Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Wednesday, May 1, 2019

Kenapa Kami Sarankan Anda Terima Tawaran KPJUC?

Kenapa Kami Sarankan Anda Terima Tawaran KPJUC?

1-Yuran Pendaftaran yang rendah iaitu RM 500.00 sahaja

Pembayaran Yuran/ Baki dari Tanggungan secara FLEKSIBEL
CONTOH DIPLOMA IN NURSING YURAN RM 52,850.00
JIKA PTPTN BERI 85% DARI YURAN PENGAJIAN RM 52,850 X 85% = RM 44922.50 PINJAMAN PTPTN RM 52,850 – 44922.50 = RM 7,927.50
TANGGUNG SENDIRI UTK 3 TAHUN/6 SEM SATU SEMESTER
= 7,927.50/6 = RM 1,321.25
BOLEH BAYAR SATU SEMESTER SEKALI GUS SBLM EXAM
BULANAN = RM 1,321.25 / 6 BULAN = RM 220 SEBULAN
Atau perundingan dengan Bahagian Akaun KPJUC

2- Bantuan permohonan PTPTN diselia oleh Pegawai Kolej 


KPJ membantu pemohon untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan
KPJ membantu untuk menguruskan dokumen untuk pengeluaran KWSP, Zakat dan Baitulmal
Peluang mendapat Tajaan separuh atau penuh dari hospital-hospital KPJ

3- Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di sini berpeluang mendapat tajaan (separuh atau penuh) 

pengajian daripada Rangkaian Hospital KPJ yang ada di seluruh Malaysia. Syarat-syaratnya;
Menggunakan keputusan peperiksaan bagi tahun pertama (Semester 1 dan Semester 2)
ii. Memperolehi keputusan GPA 3.0 dan ke atas.
iii. Tiada rekod disiplin sepanjang tempoh tiga (3) tahun pengajian DAN
iv. Keputusan tajaan adalah bergantung penuh kepada pihak Hospital.
Sekiranya berjaya dalam sesi temuduga, pelajar akan terikat dengan kontrak perjanjian dan pekerjaan dengan hospital yang menaja. Syarat-syarat di atas juga sentiasa berubah dari masa ke masa.


4-KPJUC menyediakan Perlindungan Insuran RM 5000.00 kepada pelajar

KPJ Healthcare University College menyediakan insuran kepada pelajar. Premium perlindungan adalah sebanyak
RM5,000 setiap tahun dan tidak melibatkan kes-kes pesakit luar atau kes-kes rawatan susulan. Ia bertujuan
melindungi pelajar bagi kes yang melibatkan kecemasan seperti kemalangan. Insuran ini boleh digunakan di
mana-mana rangkaian hospital swasta dan kerajaan di Malaysia. Hospital KPJ akan diberikan keutamaan

5- PENGINAPAN ASRAMA - adalah PERCUMA

Mahasiswa/i akan diberi penginapan asrama yang terbahagi kepada dua:-
- Penginapan semasa teori
- Penginapan semasa praktikal (sepanjang tempoh pengajian)
PELAJAR SISWAZAH
Bagi penginapan semasa teori, mahasiswa/i Sarjana Muda hanya diberi kemudahan penginapan penuh pada tahun pertama sahaja. Bagi tahun-tahun berikutnya penginapan mahasiswa/i adalah bergantung kepada pencapaian
akademik, penyertaan aktiviti kolej, pencapaian latihan di hospital dan tingkahlaku disiplin. Ini adalah tertakluk kepada kekosongan penginapan dan
perubahan polisi penempatan oleh pihak KPJUC.
PELAJAR DIPLOMA/ FOUNDATION

Bagi pelajar Diploma dan Foundation, penginapan disediakan sepanjang tahun Belajar.

6= PENGINAPAN DI DALAM KAMPUS. - KPJUC Kampus induk menyediakan penginapan Hostel 10 tingkat dalam kampus untuk Siswi dan 3 tingkat dalam kampus untuk Siswa.

HOSTEL SISWI DAN SISWA KAMPUS NILAI - DALAM KAMPUS

7- PRAKTIKAL / AMALI MAKMAL DAN HOSPITAL

Pelatih akan belajar Teori dan Amali serentak di makmal
Pelatih akan menjalani Latihan Amali di Hospital2 KPJ setiap semester.

9- JAMINAN KERJAYA - Lulusan KPJUC yang mencapai tahap kelayakan dan

sahsiah yang terpuji akan ditawarkan bekerja dengan Hospital-hospital Pakar KPJ.