Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Tuesday, January 25, 2011

Seruan Apakah Ketika Itu???

Apa yang diriwayatkan Hadis memang benar. "Ingat lima sebelum lima. Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati".

Bukan sekadar mengingat untuk mengingatkan orang lain malah mengingat untuk mengingatkan diri sendiri.

Aku terasa seperti kelain hari ini. Bukanlah tidak bersyukur tetapi kurang sihatnya dari biasa, sesaknya seperti Seremban kalau tidak sesesak KL. Nadi yang berbeza, Nafas yang berbeza...fikiran yang berbeza.

apakah itu tanda-tanda kita akan berpisah>>>???. Atau tanda pemurahnya Allah sebagai peringatan.



Jika orang dulu-dulu berpesan pada warisnya tentang pusakanya, tentang wasiatnya.. kita kini hanya mampu berpesan di sini, memohon keredhaaanya dan kemaafan pembaca. Kengangi aku jika ini yang terakhir kali.Di ketika amat kurang selesa ini.. aku mohon berehat seketika....Doakan aku...

Tuesday, January 18, 2011

Wah.!!..27 tahun Kenangan Kembali

Salam teman-teman

Hikmah "Qadha dan Qadar Allah itu tiada siapa yang dapat menghalang". Ajal maut, jodoh pertemuan adalah hak Allah. Jika Dia berkehendakkan bertemu, maka bertemulah.

Bermula dari sebuah ingatan lampau, rasa teringat yang ikhlas mungkin, rindu mungkin, maka cerita sahabatku ini begini.Saya cuba merakam segalah perbualan ini. Perbualan yang mengungkap cerita kecusian persahabatan 27 tahun yang lalu. Cukup lama.

Bermula pagi ini apabila aku membuka email yang agak lama aku tidak melihatnya. Hanya melihat tajuk-tajuk sahaja. Biasalah kan..!!. Bertarikh 17 Januari, 2011, jam 9:20:30 pm inilah email yang aku terima.Satu email ni agak pelik hanya dengan nama Zetri Munir dan Subjknya : Sahabat .

"A,kum En Wan. Apa khabar anda ? Barangkali terkejut dgn surat elektronik ini. Saya terjumpa laman sesawang anda di internet. Dan kini mengkhabarkan, apa khabar. Tertanya-tanya siapa kah saya ? Mungkin ingat atau barangkali lupa. Saya Pyan - UKM 1984 - 88, Komsis A @ Dato Onn. Jika ada lapang, ini no sy - Pyan 012 358 9897. Slmt tahun baru 2011."

Salamku dijawab dengan begitu mesra. Sah!!!.Pasti. Inilah cara dia 27 tahun yang lalu walaupun kini sedikit garau suaranya.

"Boleh saya bercakap dengan Pyan?".
"Ya, saya bercakap".
"Apa khabar?"
"Baik"
"Pyan tahu siapa yang bercakap sekarang?
"Tak tahu. Perkenalkanlah diri, jika tidak, saya tak dapat mengangak siapa"

Wahh...masih seperi dulu adikku ini. Mesra dah bersahaja. Itu yang menjadi aku suka. Teringat bahawa inilah juniorku yang cukup menghormati senior. cara dia bercakap, memilih perkataan yang sesuai dan sangat merendah diri. Terbayang masa berbual dengannnya di Foyer A. Kembali kenangan ceritanya bahawa dia meminati Pyan Habib, A Samad Said. Dia kata dia berminat dalam bidang sastera. Teringat ketika dia mendeklamasikan puisi.

Aku tidak perkenalkan diri tetapi hanya mengunkap ayat dalam emailnya.
"UKM 84-88..... "

Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku.... dia telah menyambung dengan begitu yakin dan fasih...penuh kesungguhan dan mungkin menunjukkan bahawa dia cukup ingat segalanya.

"Wan Zainal bin Wan zi, salah seorang senior yang....."

Wah...lahir dan terserlah rasa hormatku pada seorang sahabat yang telah terpisah 27 tahun yang lalu tetapi masih akrab seperti 27 tahun yang lalu. Bangga...aku bangga.

Sewaktu dia menyertai Biro Kesenian JAKSA KOMSIS DAtOK ONN dulu aku rasa aku masih menjadi Naib Presiden di sana. terbayang lagi kawanku ini yang memiliki rambut yang panjang hingga ke belakang, bersahaja degan pakaian santainya. Ucaptuturnya juga dengan perkataan yang santai, lembut dan bersopan, kadang kala penuh dengan riak perasaan malunya menjadikan dia seorang yang di senangi, kalau tidak oleh orang lain, sudah pastinya oleh aku.

"Ya, alhamdulillah. saya, benar. Pyan masih ingat saya rupanya"
"Ya, seorang senior yang... bla,,blaa..bla..". Aku tidak dapat menngungkap semua, yang aku tahu hanya gembira.

"Pyan buat apa sekarang?" Jujur.
"Setahu saya, saya sedang bercakap dengan En. Wan". Selamba. Begitulah guraunya menghidupkan suasanya santai dan akrab seperti dulu juga. Ketawa kecil menghiasi perbualan kami.
"Sebenarnya saya selepas belajar dulu, menang bercita-cita untuk menjadi penulis. Saya join finas. dan sekarang menulis. Menulis sikit-sikit dengan syarikat tv. Tulis skrip".
" Oooo...bagus tu, saya suka".
"Sekarang ni ada buat syarikat sikit, dengan kawan.Dan sekarang bekerja untuk syarikat lah, tulis untuk tv". Jelasnya dengan profesional.

"En. Wan di mana sekarang, buat apa?". Aku menjelaskan kerjaku.
"Bagaimana dengan kawan kita dulu. Ada hubungi Mustafa Nafa?.
"Saya tak pernah jumpa dan dapat hubungi Mustafa Nafa"
"Abang Mustafa Kamal?".
"Lost contact. Saya pernah jumpa dia 3 4 tahun selepsa 1987 tetapi selepas itu hilang"
"Tu roomate En. Wan ?. Mokhali Md Noor?"
"Saya pernah berjumpa dia beberapa tahun yang lalu. semasa saya pergi bercuti di Pangkor, saya berjumpa dengannya di Lumut. dia belanja makan. Dan selepas itu tidak berjumpa lagi. Dia orang kuat Dr Zamri MB Perak masa itu"

Inilah yang ku katakan indahnya persahabatan di kampus. 27 tahun yang lalu semua nama-nama seniornya, kawanku masih diingati oleh Pyan. Pyan yang hebat.

Muastafa Kamal adalah Presiden JAKSA Kamsis Dato' Onn, aku hanya timbalannya, Mustafa Nafa adalah Pengerusi Jawatankusa Biro Kesenian jika tidak salah. maka Pyan berupaya mengembalikan kenangan ini dalam hanya 10 minit perbualan. Hebat.

"Saya memang sedang mencari kawan-kawan lama. Kalau boleh nak jumpa semula"
Kata Pyan bersungguh.
"Ya, saya juga. elok kita jumpa Pyan. boleh juga berbual tentang kenangan lama dan perkara baru". Cadangku.

"ishh...saya tak suka lah En Wan bercakap ada slang Negeri Sembilan ni.tak suka. En Wan kahsin orang Negeri ke?". Jika orang tak kenal siapa Pyan tentu akan terasa hati. Saya kenal Pyan.
"Ohh...saya sudah lebih 20 tahun di sini. Dah fasih cakap Noghoghi". selorohan ini menjadikan 27 tahun bagai 2.7 hari sahaja.

Positif. Memang positif.
"Ya, sebelum letak telefon tu saya nak maklumkan. Saya sedang menulis untuk satu filem dokumentari ni. So hari Khamis ni, 20 Januari, saya akan ke Melaka. Mungkin kita dapat jumpa 'on the way' saya nak ke Melaka". Informasi dan permintaan yang saya suka.
Nanti kita jumpa. terima kasih Pyan kerana membuka kenangan 27 tahun lalu hanya dengan satu email sahaja.

Bagus juga rupanya aku membina laman web sendiri. Meletakkan namaku dalam dunia maya. biarpun tidak seberapa namun ia ada hikmahnya. Pertemuan semula dengan rakan-rakan mengembalikan segala kenangan di kampus 27 tahun lalu...Indahnya. terima kasih SAHABAT

Monday, January 17, 2011

Penutupan Laman Web Wanbizz.com

Salam sejahtera semua,

Saya ingin memaklumkan bahawa Laman Web Rasmi saya Wanbizz.com telah ditutup mulai hari ini. Saya dalam proses mengaktifkan laman web baru untuk memuatkan informasi baru yang akan diumumkan di sini sedikit masa lagi. Buat sementara waktu laman Blog Wannotes akan digunakan sebagai medium dan Facebook saya di http://www.facebook.com/fbwan.

Laman http//www.koleksiminda.com akan segera di aktifkan sedikit masa lagi.

Sekian diumumkan. terima kasih.