Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Wednesday, November 3, 2010

Cerita Pagi Tadi

Salam Semua,

Selepas membeli akhbar, Berita Harian dan Metro kupusing-pusingkan kereta sampailah Mydin Kota Seriemas. Bukan apa, cuma nak pekena Roti Canai. Itu niat pertama waklu menghidupkan enjin kereta tadi.

Lewat sikit keluar sarapan hari ni sebab tidu lewat malam tadi. Apa tak lewatnya, waktu petang aku dah tidur dari jam 3.00 ptg hingga jam 1.00 pagi. Fuhh...tdo giler nih..

Bila bangun jam 1 pagi, perut berkeriuk...lapa beb.. malas nak turun bawah, aku capai jer milo kotak ngan sebungkus Oreo dari mini peti ais kat tepi meja aku tu, mmm... kenyang juga...

Maklumlah bila kenyang, mata pun dah tak mau tido...aku buka laptop ni, mulalah edit Blog aku yang satu lagi. Kalu korang nak tengok, tengok lah... kalu tak nak tak payah lah... bila ada masa senggang nanti korang tgk yer... http://hyprowan2u.blogspot.com/ . Belajar berniaga cara senang dan dari laptop jer beb... cubaan.....!!!!!

Sambung cerita aku kat Mydin Kota seriemas tadi, tak jadi pekena Roti Canai. Perut lapar. Aku makan nasi. Mamak...teh tarik Plus satuuuu..... He he... dapat Teh Tarik.



Sambil baca 'paper' sambil makan.... ok gak .. relax... suasana yang aku suka... banyak cerita dalam paper. Muka depan Metro cerita dan gambar pasal "Wanita Jerman Mangsa Banjir"- Nyawa Di Hujung Dahan". Fuhh...3/4 mukasurat gambar.. muka depan lagi. Tahniah Metro...

Tahniah sebab luputan bagus... Ada Chemistry punya cerita. Bagus. Tapi berapa ramai Orang Melayu yang lain yang kena banjir terus sampai tenggelam rumah tak masuk muka depan pun???. Asyik-asyik orang luar jer yang dapat promosi besar-besaran. Orang kampung den pun kena banjir sampai duduk atas bumbung jugak dulu. Metro tak siar pun. Agaknya ni pasal orang Jerman tak?? Tak caya baca Harian Mero lar.. http://www.hmetro.com.my/

Sama macam misi bantuan kemanusiaan juga. Misi membantu orang yang dhaif. Memang bagus. Disukai tuhan dan dapat pahala. Malangnya orang luar negeri yang dhaif itu yang di tolong, bersusah payah ditolong. Tapi banyak orang kampung yang dhaif, yang tak da rumah, yang tak cukup makan, yang duduk menumpang, yang kerja sehari gaji RM 5.00 yang ini semua tak nak tolong ker??. Agaknya tolong orang luar dapat promosi hebat yer?. Camtu kalu, memang bagus lah.. Kera dihutan disusukan, ayam dikepok mati kelaparan, Itik di air mati kehausan.

Agaknya mungkin sebab aku tak banyak duit atau aku tak kaya meliana (singkatan dari milionaire). Kalu aku kaya meliana, mungkin aku pun tolong orang luar negeri gak kot, tak pyh tolong orang di negara sendiri, tak dapat promosi luas-luas, tak glamor beb..!!!

Satu lagi cerita pagi ni, bila aku slesai sarapan, dah bayar, nak jalan ke kereta terserempak lah aku dengan seorang gadis ( maaf ler.. dua orang semuanya, sorang jer berbual ngan aku). Dia pun menghulurkan tangannya, bersalam dengan aku, mencium tangan aku sambil bertanya khabar aku. Wahh..!!! berbudi bahasa, sopan santun. Masa itu aku faham dan ingat siapakah gadis 18 tahun ini yang berani cium tangan aku.!!!.

"Saya belajar di sini Cikgu..!!". Sambil menunjuk ke arah belakangnya.
"Baru 2 3 bulan di sini"
"Kursus apa kamu ambil?, Siapa lagi kawan-kawan dari sana yang belajar di sini". eksyen aku.
"Kursus Diploma in Physiotherapy. Sorang kawan ambil Diploma and Nursing dan sorang lagi ambil Diploma in Medical Imaging".

Korang tahu kat mana??. Kat sini... http://www.kpjic.edu.my/

Chit chat chit chat.... maka bekas muridku tahun 2005 - 2007 ni pun menghulurkan tangan, salam cium tangan bekas gurunya ini. Akupun meninggalkan mereke dengan kata ' syabbas dan moga terus berjaya'

Dalam hati aku berkata-kata. Dalam kepala otak aku berfikir. 5 tahun lalu, sudah berlalu, anak muridku masih mesra dan hormat aku seperti dulu juga. Dulu aku coret sahsiah mereka selama 7 tahun di SMK Mambau... aku tak dapat hasil masa itu, tapi aku dapat hasilnya sekarang setelah aku berpindah ke 3 buah sekolah selepas itu. Alhamdulillah... syukur padamu Tuhan kerana sebenarnya "KAUNSELING TELAH MEMANUSIAKAN MANUSIA"

Aku terfikir lagi... apa yang ku katakan dulu memanglah menjadi kenyataan. Jika kita pilih Jalan Kecundang maka kita akan tewas, Jika pilih Jalan Buntu kita akan hancur, Jika pilih Jalan Mati maka kita akan terhenti, Jika pilih Jalan Sehala, kita akan tergendala, jika pilih No Entry kita akan dilaknati, Jika pilih Jalan Penyelesaian maka segala hasratt impian dan harapan akan kesampaian... Pilihlah yang terbaik...
Ini ada satu lagi pilihan jalan. Ini pun jalan juga, jalan buat DUIT

Hyprobulksms

ps:// teringat guru ku di SM Mahang .. En. Abu Bakar Shafie (mungkin dah pencen PPD Kulim) dan Isterinya Pn. Maimunah - Tahniah dan terima kasih Cikgu kerana berjaya memanusiakan aku.





No comments: