Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Monday, January 2, 2017

PILIH LALUAN KITA

Ikuti lamam Rasmi Saya> Motivasi, Pendidikan dan Perniagaan Internet di http://1wan.biz   dan Blog saya di http://1wan.biz/wp  serta Laman Pendidikan di http://koleksiminda.com   


Salam Sejahtera,

Kita bertemu lagi 2 Januari 2017. Apa khabar?. Anda yang sihat, bersyukurlah kerana ramai yang sakit. Anda yang sakit berikhtiarlah kerana setiap sakit ada ubatnya .

Bicara kita hari ini adalah sambungan dari semalam. Tajuk kita hari ini adalah Pilih Laluan Kita. Kita sudah berjaya menetapkan matlamat kita. Langkah pertama sudah kita mulakan. Kita akan bergerak sedikit masa lagi. Impian sudah dicatat. 

Banyak Pilihan

Banyak Pilihan Laluan yang terbentang dihadapan kita bagi mencapai atau bergerak mencapai matlamat kita. Inilah peringkat awal yang kritikal, amat susah dan memerlukan perhatian yang sangat tepat. 

Kita bukan seorang yang 'bodoh sangat' sehingga menjadikan kita gagal untuk memilih laluan kita. Orang bijak juga kadangkala akan terjerumus dalam kegagalan. Inikan pula kita yang kekurangan ilmu. Apa yang membezakan antara kita dan mereka yang berilmu adalah 'mengundur diri atau tidak' dari menempuh cabaran menentukan laluan pilihan kita ini.

"Ramai orang hebat yang ada sekarang adalah mereka yang pernah gagal suatu ketika dahulu".

Bukan sekali, malah berkali-kali gagal. Tetapi kenapa mereka berjaya sekarang?


Saya ambil petikan ini biarpun ia satu kutipan random namun ia memberi maksud yang mendalam.

"Orang yang berjaya sentiasa mengambil tindakan,.... mereka melakukan kesilapan-kesilapan tetapi mereka tidak mengalah"

Jika kita ingin menjadi seperti mereka, maka kita juga perlu memilih 3 perkara ini.

  1. Mengambil tindakan

  2. Mengakui kesilapan

  3. Tidak mengalah

Memilih laluan kita

Kita sudah tahu bahawa kita akan ke puncak. Banyak laluan yang ada. Kita tidak boleh mengikut semua laluan. Hanya satu yang pasti menjadi pilihan samada lalui 1 atau Laluan 2. Mana satu laluan yang ingin dipilih.



Sebelum kita memilih laluan, prasyarat untuk sampai ke sesuatu tempat adalah memastikan laluan itu.

"Jika anda ingin sampai ke Puncak Kinabalu, anda perlu memilih satu laluan yang membolehkan dan memudahkan anda untuk sampai ke Puncak Kinabalu"

Bagaimana laluan, baik, buruk, susah, senang, merbahaya atau tidak, risiko perjalanan, tempat berehat menjadi pertimbangan. Namun, kerana kita tidak tahu maka menjadi pilihan mutlak untuk kita mengetahuinya sebelum memilihnya.


Dalam menentukan pilihan ini biasanya kita akan segera didedahkan dengan dua cara iaitu Pilihan Tidak Sengaja dan Pilihan Dirancang.

Pelik?..!!!!

Memang pelik kerana saya berpikir begitu sedangkan anda berpikir begini. Kita berfikir secara tidak sama. Mungkin anda berfikir kritis tetapi saya berfikir kreatif. Pertembungan ini sangat baik untuk membolehkan kita mencari titik pertemuan.

Pilihan Tidak Sengaja 

Ini lahir dari ilham yang tidak sengaja. Seperti selalu orang kata, hendak berjaya dalam SPM mudah sahaja, baca buku lah..!!!. Kalau baca buku memang boleh berjaya.

Ada juga orang akan berkata, motivasi mesti bagus untuk berjaya. Mesti kuat dan mesti lakukan yang terbaik. InsyaAllah berjaya.

Jika anda mengulangkaji dan faham dengan betul, menggunakan jadual yang betul, anda akan berjaya nanti. 

Cuba lihat, orang yang berjaya itu adalah orang yang berusaha sebelum nya lagi.

Ini adalah ilham umum semua manusia, ilham yang dipelajari dari kebiasaan yang telah lama wujud.


Kadangkala dengan tidak sengaja kita mengikut cara orang lain biarpun cara itu diberl berpuluh-puluh kali oleh pakar motivasi. Di ulang hingga ia menjadi 'kebiasaan'. Maka kita menjadi orang yang akhirnya 'turut' dengan cara itu untuk mencapai kejayaan. 

Idea-idea atau pilihan yang tidak sengaja ini boleh mencapai kejayaan, bukan dinafikan. Contohnya Graham Bell pada tahun 1875 berjaya mencipta telefon pertama apabila ilham tidak sengaja ini datang sewaktu dia sedang mencipta alat pendengaran untuk orang pekak. Berjaya. Tetapi telefon sekarang lebih berjaya kerana dirancang. Lihatlah telefon anda itu.

Oleh itu jika kita mengikuti jalan Pilihan Tidak Sengaja maka kita boleh berjaya tetapi tidaklah seperti mereka yang memilihi laluan Pilihan Dirancang.

Pilihan Dirancang

Seperti yang anda lihat dalam gambarajah, Pilihan dirancang adah "terus, tepat, teratur dan terpimpin". Apa yang dimaksudkan dengan terus ialah laluan yang dipilih itu telah terbukti dan dibuktikan boleh menjadikan anda terus mencapai matlamat anda. Tepat merujuk kepada pengesahan orang yang terdahulu bahawa dia telah berjaya mencapai kejayaan dengan cara itu. Contohnya Irfan Khairi mengesahkan dia berjaya menjadi Jutawan Internet Termuda di Malaysia dengan cara yang dia gunakan setelah gagal banyak kali dengan cara lain.

Teratur bermakna pilihan laluan itu sudah tersusun tindakan satu persatu mengikut urutannya, tidak lintang pukang dahulu dan kemudian. Tertib.

Terpimpin beerti ia mempunyai garispanduan yang ditetapkan yang membolehkan sesiapa sahaja sama ada dia seorang 'pemimpin' (Leader) atau 'Pengikut' (Follower) melalui laluan itu secara berdisiplin, memenuhi syarat dan mengikut peraturan sehingga ia mencapai puncaknya. Ini adalah Pilihan Dirancang. Bermaksud, untuk membolehkan kita memilih Pilihan Dirancang, kita mestilah mendapatkan ilmu dari PAKAR, yakni orang yang berilmu dalam memilih laluan kejayaan. Sumber idea inovatif dan progresif ini perlu DITUNTUT, DIPELAJARI DAN DIGUNAKAN supaya kita tidak sentiasa menganggap bahawa kita sentiasa betul sebelum mendapatkan pengesahan bahawa kita betul dari mereka yang sudah berjaya.

Tuntutlah ilmu dari pakar untuk membolehkan kita memilih 'Pilihan Dirancang' itu kerana pilihan ini akan memberikan kita peluang seperti gambarajah ini.


Mari kita ringkaskan catatan kita hari ini dalam membuat Pilihan Laluan kita untuk mencapai matlamat kita.

Inilah pilihan terakhir yang perlu kita lakukan demi memastikan matlamat kita tercapai. Ia perlu dirancang, bukan dibiarkan terjadi seperti 'lumrah kehidupan'. 

Jika kita ingin menjadi seorang Jururawat Bertauliah yang hebat, kita perlu menetapkan terus seawal usia 15 tahun untuk berada dalam bidang Sains Tulen pada usia 16 tahun, bukannya pada usia 17 tahun baru bercadang untuk menjadi Jururawat.

Pada masa yang sama, kita semestinya sudah mencari maklumat yang TEPAT mengenai keperluan pendidikan dan kerjaya Jururawat dari orang yang benar-benar berada dalam bidangnya, iaitu Jururawat Bertauliah.

Untuk menjadikan laluan pilihan kita teratur untuk menjadi Jururawat Bertauliah, inilah masalanya kita mendalamai kandungan perkara yang perlu dipelajari dan akan diajarkan kepada kita bagi keseluruhan pembelajaran itu bagi menjelaskan kepada 'pemikiran kita' tentang apa yang sebenarnya akan dilalui 'secara benar' semasa kita menghadiri kursusnya. 

Jarang-jarang orang meneliti Garis Panduan dan Peluang Kerjaya ini kerana anggapan bahawa ia terlalu awal. Berbuih mulut para Kaunselor menceritakan dalam ceramah yang berulang kali tentang kerjaya itu dan ini tetapi akhirnya apabila keputusan SPM diumumkan, terkial-kial pelajar memilih kursus kerana tidak tahu garispanduannya. Ini dimaksudkan terpimpin, yakni garispanduan yang tetap dan terkini.

Inilah juga yang terjadi kepada sebahagian besar dari kita, agaknya termasuk saya juga... Kita ingin menjadi orang yang berjaya dalam Perniagaan Internet seperti Irfan Khairi tetapi mengetuk huruf di papan kekunci seperti patuk ayam, istilah blog dan web gagap disebutkan, inikan pula teknik pemasaran dan pengiklanan maya. Semua yang berkait dengan internet menjadi benda asing dan sangat menakutkan, 19 kali bertanya tetapi gagal disiapkan, blog dan web perlu dikesampingkan, pelbagai alasan akan dikumpulkan untuk menyatakan bahawa ia sangat susah dilakukan.

Bolehkah menjadi peniaga maya yang mampu menghadapi saingan jika sekadar di Facebook sahaja menjadi ruangan pemasaran.

Semua ini kerana pilihan laluan tidak sengaja yang menjadi pilihan.

Untuk menjadikan kita berada dalam laluan yang tepat, Laluan Dirancang, sifu perlu di cari mulai saat ini.



Kita Jumpa lagi
Wan Zainal Wan Zi



No comments: