Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!
Tuesday, January 25, 2011
Seruan Apakah Ketika Itu???
Bukan sekadar mengingat untuk mengingatkan orang lain malah mengingat untuk mengingatkan diri sendiri.
Aku terasa seperti kelain hari ini. Bukanlah tidak bersyukur tetapi kurang sihatnya dari biasa, sesaknya seperti Seremban kalau tidak sesesak KL. Nadi yang berbeza, Nafas yang berbeza...fikiran yang berbeza.
apakah itu tanda-tanda kita akan berpisah>>>???. Atau tanda pemurahnya Allah sebagai peringatan.
Jika orang dulu-dulu berpesan pada warisnya tentang pusakanya, tentang wasiatnya.. kita kini hanya mampu berpesan di sini, memohon keredhaaanya dan kemaafan pembaca. Kengangi aku jika ini yang terakhir kali.Di ketika amat kurang selesa ini.. aku mohon berehat seketika....Doakan aku...
Tuesday, January 18, 2011
Wah.!!..27 tahun Kenangan Kembali
Hikmah "Qadha dan Qadar Allah itu tiada siapa yang dapat menghalang". Ajal maut, jodoh pertemuan adalah hak Allah. Jika Dia berkehendakkan bertemu, maka bertemulah.
Bermula dari sebuah ingatan lampau, rasa teringat yang ikhlas mungkin, rindu mungkin, maka cerita sahabatku ini begini.Saya cuba merakam segalah perbualan ini. Perbualan yang mengungkap cerita kecusian persahabatan 27 tahun yang lalu. Cukup lama.
Bermula pagi ini apabila aku membuka email yang agak lama aku tidak melihatnya. Hanya melihat tajuk-tajuk sahaja. Biasalah kan..!!. Bertarikh 17 Januari, 2011, jam 9:20:30 pm inilah email yang aku terima.Satu email ni agak pelik hanya dengan nama Zetri Munir dan Subjknya : Sahabat .
"A,kum En Wan. Apa khabar anda ? Barangkali terkejut dgn surat elektronik ini. Saya terjumpa laman sesawang anda di internet. Dan kini mengkhabarkan, apa khabar. Tertanya-tanya siapa kah saya ? Mungkin ingat atau barangkali lupa. Saya Pyan - UKM 1984 - 88, Komsis A @ Dato Onn. Jika ada lapang, ini no sy - Pyan 012 358 9897. Slmt tahun baru 2011."
Salamku dijawab dengan begitu mesra. Sah!!!.Pasti. Inilah cara dia 27 tahun yang lalu walaupun kini sedikit garau suaranya.
"Boleh saya bercakap dengan Pyan?".
"Ya, saya bercakap".
"Apa khabar?"
"Baik"
"Pyan tahu siapa yang bercakap sekarang?
"Tak tahu. Perkenalkanlah diri, jika tidak, saya tak dapat mengangak siapa"
Wahh...masih seperi dulu adikku ini. Mesra dah bersahaja. Itu yang menjadi aku suka. Teringat bahawa inilah juniorku yang cukup menghormati senior. cara dia bercakap, memilih perkataan yang sesuai dan sangat merendah diri. Terbayang masa berbual dengannnya di Foyer A. Kembali kenangan ceritanya bahawa dia meminati Pyan Habib, A Samad Said. Dia kata dia berminat dalam bidang sastera. Teringat ketika dia mendeklamasikan puisi.
Aku tidak perkenalkan diri tetapi hanya mengunkap ayat dalam emailnya.
"UKM 84-88..... "
Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku.... dia telah menyambung dengan begitu yakin dan fasih...penuh kesungguhan dan mungkin menunjukkan bahawa dia cukup ingat segalanya.
"Wan Zainal bin Wan zi, salah seorang senior yang....."
Wah...lahir dan terserlah rasa hormatku pada seorang sahabat yang telah terpisah 27 tahun yang lalu tetapi masih akrab seperti 27 tahun yang lalu. Bangga...aku bangga.
Sewaktu dia menyertai Biro Kesenian JAKSA KOMSIS DAtOK ONN dulu aku rasa aku masih menjadi Naib Presiden di sana. terbayang lagi kawanku ini yang memiliki rambut yang panjang hingga ke belakang, bersahaja degan pakaian santainya. Ucaptuturnya juga dengan perkataan yang santai, lembut dan bersopan, kadang kala penuh dengan riak perasaan malunya menjadikan dia seorang yang di senangi, kalau tidak oleh orang lain, sudah pastinya oleh aku.
"Ya, alhamdulillah. saya, benar. Pyan masih ingat saya rupanya"
"Ya, seorang senior yang... bla,,blaa..bla..". Aku tidak dapat menngungkap semua, yang aku tahu hanya gembira.
"Pyan buat apa sekarang?" Jujur.
"Setahu saya, saya sedang bercakap dengan En. Wan". Selamba. Begitulah guraunya menghidupkan suasanya santai dan akrab seperti dulu juga. Ketawa kecil menghiasi perbualan kami.
"Sebenarnya saya selepas belajar dulu, menang bercita-cita untuk menjadi penulis. Saya join finas. dan sekarang menulis. Menulis sikit-sikit dengan syarikat tv. Tulis skrip".
" Oooo...bagus tu, saya suka".
"Sekarang ni ada buat syarikat sikit, dengan kawan.Dan sekarang bekerja untuk syarikat lah, tulis untuk tv". Jelasnya dengan profesional.
"En. Wan di mana sekarang, buat apa?". Aku menjelaskan kerjaku.
"Bagaimana dengan kawan kita dulu. Ada hubungi Mustafa Nafa?.
"Saya tak pernah jumpa dan dapat hubungi Mustafa Nafa"
"Abang Mustafa Kamal?".
"Lost contact. Saya pernah jumpa dia 3 4 tahun selepsa 1987 tetapi selepas itu hilang"
"Tu roomate En. Wan ?. Mokhali Md Noor?"
"Saya pernah berjumpa dia beberapa tahun yang lalu. semasa saya pergi bercuti di Pangkor, saya berjumpa dengannya di Lumut. dia belanja makan. Dan selepas itu tidak berjumpa lagi. Dia orang kuat Dr Zamri MB Perak masa itu"
Inilah yang ku katakan indahnya persahabatan di kampus. 27 tahun yang lalu semua nama-nama seniornya, kawanku masih diingati oleh Pyan. Pyan yang hebat.
Muastafa Kamal adalah Presiden JAKSA Kamsis Dato' Onn, aku hanya timbalannya, Mustafa Nafa adalah Pengerusi Jawatankusa Biro Kesenian jika tidak salah. maka Pyan berupaya mengembalikan kenangan ini dalam hanya 10 minit perbualan. Hebat.
"Saya memang sedang mencari kawan-kawan lama. Kalau boleh nak jumpa semula"
Kata Pyan bersungguh.
"Ya, saya juga. elok kita jumpa Pyan. boleh juga berbual tentang kenangan lama dan perkara baru". Cadangku.
"ishh...saya tak suka lah En Wan bercakap ada slang Negeri Sembilan ni.tak suka. En Wan kahsin orang Negeri ke?". Jika orang tak kenal siapa Pyan tentu akan terasa hati. Saya kenal Pyan.
"Ohh...saya sudah lebih 20 tahun di sini. Dah fasih cakap Noghoghi". selorohan ini menjadikan 27 tahun bagai 2.7 hari sahaja.
Positif. Memang positif.
"Ya, sebelum letak telefon tu saya nak maklumkan. Saya sedang menulis untuk satu filem dokumentari ni. So hari Khamis ni, 20 Januari, saya akan ke Melaka. Mungkin kita dapat jumpa 'on the way' saya nak ke Melaka". Informasi dan permintaan yang saya suka.
Nanti kita jumpa. terima kasih Pyan kerana membuka kenangan 27 tahun lalu hanya dengan satu email sahaja.
Bagus juga rupanya aku membina laman web sendiri. Meletakkan namaku dalam dunia maya. biarpun tidak seberapa namun ia ada hikmahnya. Pertemuan semula dengan rakan-rakan mengembalikan segala kenangan di kampus 27 tahun lalu...Indahnya. terima kasih SAHABAT
Monday, January 17, 2011
Penutupan Laman Web Wanbizz.com
Saya ingin memaklumkan bahawa Laman Web Rasmi saya Wanbizz.com telah ditutup mulai hari ini. Saya dalam proses mengaktifkan laman web baru untuk memuatkan informasi baru yang akan diumumkan di sini sedikit masa lagi. Buat sementara waktu laman Blog Wannotes akan digunakan sebagai medium dan Facebook saya di http://www.facebook.com/fbwan.
Laman http//www.koleksiminda.com akan segera di aktifkan sedikit masa lagi.
Sekian diumumkan. terima kasih.
Wednesday, November 3, 2010
Cerita Pagi Tadi
Selepas membeli akhbar, Berita Harian dan Metro kupusing-pusingkan kereta sampailah Mydin Kota Seriemas. Bukan apa, cuma nak pekena Roti Canai. Itu niat pertama waklu menghidupkan enjin kereta tadi.
Lewat sikit keluar sarapan hari ni sebab tidu lewat malam tadi. Apa tak lewatnya, waktu petang aku dah tidur dari jam 3.00 ptg hingga jam 1.00 pagi. Fuhh...tdo giler nih..
Bila bangun jam 1 pagi, perut berkeriuk...lapa beb.. malas nak turun bawah, aku capai jer milo kotak ngan sebungkus Oreo dari mini peti ais kat tepi meja aku tu, mmm... kenyang juga...
Maklumlah bila kenyang, mata pun dah tak mau tido...aku buka laptop ni, mulalah edit Blog aku yang satu lagi. Kalu korang nak tengok, tengok lah... kalu tak nak tak payah lah... bila ada masa senggang nanti korang tgk yer... http://hyprowan2u.blogspot.com/ . Belajar berniaga cara senang dan dari laptop jer beb... cubaan.....!!!!!
Sambung cerita aku kat Mydin Kota seriemas tadi, tak jadi pekena Roti Canai. Perut lapar. Aku makan nasi. Mamak...teh tarik Plus satuuuu..... He he... dapat Teh Tarik.
Sambil baca 'paper' sambil makan.... ok gak .. relax... suasana yang aku suka... banyak cerita dalam paper. Muka depan Metro cerita dan gambar pasal "Wanita Jerman Mangsa Banjir"- Nyawa Di Hujung Dahan". Fuhh...3/4 mukasurat gambar.. muka depan lagi. Tahniah Metro...
Tahniah sebab luputan bagus... Ada Chemistry punya cerita. Bagus. Tapi berapa ramai Orang Melayu yang lain yang kena banjir terus sampai tenggelam rumah tak masuk muka depan pun???. Asyik-asyik orang luar jer yang dapat promosi besar-besaran. Orang kampung den pun kena banjir sampai duduk atas bumbung jugak dulu. Metro tak siar pun. Agaknya ni pasal orang Jerman tak?? Tak caya baca Harian Mero lar.. http://www.hmetro.com.my/
Sama macam misi bantuan kemanusiaan juga. Misi membantu orang yang dhaif. Memang bagus. Disukai tuhan dan dapat pahala. Malangnya orang luar negeri yang dhaif itu yang di tolong, bersusah payah ditolong. Tapi banyak orang kampung yang dhaif, yang tak da rumah, yang tak cukup makan, yang duduk menumpang, yang kerja sehari gaji RM 5.00 yang ini semua tak nak tolong ker??. Agaknya tolong orang luar dapat promosi hebat yer?. Camtu kalu, memang bagus lah.. Kera dihutan disusukan, ayam dikepok mati kelaparan, Itik di air mati kehausan.
Agaknya mungkin sebab aku tak banyak duit atau aku tak kaya meliana (singkatan dari milionaire). Kalu aku kaya meliana, mungkin aku pun tolong orang luar negeri gak kot, tak pyh tolong orang di negara sendiri, tak dapat promosi luas-luas, tak glamor beb..!!!
Satu lagi cerita pagi ni, bila aku slesai sarapan, dah bayar, nak jalan ke kereta terserempak lah aku dengan seorang gadis ( maaf ler.. dua orang semuanya, sorang jer berbual ngan aku). Dia pun menghulurkan tangannya, bersalam dengan aku, mencium tangan aku sambil bertanya khabar aku. Wahh..!!! berbudi bahasa, sopan santun. Masa itu aku faham dan ingat siapakah gadis 18 tahun ini yang berani cium tangan aku.!!!.
"Saya belajar di sini Cikgu..!!". Sambil menunjuk ke arah belakangnya.
"Baru 2 3 bulan di sini"
"Kursus apa kamu ambil?, Siapa lagi kawan-kawan dari sana yang belajar di sini". eksyen aku.
"Kursus Diploma in Physiotherapy. Sorang kawan ambil Diploma and Nursing dan sorang lagi ambil Diploma in Medical Imaging".
Korang tahu kat mana??. Kat sini... http://www.kpjic.edu.my/
Chit chat chit chat.... maka bekas muridku tahun 2005 - 2007 ni pun menghulurkan tangan, salam cium tangan bekas gurunya ini. Akupun meninggalkan mereke dengan kata ' syabbas dan moga terus berjaya'
Dalam hati aku berkata-kata. Dalam kepala otak aku berfikir. 5 tahun lalu, sudah berlalu, anak muridku masih mesra dan hormat aku seperti dulu juga. Dulu aku coret sahsiah mereka selama 7 tahun di SMK Mambau... aku tak dapat hasil masa itu, tapi aku dapat hasilnya sekarang setelah aku berpindah ke 3 buah sekolah selepas itu. Alhamdulillah... syukur padamu Tuhan kerana sebenarnya "KAUNSELING TELAH MEMANUSIAKAN MANUSIA"
Aku terfikir lagi... apa yang ku katakan dulu memanglah menjadi kenyataan. Jika kita pilih Jalan Kecundang maka kita akan tewas, Jika pilih Jalan Buntu kita akan hancur, Jika pilih Jalan Mati maka kita akan terhenti, Jika pilih Jalan Sehala, kita akan tergendala, jika pilih No Entry kita akan dilaknati, Jika pilih Jalan Penyelesaian maka segala hasratt impian dan harapan akan kesampaian... Pilihlah yang terbaik...
Ini ada satu lagi pilihan jalan. Ini pun jalan juga, jalan buat DUITps:// teringat guru ku di SM Mahang .. En. Abu Bakar Shafie (mungkin dah pencen PPD Kulim) dan Isterinya Pn. Maimunah - Tahniah dan terima kasih Cikgu kerana berjaya memanusiakan aku.
INI BLOG CACAMARBAKU...
Apa pulak aku nak tulis kali ini. ???.
Tu kata kawan aku semalam. Aku bual dengan dia. Kata dia menulis kat blog ni mestilah menarik, kalau tidak orang tak nak baca.. Aku kata, aku tulis jer, orang nak baca tak nak baca 'ada aku kesah' . Bunyi macam sombong...tapi aku tak lah sombong. Korang baca lah... Aku suka korang baca ni...
Apa pulak tajuk yang aku nak tulis hari ni....???
Aku pinjam saja Kata Pujangga ini dari sebuah laman web Commentestate.com Kalau dia marah, aku bagilah balik. Cuma aku nak bagitau pada pembaca semua yang komen di atas biasanya dikirin oleh kawan2 dalam Tagged. Kalau korang dna add aku klik saja kat sini http://www.tagged.com/wantag . Aku suka juga masuk Tagged ni sbb aku suka baca komen dan foto yang macam di atas ni lar..menambahkan ilmu.
Namum. segala keringat mahupun digunakan 150%, segala kudrat yang digunakan 200% peratus ittu belum tentu pasti menggapai kejayaan yang diidamkan. Maka jelaslah bahawa Qadha dan Qadar Allah itu menentukan segalanya. Manusia hanya mampu berusaha, yang mennetukan tercapai, terlaksana, termakbul atau tidak itu adalah Dia Yang Maha Kuasa.
Pengubat hati jika berlaku kekecewaan adalah kalimah di atas. Ia menentukan segala. namun usaha untuk mendapatkan kesejahteraan wajar menjadi tonggak amalan kehidupan. Amalan kerohanian, amalan kehidupan, amalan spiritual tentang keEsaanNya yang dizahirkan dalam kalimah bahasa kita iaitu TAWAKKAL. Setelah usaha dilakukan, maka tawakkal sahaja kepadaNya.. Insyaallh..sejahteralah Minda samada tercapai atau tidak yang kita hajati itu.
Seperti aku, seorang penulis buruk, pemain internet yang cetek ilmu, hanya bertugas sebagai orang makan gaji namum bercita-cita menjadi pemilik sistem pemasaran internet sendiri yang mampu menjadikan aku salah seorang peniaga dalam internet yang berjaya. Apakah mungkin dengan ilmu sistem internet yang cetek ini aku mampu.?????.
Tidak mengapalah... kerana usaha aku belum 100%, belum 200%. Aku mulakan dengan yang paling kecil bayarannya... http://wanbizz.com/ . langkah pertama membina web sendiri sepenuhnya tanpa ilmu IT dan internet bersijil dan berDiploma seperti orang lain. Aku rasa aku berjaya melangkah setapak ke alam maya.
Apakah langkah keduaku akan berjaya. Aku mencuba dengan penuh harapan di sini...