Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Saturday, October 13, 2018

15 SEBAB PERLU ADA LAMAN WEB - SEBAB KE DUA - PELBAGAI LOKASI


#2- PELBAGAI LOKASI

Dahulu, syarikat yang hebat berniaga akan mempunyai kedai. Bermula dari satu kedai hinggalah beberapa cawangan. 7Eleven, Hardware, Kedai Pakaian, Makanan, Farmasi dan Klinik contohnya.
Mempunyai banyak lokasi kedai itu satu kelebihan. Seorang usahawan yang mempunyai beberapa klinik yang beroperasi di kawasan berbeza menunjukkankan pemiliknya berjaya. Kerana melayani ramai pesakit dari kawasan berlainan, pendapatan mereka berganda. 
Namun begitu, membuka begitu banyak klinik fizikal menelan belanja yang begitu besar. Pengubahsuaian, kakitagan dan peralatan merupakan kos memulakan operasi yang tinggi.
Laman Web, satu sahaja boleh menggantikan semua farmasi itu. Apa sukarnya. Dengan hanya memiliki 1 laman web sahaja, farmasi itu boleh menjual segala produknya secara bundle atau memaklumkan kepada pelanggan. Anda boleh search google Farmasi Online… banyak
Semua pelanggan boleh membuat pesanan dari mana-mana laman web tersebut dan akan dipos kepada mereka.
Nah, mudah kan. hanya satu laman web, kedai anda sudah berada di mana-mana lokasi untuk memberi khidmat kepada jutaan pelanggan anda.
Itulah pentingnya anda memiliki laman web, bukan kerana hendak berlagak atau menunjukkan besarnya bisnes anda, tetapi untuk memberi servis kepada pengguna, bukan dikawasan anda sahaja, malah seluruh negara atau dunia

JIKA TIDAK SANGGUP PUN MEMBUAT PELABURAN YANG KECIL, SAMPAI BILA PUN BISNES ANDA TIDAK AKAN MENJADI BESAR.

POSTING SETERUSNYA NANTI KITA BINCANGKAN SEBAB YANG KE 3 IAITU MENJENAMAKAN BISNES KITA




No comments: