Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Friday, October 12, 2012

JATIDIRI GURU YANG HEBAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan , Samada pandangan yang anda berikan itu Positif, Negatif, Rasional atau Emosi ia bukanlah perkara yang sangat penting. Pertentangan pendapat itu dibolehkan ASALKAN ia bertujuan diskusi. Saya cuba menjadi ANDA yang ramai ini dan saya cuba fahami luahan anda. Rata-rata saya himpunkan bahawa ianya berkisar kepada BEBAN KEPADA GURU. Dan tahniah kepada yang mengatakan ia memberi satu dimensi baru dalam pendidikan.
Tuan-tuan, PERSEPSI kita selalunya berasaskan kepada penilaian diri kita sendiri terhadap sesuatu perkara. Sesungguhnya jika kita berada dalam Profesion mana sekalipun kita akan menerima apa YANG MENYENANGKAN KITA. Dalam perguruan juga demikian.
Persoalan menjadi BEBAN dalam Perguruan ini bergantung kepada “SEJAUH MANAKAH KITA IKHLAS MENJADI SEORANG GURU?’, “BERSEDIAKAH AKU MENJADI SEORANG GURU?, dan “SANGGUPKAH AKU BERKORBAN MENDIDIK ANAK BANGSAKU”.
Jika kita melihat PBS sebagai beban, sedangkan Guru-guru yang sudah berpuluh tahun dahulu hingga sekarang (termasuk yang pernah mendidik anda) melaksanakan lebih dari kerja itu tetap mendidik anak bangsanya hingga Berjaya dan menjadi GRADUAN HEBAT seperti anda diruangan ini.
Mereka telah lama berkorban dengan segala kekurangan dan beban itu sehingga ANDA JUGA BERJAYA. Ini kerana mereka tahu menjadi seorang guru memang banyak kerjanya. Disekolah dan juga dirumah. Mereka membuat penilaian dengan menyediakan kertas soalan peperiksaan sendiri dan memeriksanya sendiri. Langsung memberikan markah sendiri. Lalu memberikan Gred dan kedudukan dalam kelas dan tingkatan sendiri. Siapa yang memantau mereka?. Seterusnya memberi komen dalam Rekod Kemajuan Pelajar dan memaklumkan kepada ibu bapa tentang kelebihan dan kelemahan anaknya kepada ibu bapa. Ini diamalkan dari dulu sampai sekarang. Anda dulu sewaktu disekolah TIDAK PERNAH MENGATAKAN GURU ANDA BIAS…!!!. Anda merasa anda pandai dan anda layak mendapat NO 1 dalam kelas, maka anda dapat. Maka, soalah BIAS dalam PBS bergantung lah kepada ANDA yang menjadi GURU nanti.







Menyentuh tentang Profession ini yang banyak kerja, saya baru berbual dengan seorang Guru yang sudah mengajar selama 24 tahun dan katanya memang banyak kerja yang perlu di buat, tetapi Guru ini kata ia tetap juga dibuat, dilaksanakan dengan penuh intergriti. Guru yang sudah berumur 50 tahun ini sedia memikul beban ini kerana JIWANYA ADALAH JIWA SEORANG GURU, KENTAL DAN RELA. Oleh itu persoalan beban bagi seorang guru bergantunglah kepada kesediaanya menerima hakikat bahawa kerja guru memang banyak kerja.
Oleh itu, Bersediakah KITA untuk menjadi GURU?. Ikhlaskah kita?. Semua perubahan yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan pemantapan. PELAKSANA ialah GURU. Jadi, jika semuanya kita rela, maka SEMUA CABARAN KERJA ITU MENJADI AMAT MUDAH KEPADA KITA. Guru perlu mempunyai JIWA SEORANG GURU. Jika tidak, tentulah proffesion lain lah yang lebih sesuai baginya.
Maafkan saya, kerana ini pandangan saya sebagai manusia kerdil dan kurang ilmu berbanding tuan-tuan. Saya doakan tuan-tuan CEKAL HATI untuk menjadi seorang GURU.. Wallahuaklam

3 comments:

Madsu said...

Asalamualaukum wan .. kawan lama ni masa kat ukm ... cuba teka sapa.. pernah jagi pengapit hang...

Madsu said...
This comment has been removed by the author.
Wan Zainal Wan Zi said...

Mi, Dimana sekarang?