah. Ayah hanya beri panduan dan dorongan yang sesuai untuk mengukuhkan perancangan laluan kerjaya anak. Maka kalau itu sudah menjadi cita-citanya, dorongkanlah. Katakan dia perlu meneruskan kursus yang telah ditawarkan oleh MARA walaupun ia juga mendapat peluang Matrikulasi. Jika kursus penerbangan, MRSM Kulim menyedekian Foundation dalam kursus berkaitan selama setahun dan seterusnya menyambung pelajaran di Miat Unikl peringkat Ijazah untuk laluan kerjaya PILOT. Pastinya anda perlu menyemak laluan dan kursus selepas itu untuk melayakkan anda menjadi pilot.

Ini perubahan minat kerjaya. Saya bukan nak cerita pasal Pilot tetapi nak jelaskan bahawa sebelum anda memasuki bidang kerjaya, anda perlu memilih kursus yang betul dan tepat untuk laluan kerjaya itu.

Sebelum memilih kursus, anda perlu tahu APAKAH KURSUS DAN KERJAYA YANG SESUAI DENGAN ANDA.

Langkah 1-KNOWING YOURSELF 
Kerana itulah, langkah pertama adalah mencuba Ujian Minat Kerjaya agar ia dapat memberi sedikit panduan kepada anda.

Saya sediakan pautan ini untuk anda membuat ujian secara online dan mendapat jawapan serta merta. Ianya dalam English. Jika anda gunakan Google Chrome anda boleh alihbahasa. Anda jawab hingga selesai dan anda akan diberi KOD 3 MATA HOLLAND. Pautan nya di sini  (di web saya) atau jika ingin terus ke pautan asal di sini .

Lakukan satu persatu. Setelah selesai dan anda mendapat kod 3 mata Holland, anda kembali ke laman wb saya untuk mengetahui perkara seterusnya.

Langkah 2 - EXPLORING YOUR OPTION
Langkah ini penting kerana anda sebenarnya telah mengetahui KOD TIGA MATA HOLLAND ANDA SAMADA gabungan tiga dari berikut. Anda kembali ke laman web saya dan lihat interpretasi setiap satu kod 3 mata anda untuk mengetahui perinciannya. Anda boleh klik link di bawah.


Disammping saya memuatkan di situ interpretasi setiap satunya, saya telah meletakkan berpuluh-puluh jenis pekerjaan yang dihbungkan dengan bidang tugas dalam setiap pekerjaan itu untuk panduan anda.

Jika kod 3 mata Holland anda begini  RIA ini beerti R-Realistik adalah bidang kerjaya paling dominan untuk anda . Cuba lihat Realistik (di sini saya lengkapkan semua, termasuk pekerjaan yang sesuai. 

Tetapi anda belum nak pilih kerja tetapi nak pilih kursus yang menjurus ke arah pekejaan itu. Maka anda perlu ke langkah Ke 3

Langkah 3 - MAKING DECISIONS

Anda perlu membuat keputusan sekarang. contoh tadi anda mahu menjadi PILOT. Adakah pekerjaan itu tersenarai di bawah Realistik? Ya.Cuba lihat di bawah

"Independent, stable, persistent, genuine, practical, and thrifty [...] tasks that are tactile, physical, athletic, or mechanical [...] being outdoors, using tools, operating machines, interacting with animals, and working with their hands."[10]
Anda tahu anda mahu jadi Pilot. Jadi lihatlah apa bidangtugas atau rutin kerjaya pilot. Carilah di mana mana dalam internet tapi saya sering gunakan Wikepedia cuba lihat di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Aviation 
Semua yang berkaitan dimuatkan di sini. Cuma samada anda malas atau rajin saja yang menentukannya. Kalau anda rajin cuit-cuit keyboard komen orang sana sini dalam facebook, ia tidak kemana.  Lebih baik cuit Wikepedia.

Jika anda berminat untuk menjadi Jururawat, lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Nursing 

Anda sudah semakin hampir memilih kursus berkatan kerjaya anda. Peringkat seterusnya ini sangat kritikal kerana ia memerlukan pencarian untuk menentukan kelayakan anda selepas SPM STPM MATRIK untuk memastikan anda layak dan di tawarkan kursus yang anda kehendaki.

Langkah 4 -MOVING ON

Anda perlu terus bergerak. Kalau malas dan nak tunggu disuap oleh guru anda, anda akan tertinggal. Anda kena

1) Cari kursus apa yang akan membawa anda ke kerjaya anda?
2) Di IPTA/IPTS mana ia ditawarkan?
3) Apakah syarat kelayakan minimanya?
4) Berapa kos nya?
5) Berapa tahun?

Anda membuat carian mengenai Pilot di UPU? .
contoh anda membuat carian di sini https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php atau apabila anda mencari Farmasi di Uitm anda dapat ini.
(https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_syarat.php?pagefunc=epanduanSyarat&carian1=E&carian2=A&carian3=S1&carian4=00029)

ARIAN SYARAT PROGRAM PENGAJIAN BERDASARKAN IPTA
Bil
(i)
Program Pengajian
(ii)
Kod
(iii)
Tempoh Pengajian
Kelayakan Minimum

SYARAT AM UNIVERSITI


  1. Warganegara Malaysia ; dan
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.




1



DIPLOMA FARMASI (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
E2060 

06 Semester
Terbuka kepada Bumiputera sahaja

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat minima Gred C+dalam mata pelajaran:
  • Mathematics / Additional Mathematics
  • Chemistry
  • Biology
 DAN
  • Lulus (Gred E) Bahasa Inggeris
Syarat Khas Program Pengajian UITM telah dikemaskini sehingga 30 Disember 2013 : 12:07:17 PM


Maka sekarang,mudah bagi anda untuk memberi tumpuan dalam mana-mana subjek yang diperlukan untuk mencapai hasrat anda membuat persediaan rapi untuk peperiksaan,memberi tumpuan dan nanti memohon kursus yang anda kehendaki bagi mencapai kerjaya yang anda inginkan.

Kenapa anda perlu berlengah dan tidak mahu memulakannya??




Friday, April 11, 2014

Alkisah Macam-Macam Tipu Online

Salam sejahtera,

Tipu Online...!!!!. Ahhhhh...buat apa tulis tajuk basi ini. Semua orang dah tahu, dah lali. Dah jenuh baca dalam 'paper'. Dah jenuh tengok dan dengar dalam berita. Bersepah dalam berita online. Tajuk basi, tajuk tak komersil. Tajuk tak menarik...langsung tak best baca tajuk ni...

Tapi, walau dah bersepah orang cerita pasal tipu online, MASIH RAMAI JUGAK YANG KENA. TERKENA.

CyberSecurityMalaysia melalui manifestonya 'Securing Our Cyberspace' melalui ayat pertamanya telah menjelaskan kepada kita bahawa dunia siber adalah permulaan kepada penipuan yang lebih besar "A limitless cyberspace, zero boundaries and eroding national borders is just the beginning of cyber threats.".    

Apa pun peringatan yang diberikan ia tidak memberi apa-apa manafaat kepada orang yang engan mengambilnya sebagai serius.






Jika tidak berhati-hati maka kitalah mangsanya. Pelbagi contoh lain yang diperolehi memberikan kita keyakinan bahawa orang cerdik juga kena tipu jika kita mengambil enteng tentang 'kebijaksanaan' penipu-penipu di laman maya. Mari kita lihat sedikit contoh lagi.

Carian anda : penipuan online
Terdapat 25 hasil carian ditemui di dalam Arkib Seminggu kami.
 Lihat hasil carian penipuan online dari News Image Bank  

  • Hukuman serta-merta jika tiada lesen (06-04-14) 
    Kuala Lumpur: Tiada lagi amaran atau maaf! Sebaliknya hukuman serta-merta akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat atau individu yang didapati tidak memiliki lesen sah dan cuba menipu ketika ...
  • Mangsa jerat cinta siber rugi RM69.3 juta - (20-02-14) 
    Kuala Lumpur: Seramai 1,909 rakyat Malaysia, kebanyakannya wanita telah menjadi mangsa penipuan sindiket cinta siber sejak dua tahun lalu mengakibatkan kerugian lebih RM69.3 juta.
  • Tindakan tegas jika terbabit tipu PSV - (09-02-14) 
    Kuala Terengganu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan tegas terhadap anggotanya jika didapati bersubahat dalam pemalsuan laporan pemeriksaan kesihatan permohonan Lesen Memandu ...
  • 7 juta pengguna telefon pintar di negara ini diancam penggodam siber - (09-02-14) 
    KUALA LUMPUR: Kira-kira tujuh juta pemilik telefon pintar di negara ini diancam penggodam siber yang menjadikan ia instrumen dalam kegiatan penggodaman untuk menipu bagi mendapatkan wang.
  • Cabaran dunia siber - (08-01-14) 
    Institusi keluarga hari ini sering berdepan pelbagai cabaran yang dikaitkan dengan masalah sosial seperti keganasan rumah tangga, penyalahgunaan dadah, jenayah berat seperti rogol, dan terbaru, ...
  • 94 syarikat jualan langsung jalankan perniagaan online - (18-12-13) 
    KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 94 daripada 449 syarikat jualan langsung yang menjalankan urus niaga melalui Internet di negara ini.
  • PPIM lancar blog papar penipuan pelaburan - (02-11-13) 
    KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan sebuah blog yang mengumpul dan memberikan maklumat kepada pengguna mengenai isu penipuan membabitkan pelaburan, syarikat ...
  • Pejabat PM nafi laporan rundingan wujudkan kerajaan perpaduan - (02-11-13) 
    Berikut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri 1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ...
  • Penipuan guna SMS babit kerugian RM59j - (18-09-13) 
    Kuala Lumpur: Penipuan kewangan dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS), panggilan dan kiriman bungkusan barang, direkodkan sebagai kes penipuan tertinggi membabitkan kerugian lebih RM59 juta ...
  • CyberSecurity perkenal Malaysia Trustmark - (12-07-13) 
    Cyberjaya: CyberSecurity Malaysia memperkenalkan Malaysia Trustmark iaitu program khusus menentukan kesahihan perniagaan atas talian (online) bagi membanteras penipuan internet, sekali gus ...
  • Laman web berita online Singapura kena ada lesen - (07-06-13) 
    Singapura: Kerajaan Singapura berkata, dasar baru republik itu memerlukan laman web berita online mempunyai lesen, tindakan yang dikritik sebagai bentuk penapisan di negara yang medianya sudah ...
  • Semangat dua beradik - (16-05-13) 
    RUNSING dengan lambakan baju dalam almari kesayangan anda tetapi sayang untuk membuangnya begitu saja. Situasi ini pasti terjadi, kebanyakan wanita yang gemar berfesyen. Apatah lagi, baju yang dibeli ...
  • Daftar BR1M 2.0 November - (23-02-13) 
    Putrajaya: Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, bagi pemohon baru dan individu bujang boleh dibuat mulai 1 November ini. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web ...
  • Rugi RM17,000 diperdaya sindiket guna nama PDRM - (09-02-13) 
    Johor Bahru: Seorang guru TADIKA berusia 39 tahun kerugian RM17,000 apabila diperdaya sindiket penipuan menggunakan nama polis dan sebuah syarikat penerbangan terkemuka.
  • Pemain bola sepak ditipu kekasih siber - (26-01-13) 
    Indiana: Bintang bola sepak Universiti Notre Dame, Manti Te’o, menjadi mangsa penipuan internet selepas kekasih beliau yang ditemui secara ‘online’ sebenarnya tidak wujud, kata ...


Inilah antara orang yang cerdik tetapi terkena juga. Kenapa?

Antara sebabnya adalah mereka yang tergilakan kekasih maya. Mengaharap muka secantik bidadari, manja macam kucing Parsi atau kerana teringinkan Mamat atau Minah luar negara, akhirnya ini terjadi....

Carian anda : ditipu kekasih maya
Terdapat 2 hasil carian ditemui di dalam Arkib Seminggu kami.
 Lihat hasil carian ditipu kekasih maya dari News Image Bank  

  • ‘Kekasih maya’ UK kebas RM300,000 - (19-02-14) 
    Kuala Lumpur: Tergoda dengan ‘kekasih maya’ yang kononnya gadis jelita dari United Kingdom (UK), seorang duda kerugian lebih RM300,000 yang dimasukkan ke dalam akaun suspek di luar negara.

  • http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2014021107082920140211070829/Article/ 
  • Perangkap cinta siber - (05-10-13) 
    Impak kewujudan internet bersifat positif dan negatif. Ada yang sanggup melekat di depan komputer melayari internet untuk pelbagai tujuan, termasuk mencari teman penghilang kesunyian. 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perangkapcintasiber/Article/ 

Apa mau cerita. Semuanya sendiri bikin, sendiri tanggung la...kata kawan aku.

Berlambak orang kena tipu online....



  • Orang Melayu Asyik Kena Tipu Jer...!!!! | MalaysiaSensasi.Net

    www.malaysiasensasi.net › Informasi

    Translate this page
    Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas ...
  • Ditipu jualan internet : Bagaimana cara?? - Facebook

    https://ms-my.facebook.com/.../ditipu.../44668387206...

    Translate this page
    Sapa yang kena tipu? .... Wan Smile saya kene tipu gak ,, katenye nak jual spotrem moto , RM250 . ... Tp bila tgk balik akaun fb nye duduk Kuala lumpur pulak. Beli 3 set nicer dicer tp sampai hari ni x dapat tracking no. .... Lizamida Ida Saya baru jer jgk kens tipu oleh penjual di mudah.my......dah bnkinkn duit 950..ckp dh ...
  • KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG TIPU & MAKAN DUIT ...

    https://ms-my.facebook.com/...TIPU.../108326229209...

    Translate this page
    Share with us kalau ada siapa2 yang pernah kena tipu dengan online shop mana2. ... kes penipuan , kalau ada details please mskkn dlm ni. nak details/bukti. lg ... Kecian... nk duit punya pasal sampai menfitnah.... mungkin sye pnah ckp sye nk bli .... "Dinasihatkan kepada yang terkena better report jer kpdnkk online sudah ...
  • Blogger Terkenal Kena Tipu Online Shop - HasrulHassan

    www.hasrulhassan.com/.../blogger-terkenal-kena-tipu-...

    Translate this page
    Feb 17, 2014 - Saya biasa kena tipu, dan saya pernah juga buat kerja menipu (masa ... Jika sekali dah buat tahik .. sampai ke bila orang akan ingat baunyaaaa . ... nak beli juga...kadang2 lebih kepada cuci2 mata jer...dan cuba cari di luar.
  • Nora Alisa: Bila aku kena tipu pasal renovation rumah...

    noraalisamyworld.blogspot.com/.../bila-aku-kena-tipu...

    Translate this page
    Oct 17, 2012 - Rasa nak nangis jer bila aku nak tulis entri ni...kalau boleh aku dah tak mau ... Duit dah bagi, tp dari hari ke hari, minggu ke minggu sampai la ...
  • Jawapan - Scammer HEBAT, Sebab Kaki Online Penakut [Archive ...

    www.carigold.com › ... › General Chat › Info, Debate

    Translate this page
    Dec 22, 2011 - 6 posts - ‎6 authors
    sampai bila kita nak duduk jadi nerd, penakut, cakap kosong sahaja.. ... maksudnya kalau dah kena tipu jgn tahu melalak jer.. tindakan harus ...
  • Kalau macam tu Kenapa Kena tipu lagi.....
  • Sanggupkah .......






  • Wednesday, March 5, 2014

    BERUBAHLAH (2)

    Berjumpa lagi......

    Dalam dunia, mana-mana negara, dalam Malaysia memaok dan sebagainya. Ramai orang susah. Ramai yang senang dan kaya, jutawan lagi. Ramai yang sederhana dan ramai yang susah juga. 'Bersamamu' memanglah baikuntuk mendedahkan kepincangan sosial dalamkehidupan. Susah,melarat dan merempat. Mereka itu Melayu. Apanak buat, mereka memang susah, dah takdir. Tiada tapak rumah, tiada tempat tinggal, rumah robek, hampir roboh. Mereka tinggal dibawah jejambat,tepi sungai, dalam terowong, dalam gobok dan sebagainya.

    Apanak kata?.

    Yang tinggal dalam pondok usang robek tepi atau  hujung kampung. Di sekeliling rumah begitu luas, ada pokok yang subur tetapi takada sepokok pokok cili, lengkuas, pucukmanis,sawi, bendi, serai pun yang ditanam oleh penghuninya bagi mengurangkan kos membeli nya di pasar. Tak ada pun nampak reban ayam, kandang kambing atau itik sedangkan AIM kata mereka diberi bantuan pinjaman untuk menjana ekonomi. Mereka tak minta atau taknakminta atau tak nak buat?.

    Rumah robek sana sini,tiris merata-rata. Bukan saya menghina. Saya juga 40 tahun yang lalu tinggal di pondok tiang kayu hutan, lantai dan dinding dari buluh, atas bertam. Rumah 4 segi berukuran 10 x 10 kaki boleh dihuni 4 sekeluarga. Dapur kayu,makan nasi kosong lauk ikan kering. Kekadang nasi campur pisang sagat dan kelapa parut. Cukup miskin. Tetapi dibelakang rumah tanam selom,kangkung, bayam jadi sayur. Telaga sawah bela ikan keli dan haruan buat lauk. Menoreh dan bersawah.

    Handal ayah saya MENGUBAH NASIB KELUARGA.  Menoreh pawah 6:4 (4 bahagian penoreh) memang menyeksakan. 10 keping getah sehariboleh menyara 5 beradik bersekolah sampai berjaya. Rumah taktiris sebab boleh ganti atap bertamdan rumbia, dinding taklopong kerana boleh ganti dengan buluh. Kenapa rumah orang sekarang yang kata susah itu tidak boleh ikhtiar demikian?

    Kata pakcik Mamak, orang Melayu ada banyak tanah. Merata-rata. Dari pekan kecil ke kampung di hulu sungai. Tanah orang Melayu ni banyak juga yang dipajak oleh orang Cina, atau orang Indon. Melayu memang pandai makan pajak, hebat. Cepat dapat duit dan mudah berbelanja,katanya.

    Orang Melayu pajak tanah RM 300 sebulan. Wah hebat...hebat. Macam banyak sangat dah. Seekar RM 300. Pemajak  pajak setahun atau 2 tahun. Buat projek tanaman yang hasilnya RM 60,000 sebulan. Apaada dengan RM 300.00?. Sebab orang Melayu tak  menyahut slogan "Pertanian Itu Perniagaan".

    Berkisar pada pokok cerita kita tadi, kenapa Pendatang Indonesia Kaya dan orang Melayu Miskin, akan berjelalah komen tuan-tuan hentam saya. Tak apa. Orang Melayu memang suka hentam  menghentam...
    Orang asing rajin,bekerja bersungguh-sungguh, 'gamble' sebab merantau, orang Melayu merasa selesa, malas, tunggu disuap sampai kemulut macam BRIM. Itu yang orang melayu suka. Orangmelayu suka jadi Tuan walaupun kuli akhirnya boleh beli semua hartanya.

    Orang Melayu ada kail, tapi taktau memancing, orang Melayu ada pancing tapitaktau cari umpan, orang Melayu tau dimana ada banyak ikan, tapi tak akan mengail sendiri malah membiarkan orang lain mengail dilubuknya. Akhirnya orang Melayu terus berangan menjadi kaya walaupun orang luar telah mengaut segalanya. Mereka berjaya membina banglo, bermewah dinegara asalnya hasil duit di negara Melayu kerana??????

    Tanyalah diri sendiri kerana apa?

    Wassalam

    BERUBAHLAH......

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Salam1Malaysia kepada

    Anak-anak kecilyang baru dilahirkan, yang ibunya membaca blog ini,
    Anak-anak sekolah rendah yang sedang membaca blog ini kerana baru jumpa...
    walaupun anda menggunakan internet di makmal komputer sekolah.
    Anak-anak remaja yang mungkin melayari internet melalui mobile anda
    semasa guru tiada dalam kelas, walaupun telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa kesekolah.
    Anak-anak yang sedang bekerja sementara menunggu keputusan SPM yang mungkin akan diumumkan pada 20 Mac 2014 ini.

    Saya sudah agak lama tidakmenulis di sini. Bukan pula kerana malas. Tidak juga kerana lupa. Mungkin sibuk sedikit itu alasan yang lebih munasabah.

    Teringat saya kepada perbualan semalam. Perbualan dengan seorang Pakcik 'Mamak', jangan marah,saya sebut Pakcik Mamak kerana dia minta saya panggil dia begitu.

    Sambil minum segelas limau ais di Al Amin@enstek, kami pun bercerita panjang mengenai kenapa orang Indonesia yang berhijrah bekerja di sini mampu menghantar pulang ribuan ringgit, lantas menyara keluarga dan terus membina rumah baru di kampung halamannya. Asalanya semasa dia mula berhijrah ke sini, dia tidak miliki apa-apa. Hanya sebuah keluarga yang sangat dhaif dengan pendapatan RM 4.00 sehari.

    Tongkang atau perahu, bertambang atau menyusup, halal atau haram, hidup atau mati, ditangkap atau dihumban, berjaya atau ditipu bukan persoalan. Semua itu diredah secara haram atau halal untuk datang ke Malaysia demi MERUBAH NASIB DIRI DAN KELUARGA.

    Bukan saya ingin memuji kehadiran puluhan ribu PATI tetapi ada istilah lain yang selalunya akan meruntun jiwa saya. Istilah CEKAL itu adalah milik mereka. Demi untuk BERUBAH mereka lakukan, merubah cara dan tempat pencarian mereka laksanakan. 

    Ini juga bukan persoalan pokok. Persoalan yang lebih penting dan mohon penelitian dengan hati yang ikhlas dan jujur adalah "KENAPA PENDATANG BOLEH JADI KAYA SEDANGKAN TUAN TANAH DI SINI HIDUP SUSAH?"

    Persoalan ini cukup kritikal, cukup rumit, cukup sensitif. Ia perlukan minda yang stabil untuk dibincangkan, emosi yang waras untuk ditelaahkan. Jika tersalah kata, maka akan jadilah kontroversinya. Apakah orang tempatan, tuan tanah khusunya MELAYU yang susah melata meminta-minta itu miskin kerana PEMALAS. Atau kerana mereka, PATI sudah membolot semua hak dan harta tuan tanah.

    Tuan-tuan bebas bicarakan melalui komen anda. Saya akan bicarakan isi pandangan Saya dan Pakcik Mamak sebentar lagi...... 

    Wassalam....