Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Saturday, January 4, 2020

ADA UDANG DI SEBALIK MEE...!!!

Selamat Pagi... selamat berhujung minggu

selamat berehat.

sambil berehat kita menyelongkat feel manusia dalam dunia di zaman moden ini. Feel yang positif sangat ramai. Feel manusia yang negatif selalu juga kita jumpa dalam kehidupan bisnes.

Suatu ketika dulu saya pernah berjumpa ramai yang positif, baik, terus terang dan memang mengikut garispanduan.

Itu soal peraturan. Kita cerita hari ini soal hati...soal niat.

NIAT



Mana ada manusia tahu niat manusia lain. Hanya Tuhan yang tahu.

Namun, telahan boleh dibuat untuk melihat niat sebenarnya. Mesti ada sebab sesuatu itu dilakukan. Mesti.

Perbuatan itu lahir dari apa yang di niatkan. Boleh nampak, boleh ditelahkan.
Memang boleh kerana kadang-kala 'terkeluar' perkataan-perkataan yang menggambarkan niat itu.

Pepatah Orang Tua - Ada udang disebalik mee..!!!

Ya, masakan pepatah ini wujud jika tiada kebenarannya. Orang lama lebih hebat. Barang yang berlaku akan direkodkan dalam perumpamaan.

Ini yang perlu kita berhati-hati. Perbuatan lain, niatnya lain.

Diampu, didamba, dipujuk, diikut, dilayan tetapi dengan niat untuk mendapatkan yang lain. Dalam kehidupan harian, berlaku. Dalam dunia bisnes juga berlaku. Awas.

iklan


Bagaimana Nak Kenal?

Ini yang selalu berlaku. Susah. Seperti Scammer yang berpura-pura ingin membantu menyelamatkan kita dari tindakan dan kesalahan, maka kita pun pindahkan duit mengikut arahannya.

Hancur lah kita kerana niatnya memang ingin mendapatkan dari kita dengan berpura-pura menolong kita.

Rakan niaga, mengiakan itu ini, sanggup itu itu, membantu, membuat mempromosi. Tidak semua yang sanggup. Semua itu pura-pura apabila ia mencari jalan belakang meranapkan bisnes anda.

Apa jadi bila tak dapat?

Kebiasaan ini akan menjadi titik permulaan 'sisi kirinya' akan mula kelihatan. Bertungkus lumus mencari udang disebalik mee. APABILA UDANG TAK DAPAT, MEE YANG SUDAH DIKUCAI ITU AKAN DITINGGALKAN.

Maka mee pun rosak dan dirosakkan. Ditinggalkan dan akhirnya dia akan kata "ahh... mee tak sedaplah. tah apa-apa. me bau hanyir, berminyak lebih. Mee basi. Mee tu mungkin ada minyak .... dan seterusnya dia akan menyebar cerita fitnah mee itu memang tidak sedap kerana orang yang buat mee itu memang pengotor dan macam-macam.

Kenapa?


Itulah, kerana ingin melindungi niatnya yang GAGAL MENCARI UDANG DISEBALIK MEE.

Untuk berjaya dalam urusan kehidupan kita, telus dan iklaslah. Jika mahu makan mee, mintalah mee. Jika mahu mee udang, minta dan carilah mee udang.

Jika niat asalnya memang nak udang, maka mintalah udang saja, bakar, rebus, gorang atau kari.



Awas, jangan jadi mangsa pencari udang di dalam mee. Hindarkan. Pergi jauh darinya.

Jika tidak, mee anda akan rosak dan tidak berguna lagi.

Sekian, senyum dan renung niat di dalam hari. Orang lain juga boleh faham niat anda..

Terima kasih kerana membaca.


No comments: