Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Saturday, October 14, 2017

KERJA TETAP KENA KERJA

Salam Sejahtera,

Lama sungguh saya tidak menulis di blog ini sehingga kata laluan pun hampir lupa. Memang bernasib baik juga lah kerana sistem blogger yang bagus, boleh mengingat dan simpan melalui telefon. Baru balik dari Tanah Suci seminggu lebih, 2 Oktober 2017. Penat dah hilang tetapi 'miong' nya masih ada. Waktu tidur mungkin bertukar-tukar, mengantuk pada waktu yang tidak sesuai mengantuk, tidur pada waktu yang tidak sesuai tidur. Orang kata 'jacklack'. Betul tak ejaan ni?. saya pun tak faham sangat apa maksud sebenarnya. Yang penting, selamat pergi, selamat mengerjakan Haji dan telah selamat kembali. Terima kasih kepada Lembaga Urusahn dan Tabung Haji (LUTH) atau LTH yang telah menjadikan hasrat saya sercapai dengan IZIN ALLAH. Terbaiklah Tabung Haji.

Mungkin ada orang tak setuju kerana saya kata terbaik tu. Terbaik maksudnya cukup baik. Secara perbandingan. Bandingkan dengan Jemaah dari negara lain. Kita cukup tambang, cukup makan, cukup tempat tidur, cukup waktu mengerjakan haji. Berbanding dengan jemaah negara lain, jemaah Malaysia kira lebih terurus.

Itu, ada banyak masalah yang timbul..!!!. Mungkin ini yang terkeluar dari satu dua mulut atau hati Jemaah. 

Memanglah, 50 ribu orang orang nak diuruskan. Di sini dan di Tanah suci. Memanglah akan ada kekurangan di sana sini. Ada yan g tak sempat di urus atau yang terjadi tanpa sengaja. Ramai tu. Kalau kita ta yang menguruskannya, mungkin lagi teruk dari itu. Mungkin itu juga ujian Allah kepada Jemaah. Sabar. Kesabaran. Sejauh mana kita sabar. Terima dengan penuh keredhaan. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Ujian di Malaysia, Ujian di Madinah, Ujian di Makkah, Ujian di Arafah, Ujian di Mudzalifah dan Ujian di Mina. Tidak mudah, tetapi semuanya dapat melaksanakannya kecuali yang mati atau uzur teruk. Mabrur atau tidak itu hak Allah. Kita kena redha atas kehendaknya.



Menoleh ke belakang, melihat tutur kata kita, melihat perbuatan kita, melihat pemikiran kita dan melihat hati kita. Allah tahu apa yang terdetik dalam hati kita, maka ujiannya diberi pada kita tidak sama dengan ujian yang diberikan kepada orang lain.

Kita selalu juga berdoa, dengan doa ini. Kita mahu Allah terima ibadah kita. Kita mahu Allah ampunkan kekurangan dan kelemahan kita. Kita mahu Allah hindarkan kita dari siksa kubur dan siksa api neraka. Maka kita kenalah jaga supaya pemikiran, hati dan perbuatan kita tidak menjurus ke arah itu.

Kita berdoa,

" Aku mohon kepadamu ya Allah, Engkau redhakanlah, permudahkanlah dan terimalah kehadiran ku ke Tanah Suci ini dan terimalah ibadat ku dan ibadat hajiku dengan Haji yang Mabrur"

Apakah kerja kita di Tanah Suci?

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan saya kerana ini pandangan saya yang sedikit ilmu. Bagi saya mengerjakan Haji adalah kerja buat. Kerja. Kerja kita ialah melakukan kerja, kerja beribadat. melakukan niat, melakukan solat, melakukan yang sunat, melakukan ziarah, melakukan Tawaf, melakukan Sa'i, melakukan ibadah di Arafah, Mudzalifah dan Mina, melakukan lontaran di jamrah sehinggalah selesai semuanya. Lengkap. 

Maka akhirnya kita mahu kita di nilai untuk mendapat HAJI YANG MABRUR setelah semua kerja yang berkaitan kita sudah lakukan. Siapa yang menilainya?. Kita?. Pegawai TH atau ?????.

Kita tinggalkan cerita menilai itu. Kita pergi ke cerita 'kerja'. Kerja beribadah dan kerja itu satu ibadah. 

Kerja memanglah susah. Tiada yang tidak susah, mealainkan susah belaka. Hendak atau tidak saya perlu terus bekerja. Ia susah, kerana ia kerja. Kerja itu ibadah.Kerja itu menghasilkan rezeki.

Kita selalu memohon agar Allah murahkan dan limpahkan rezeki kepada kita, keluarga kita. Rezeki tidak akan diberikan oleh Allah jika kita tidak bekerja, berusaha mencarinya. Kita duduk sahaja kita tidak mendapat rezeki. Sama seperti kita yang pergi mengerjakan haji tetapi tidak bersusah payah berdoa dan berdoa setelah bersusah payah berwukuf di Arafah. Tidak buat, tiada sah, tiada ganjarannya.

Jadi bekerja lah sekuatnya, bersungguh-sungguh dengan ikhlas dan  mohon lah kepadaNya.

" Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim. Aku bermohon dengan sesunguhnya Ya Allah, Engkau limpahkanlah rezeki kepada Aku, Isteriku, Anak-anakku serta keluargaku dengan rezki yang halal, lagi mudah dan tidak di sangka-sangka. Jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika di langit turunkanlah, jika tersembunyi, zahirkanlah. Ya Rahman, kabulkanlah doaku".

Saya juga sedang bekerja sekarang. Hari-hari malah setiap masa saya bekerja melalui blog dan laman web, 24 jam, 365 hari untuk mencari rezeki yang halal ini. 

Melayari nya adalah PERCUMA. memohon juga PERCUMA. Sebagai Konsultan, saya berikan maklumat dan peluag PERCUMA. Sudah ramai , 552,889 orang telah melayarinya dan beribu-ribu orang telah mendapat peluangnya.

   
 LAWATI LAH LAMAN INI..IANYA INFO PERCUMA

SILA KLIK BANNER INI UNTUK TERUSKAN MELIHAT PELUANG ANDA


Begitulah, kerja tetap kena kerja samada sudah pencen atau pun tidak pencen. Cuma kerjanya saja yang berbeza.

Wallahu aqlam.









No comments: