Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Tuesday, January 10, 2017

Memilih Panduan Yang Tepat

Ikuti Laman Rasmi Saya> Motivasi, Pendidikan dan Perniagaan Internet di http://1wan.biz   dan Blog saya di http://1wan.biz/wp  serta Laman Pendidikan di http://koleksiminda.com   

 

Tajuk Kali ini ialah TEPAT, iaitu membuat rujukan kepada orang atau individu yang benar-benar terlibat dalam bidang tersebut.

Jika kita ingin menjadi seorang Jururawat, maka rujuk dan dapatkan semua maklumat dari mereka yang benar-benar seorang jururawat yang baik dan berpengalaman. Jika ingin menjadi seorang Pakar Perniagaan Internet, maka rujuklah kepada pakar seperti Irfan Khairi, jika ingin belajar menjadi seorang pilot, anda perlu mendalami pengalaman seorang pilot yang hebat.


Apa yang hendak di rujuk dengan tepat itu?

Pertama,

Pengalaman Pendidikannya. Ini bermaksud anda perlu bertanyakan maklumat di mana dia belajar, bila, bagaimana ia menjadi cemerlang, siapa yang menjadi rujukannya dan apa yang diperolehinya yang membolehkan dia menjadi Pilot cemerlang.
 
Kedua,

Pengalaman pekerjaannya. Bagaimana dia mendapat pekerjaan itu, apa cabaran yang dilalui, susah senang serta apakah yang sebenarnya berlaku dalam kerjayanya itu selain dari apa yang dapat diperhatikan oleh orang ramai. Cabaran dan tanggungjawab sebenar dia dalam kerjayanya. Apa yang dia sangat suka dan yang dia sangat benci dalam kerjayanya.

 

Ketiga, 

Anda perlu mendapat gambaran darinya tentang potensi kerjaya bidang itu di masa hadapan dan apakah yang anda perlu lakukan jika anda ingin menjadi sepertinya.

 

Maklumat yang tepat dari orang yang tepat akan menyediakan anda laluan yang tepat dan teratur di masa hadapan. Pilihan yang betul dan tepat ini akan memudahkan perjalanan anda untuk menuju ke puncak kejayaan.

 

Terima Kasih

Wan Zainal




No comments: