Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Saturday, February 4, 2017

PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan denan Kepujian

PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan denan Kepujian adalah Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melatih GURU. 
pan>

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan untuk mempelawa calon yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Calon yang komited serta dedikasi dalam profesion perguruan semenjak tahun 2016. Calon-calon yang berminat dan beriltizam untuk menjadi guru adalah di pelawa untuk memohon.

MAKLUMAN PENTING:

Maklumat yang ada di dalam laman web https://pismp.moe.gov.my/iklan_pismp.cfm (sehingga artikel ini ditulis pada 4 Februari 2017 adalah mengenai maklumat tawaran permohonan untuk Pengambilan TAHUN 2016. PERMOHONAN UNTUK TAHUN 2017 BELUM DIBUKA.


DI MANA ANDA PERLU SEMAK?

Sekiranya anda berminat, anda perlu menyemak di https://pismp.moe.gov.my/iklan_pismp.cfm untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai :- (anda boleh terus klik link di bawah untuk terus melihat maklumat)
  1. Iklan Permohonan
  2. Maklumat Penting
  3. Bidang ditawarkan
  4. Syarat bidang pengkhususan
  5. Kalendar Aktiviti
  6. Soalan Lazim

PERMOHONAN CALON GURU PISMP DI IPG 2017 LULUSAN SPM  

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2017 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan dibuka kepada capaian pemohon (biasanya dalam bulan Mac. Sila semak di laman PISMP KPM dari semasa ke semasa.

Nama Program :Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program ini adalah direka khas  untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM .

Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

  1. Syarat dan Kelayakan Asas
  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2017 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1997 
  • Sihat tubuh badan 
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum 
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum) 
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu: 
  1. Bahasa Melayu 
  2. Sejarah
         Lulus Bahasa Inggeris
  1. Cara Membuat Permohonan
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Aplikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2017 
  • Untuk mengakses sepenuhnya sistem Borang Online Permohonan PISMP, pemohon baharu perlu mendaftar pertama kali sebagai pengguna Tidak perlu pembelian no pin atau no unik ID) 










  • Pemohon hendaklah membaca info dan maklumat penting yang disediakan melalui ruangan Menu yang terdapat dalam Laman Aplikasi Permohonan Perguruan.

  • Pemohon yang telah mengesahkan permohonan perlu mencetak dan simpan no rujukan pengesahan permohonan dan butiran tarikh, masa pengesahan serta mengingati kata laluan kerana calon perlu log masuk semula sistem berkenaan untuk membuat semakan keputusan berkaitan pada tarikh yang ditetapkan

  • Permohonan di buka pada bulan MAC 2017. (Jika dirujuk kepada tahun 2016) Kebiasaannya Permohonan IPG akan dibuka pada minggu kedua bulan Mac (tarikh yang tepat hendaklah dirujuk dalam laman web KPM atau iklan dalam akhbar harian)
  • Tarikh tutup belum dimaklumkan. (lihat di web pismp apabila tiba masanya nanti.
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.  
 
Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program

Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan

CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai ( ikutlah bila dibuka nanti)

Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan
Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan

Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, 
BLOK 2250JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
. 
(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769