Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Wednesday, August 24, 2016

KENAPA BIARKAN SLIP SPM 3 KREDIT ANDA DALAM FAIL????

Salam Sejahtera,

Terpanggil saya untuk menulis tentang perkara ini kerana ramai di kalangan pelajar Lepasan SPM yang mendapat keputusan kurang cemerlang tetapi lulus SPM hanya meneruskan kehidupan harian sebagai pekerja muda.

Tidak dinafikan bahawa ada sebahagian darinya 'terpaksa' kerana hasrat untuk membantu keluarga sudah bermula seawal mereka meninggalkan bangku sekolah. Hasrat ini memang murni. Diredhai Allah.

Jika difikirkan untuk jangka pendek, ia memang wajar. Jika difikirkan untuk jangka panjang, pilihan ini agak kurang tepat.

Kenapa?.



Jika para lepasan SPM hanya meneruskan ikhtiar mereka sebagai pekerja muda dengan pendapatan RM 800 - 1000 sebulan, mereka memanglah berpendapatan tetapi peluang untuk meningkatkan kerjaya semakin lama menjadi semakin terhad. Bilangan lepasan sekolah semakin hari bertambah. Persaingan semakin kritikal.

Dengan SPM, mereka 'terhalang' untuk mengembangkan kerjaya kerana peluang kenaikan pangkat jika ada kekosongan tidak terbuka untuk mereka berbanding mereka yang memiliki Diploma (walaupun peluang pekerjaan agak kritikal sekarang). Sektor Awam akan menempatkan mereka sebagai kelompok atau kumpulan perkeranian atau sokongan. Begitu juga dalam sektor swasta. Jika mereke mempunyai pengalaman selama 5 tahun sekali pun, apabila wujud peluang kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi, majikan akan memilih pemilik Diploma untuk ditempatkan dalam jawatan yang kosong dan lebih kanan. Pada waktu inilah, lepasan SPM tersebut akan mula rasa terpinggir. Kenapa aku tidak menyambung pelajaran peringkat Diploma sedangkan kelayakan 3 Kredit SPM masih berpeluang untuk memiliki Diploma??

Di mana boleh menyambung pelajaran???

Mungkin kerana kekurangan maklumat atau tidak berusaha mencari maklumat menjadikan pilihan bekerja selepas SPM itu sebagai pilihan tepat. Mara, Belia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran menyediakan begitu banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma. Kolej Profesional MARA misalnya menyediakan program peringkat Diploma kemasukan dengan 3 Kredit. JPK pula melalui Pusat bertauliah menyediakan kursus kemahiran peringkat Diploma. Kementerian Belia dan Sukan menyenaraikan IKBN dan IKTBN sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran.

Kolej Swasta atau Kerajaan?

Di atas telah disebutkan antara agensi kerajaan yang menyediakan peluang tersebut. Itu tidak disebutkan lagi Agensi Kerajaan Negeri dan swasta.

Kolej-kolej swasta yang diberi tauliah dan 'valid' untuk melanjutkan pelajaran tersedia. Persoalan pinjaman, mahal dan murah dan kos belajar tidak timbul kerana PTPTN tetap memberi pinjaman walaupun tidak 100 peratus. Mahal?. Tidak juga.

Oleh itu pilihan yang bijak mesti dibuat demi masa hadapan anda. Agensi kerajaan negeri atau pun Anak syarikat kerajaan negeri dan juga GLC menyediakan peluang ini dengan kemudahan yang lengkap termasuk tempat penginapan. Inilah yang dikatakan peluang.

Pelajar-pelajar yang mengikuti subjek atau bidang kemahiran seperti MPV Katering dan Penyajian (sekarang PVMA) telah terbuka peluang untuk mereka. Contohnya Johor Corporation melalui KPJ Healthcare University College bukan sahaja telah membuka peluang kepada calon berkelulusan baik untuk mengikuti kursus Sains Kesihatan di KPJ Nilai, Penang dan Johor Bharu tetapi telah berusaha meluaskan peluang kepada Lepasan SPM yang mendapat 3 Kredit melalui KFCH International College yang beroperasi di bangunan serba lengkap di Bandar Dato' Onn Johor Bharu. Kursus-kursus yang hanya memerlukan kelayakan 3 kredit seperti Diploma Seni KulinariDiploma Pengurusan PerhotelanDiploma Pengurusan Restoran dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.