Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Sunday, January 28, 2018

Kerjaya Bukan Bermula Dengan Keputusan Peperiksaan Tetapi Bermula Semenjak Anda Mula Merancangnya

Salam Sejahtera,

Koleksiminda  sentiasa mengemaskini peluang-peluang pendidikan khususnya bagi lepasan SPM melalui Laman-laman permohonan kami untuk kursus-kursus Sains Kesihatan di KPJUC. Kami juga sering menulis nasihat dan panduan percuma di ruang kami serta posting kami di blog ini.

Kami telah menambah satu lagi perkongsian untuk anda bagimana peluang bagi mereka yang hanya mendapat 3 kredit dalam SPM tetapi berjaya untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Awam akhirnya hanya dengan memahami tentang apa yang kami tulis sebelum ini .






Kali ini kita bicarakan judul di atas. Kerjaya Bukan Bermula Dengan Keputusan Peperiksaan Tetapi Bermula Semenjak Anda Mula Merancangnya. 

Saya tidak menafikan jika ada penulis atau individu yang menyanggah kenyataan ini. Mungkin ada. Mungkin anda juga, yang membaca blog ini. Saya ketengahkan satu contoh.

Semasa kita mula-mula bersekolah, jika zaman saya di sebut Darjah 1, sekarang Tahun 1. Tidak lama selepas itu, waktu dahulu di sebut Kad Kemajuan atau dipanggil Laporan Kemajuan. Sekarang tiada lagi kad itu, semua Laporannya boleh di akses secara online. 

Saya cuba mengingat rupa kad kemajuan dan komen guru kelas masa dahulu. Ianya antik, tetapi sangat berkesan.



Di dalam buku kemajuan itu, ada satu bahagian yang di sebut 'Cita-Cita Anda'. Semasa dahulu, kita perlu menulis 3 Kerjaya pilihan dalam ruangan itu. Sahihnya, untuk menulis kerjaya itu, pelajar dahulu termasuk saya MEMIKIRKAN APA YANG SAYA MAHU JADI. Ini amat berkaitan dengan kerjaya apa yang sering didedah kepada kita kerana itulah kerjaya yang hampir dengan pandangan mata dan ingatan kita.

Jika ayah kita seorang guru, maka kita terdorong ke arah itu walaupun kenyataan ini tidak 100 peratus benar. Kerjaya yang paling hampir dengan saya ialah Guru, kerana itulah contoh yang hari-hari ada dihadapan saya, keduanya kerani dan ketiganya Pegawai Daerah kerana ia kawan ayah saya.

Kini, sebahagian besar pelajar telah terdedah dengan jutaan kerjaya kerana kemajuan teknologi internet. Mereka tahu banyak jenis kerjaya, konvensional dan moden. Ledakan internet membuka ruang pengetahuan kepada mereka. 

Namun, 

Sering saya terjumpa pelajar yang tidak tahu mahu jadi apa?. Mahu kerja apa?. Bila diajukan soalan, ada yang menjawab, tengoklah KEPUTUSAN PEPERIKSAAN nanti, baru boleh pilih bidang apa untuk sambung belajar, dan kerja apa yang sesuai.

Inilah yang saya sebutkan dalam tajuk di atas. Pelajar yang begini sebenarnya tidak pun merancang untuk APA DIA AKAN JADI DI MASA HADAPAN atau KERJAYA APA. 

BAGAIMAN MERANCANG KERJAYA

Merancang kerjaya anda sekarang ini adalah sangat penting kerana kegagalan anda merancang kerjaya yang sesuai dengan jiwa anda akan menjadikan anda kurang motivasi bila bekerja nanti. Kini anda telah didedahkan dengan Ujian Psikometrik untuk melihat kecenderungan anda dalam kerjaya. Ujian Minat Kerjaya Riasek Online boleh memberi sedikit panduan untuk anda mengetahui apa minat anda sebenarnya. 


Sebenarnya tidak pun susah untuk merancang kerjaya. Tiga langkah utama untuk merancanga kerjaya anda.

1) Pertama

KENALI MINAT ANDA SEBENAR


Jangan biarkan persoalan demi persoalan anda tidak terjawab. Anda perlu mula membina diri anda dengan sesuatu yang JELAS. Yang jelas itu mestilah menjadi yang PASTI. Jadi anda perlu pasti dengan minat anda dalam kerjaya, bukannya minat ikutan anda terhadapat rakan-rakan. Anda boleh melakukan ujian online kami dengan kos yang sangat minima. 


Kenali diri anda samada anda seorang yang Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprise atau Konvensional . Ini adalah mustahak kerana ia boleh memberi panduan kepada anda tentang diri anda jika anda masih buntuk untuk merancang kerjaya apa yang anda minati.

2) Kedua

TUMPUKAN PADA SUBJEK BERKAITAN 

Kebiasaan pelajar akan mencapahkan persediaan untuk peperiksaan untuk membolehkannya Lulus dalam SPM dengan seberapa banyak yang cemerlang. Open Certificate membolehkan pelajar untuk memberi LEBIH TUMPUAN dalam SUBJEK berkenaan dengan bidang yang dikehendaki. Contohnya anda inginkan KERJAYA NURSING.  

Untuk menjadi seorang Jururawat anda perlulah mengikuti KURSUS KEJURURAWATAN. Untuk membolehkan anda mengikuti kursus tersebut, anda perlulah memenuhi SYARAT KELAYAKAN MASUK KE KURSUS TERSEBUT. Contohnya.... mesti kenalpasti syarat kelayakan kursus oleh UA atau UPU.

LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SETARAF  dengan mendapat 

LIMA (5) KREDIT, 
WAJIB KREDIT DALAM 

  • Bahasa Melayu 
  • MATEMATIK (Tambahan atau Matematik Moden) 


samada KREDIT dalam SATU (1) daripada subjek di bawah: 


  • General Science
  • Biology 
  • Chemistry dan Lulus dalam Biology
  • Fizik dan Lulus Biology 



  • Pass in English 
  • Credits in TWO (2) other subjects

Oleh itu, anda perlu merancang untuk mendapat KREDIT DALAM

Bahasa Melayu, Matematik, + Kredit 2 Subjek lain
Kredit Biologi atau General Sains atau Kredit Kimia dan Lulus Biologi atau Kredit Fizik dan Lulus Biologi
Lulus English

Inilah yang dimaksudkan merancang kerjaya SEBELUM KEPUTUSAN SPM ANDA.

3) MENENTUKAN BIDANG KHUSUS KERJAYA ANDA

Setelah anda menetapkan TARGET KERJAYA melalui TARGET SPM anda dengan yakin. Merancang menjadi Jururawat memang mudah, tetapi banyak pula bidang  jururawat nya. Ada kategorinya. Contohnya begini.

  1. Jururawat berdaftar
  2. Jururawat masyarakat
  3. Pembantu jururawat
  4. Bidan
Dan lagi 

Kesihatan Dewasa • Kesihatan Remaja • Kesihatan Wargatua 9 • Kesihatan Mental • Kesihatan Pekerjaan • Perawatan di Rumah untuk ibu lepas bersalin • Home Care Nursing • Pemakanan • Kesihatan Wanita Dan Reproduktif Kerjaya Jururawat di KKM • Kesihatan Orang Kurang Upaya (Kanak kanak Keperluan Khas) • Wellness Clinic untuk Lelaki dan Perempuan • Kebidanan Di Pusat Bersalin Alternatif • Fungsi Baru Dalam Kesihatan Ibu Dan Anak

Banyak bidangnya, maka pilihlah dan tentukan lah dalam bidang mana yang anda suka. Dalam masa yang sama, adalah menjadi tanggungjawab anda membuat carian tentang peluang-peluang pekerjaan yang wujud dalam setiap bidang tersebut. 

Jika kita merancang KERJAYA kita lebih awal dari keputusan peperiksaan kita, maka apabila kita menerima keputusan, kita sudah tahu apa kursus yang perlu kita pohon untuk melanjutkan pelajaran.
Sambil itu, baik kiranya anda menyemak paduan yang sesuai antara kerjaya dan keputusan ujian anda. 





Selamat merancang. Terima kasih