Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Monday, January 22, 2018

JALAN LAIN KE UNIVERSITI AWAM

JALAN LAIN KE UNIVERSITI AWAM

Salam Sejahtera,

Melihat laman ini, dengan peluang belajar di Kolej Teknologi Timur, maka ramailah akan bertanya “Ini Swasta ke Kerajaan?”.

Soalan lumrah ini membuktikan ramai pelajar, malah ibu bapa lebih yakin dengan IPTA atau Universiti Kerajaan berbanding dengan Swasta.

KESILAPAN MENTAFSIR

Memanglah ramai akan memilih Universiti Awam. Lebih baik, lebih murah, lebih luas peluang. TETAPI ramai pelajar lepasan SPM lupa bahawa JUMLAH TEMPAT ADALAH TERHAD. 45 ribu ke 50 ribu sahaja yang akan diterima belajar di UA. Terhad. Lepasan SPM ada hampir 500 ribu orang. Oleh itu, yang lain pun nak belajar jugak. Kalau nak masuk UA, kenalah keputusan 5 kredit terbaik. Apabila ranking menggunakan MERITOKRASI digunakan, maka yang kebawah dari 50 ribu itu akan GAGAL KE UA.

Mereka gagal bukan kerana mereka tidak layak, tetapi keputusan mereka lebih rendah dari mereka yang layak dan diterima oleh UA.. Oleh itu kerajaan mewujudkan Kolej-Kolej Bersekutu atau Kerjasama yang menjalankan Kursus-Kursus Universiti Awam dengan kawalan dan anugerah Diploma oleh Universiti Awam di Kolej-kolej Swasta yang di pilih atau terpilih. Inilah yang selalunya silap tafsir pelajar dan ibubapa berlaku. Asalakan swasta, ia tiada kursus dari Universiti Kerajaan.

LANTIKAN UNIVERSITI AWAM

Kolej Swasta yang dilantik oleh Universiti Awam dalam konteks kerjasama ini adalah Kolej yang menjalankan pengajian bagi kursus dari UA tersebut dengan menggunakan Silibus, Peperiksaan, Gred dan standard serta pengurniaan Diploma oleh Universiti Awam tersebut.

Begini contohnya:

Ini contoh Kerjasama dengan UITM

Maksud dan Maklumat Kerjasama dengan UITM

Sayugia dinyatakan bahawa Kolej-kolej Bersekutu UiTM adalah
    Kolej-kolej Bersekutu (KKB) merupakan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 
    yang diiktiraf oleh UiTM serta mendapat kelulusan daripada Kementerian 
    Pengajian Tinggi untuk menjalankan program Pra Diploma dan     
    Diploma secara usahasama dengan UiTM.
1. Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat  Konvokesyen di UiTM.
2. Sijil Tamat Kursus (Diploma) akan dikeluarkan oleh UiTM induk.
3. Lalauan terus ke Ijazah sarjana muda ke UiTM induk selepas tamat
4. diploma di kolej-kolej bersekutu. 
5. Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang dijalankan di KKB sama
6. seperti di UiTM 
7. Bagi menjaga kualiti KKB, pihak UiTM mengadakan pemantauan secara
8. berterusan dan Audit Kualiti secara tahunan.
9. Pelajar boleh memohon pembiayaan pinjaman PTPTN dan MARA    

Maksud dan Maklumat Kerjasama dengan UTM

Sayugia dinyatakan bahawa maksud kerjasama dengan UTM adalah
KTT mempunyai perjanjian dan kerjasama untuk menawar dan mengendalikan kursus-kursus UTM.
Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat  Konvokesyen di UTM.
Sijil Tamat Kursus (Diploma) akan dikeluarkan oleh UTM.
Lalauan terus ke Ijazah sarjana muda ke UTM induk selepas tamat diploma di KTT
Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang dijalankan di KTT sama seperti di UTM
Bagi menjaga kualiti KTT, pihak UTM mengadakan pemantauan secara berterusan dan Audit Kualiti secara tahunan.

Pelajar boleh memohon pembiayaan pinjaman PTPTN dan MARA     
INILAH JALAN LAIN KE UNIVERSITI AWAM    
Oleh kerana anda tidak tersenarai dalam pilihan UPU untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam, maka jalan lain adalah dengan masuk belajar di Kolej-kolej yang menjalankan kerjasama dengan Universiti Awam ini.
Jangan silap…!!!. Inilah peluang yang di berikan oleh kerajaan, kerana tidak lagi dapat menyediakan terlalu banyak tempat dalam satu pengambilan.
KTT adalah kolej yang menjalankan program Universiti Awam UITM, UTM, UPM. Malah di Kolej Teknologi Timur sekarang ini sedang belajar lebih 60 orang pelajar A Level kohort terakhir yang di taja oleh JPA untuk program kedoktoran yang tajaannya mencecah 500,000 ringgit.(selepas ini syarat JPA sudah berbeza)

Apakah anda tidak yakin, tetapi JPA pula yakin??.
Oleh itu, jangan sempitkan peluang anda untuk memasuki UA. Jalan ini juga boleh sampai kerana:-
1. DIPLOMA anda akan dianugerah oleh Universiti Awam berkenaan.
2. Silibus sama dengan Universiti Awam
3. Peperiksaan dengan soalan yang sama dengan rakan anda yang belajar di UA
4. Konvokesyen di Universiti Awam berkenaan
5. Diploma anda LAKU untuk menyambung ke Ijazah di mana=mana UA.
6. Melanjutkan ke Peringkat Ijazah, terus masuk ke Tahun 2 (uitm)
7. Boleh menggunakan Diploma untuk memohon Ijazah  melalui UPU
8. Akhirnya anda menjadi SISWA UA JUGA MELALUI JALAN INI

Tanya pada diri sendiri . mahu atau tidak?. ITU SAHAJA.

Jom MOHON 

KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN UNTUK BELAJAR DI KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR


1 KERJASAMA DENGAN UiTM (Bumi shj)
  1. Diploma In Art & Design(Fashion Design)
  2. Diploma In Art & Design(Graphic Design & Digital Media)
  3. Diploma In Communication And Media
  4. Diploma in Office Management & Technology
  5. Diploma in Science
  6. Pre-Diploma in Science.    


2. KERJASAMA DENGAN UTM
  1. Diploma In Computer Science (Multimedia)
  2. Diploma In Real Estate Management
  3. Diploma In Technology Management
  4. Diploma In Technology Management (Accounting)
  5. Diploma In Quantity Surveyor
3- KERJASAMA DENGAN UPM
  1. Diploma In Computer Science
  2. Diploma In Human Development

4. PROGRAM KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR 
  1. Certificate In Business Administration
  2. Certificate In Computer Science
  3. Diploma In Business Management
  4. Diploma In Finance And Banking
  5. Diploma In Information Technology
  6. Diploma In Art & Design
  7. Diploma In Entrepreneurship
  8. Diploma In Early Childhood & Care Education
  9. Foundation In Science
  10. Foundation In Business
5.  PRA-UNIVERSITI 
  1. Cambridge A-Level
  2. Foundation In Science
  3. Foundation In Business

Wednesday, November 1, 2017

Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan


TINJAUAN PROGRAM

Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan direka untuk menghasilkan graduan yang berwibawa di bidang Pengurusan Maklumat Kesihatan dan Perubatan khususnya dalam fungsi Penyakit dan Prosedur Pengkodean dalam Sistem Kes-Camp berdasarkan Klasifikasi Antarabangsa Penyakit (ICD10) untuk menyokong dan melengkapi dinamik keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Pada asasnya, Pengendalian Maklumat Kesihatan adalah amalan memperoleh, menganalisis, dan melindungi maklumat perubatan digital yang penting untuk menyediakan penjagaan pesakit yang berkualiti dan peruntukan sumber yang optimum. Ini adalah kombinasi perniagaan, sains dan teknologi maklumat di mana pakar Pengurusan Maklumat Kesihatan (HIM) sering berkhidmat dalam jambatan peranan, menghubungkan fungsi klinikal, operasi, dan pentadbiran.




Pada akhir program 3 tahun, pelajar dapat menunjukkan pengetahuan dan kefahaman dalam penubuhan Sistem Pengurusan Maklumat Kesihatan / Perubatan dan perkhidmatannya. Mereka akan dapat mengkaji secara cekap kandungan rekod kesihatan dan perubatan dan menggunakan pendekatan sistematik dalam menguruskan sistem maklumat kesihatan dan perubatan.

Di KPJUC, program ini juga direka untuk memastikan pelajar mendapat kerja berpasukan dan kemahiran interpersonal dalam penyediaan perkhidmatan yang sesuai dengan tanggungjawab pekerjaan.

Thursday, October 26, 2017

Peluang Pendidkan Sains Kesihatan - Kejururawatan

Salam Sejahtera,
Ini adalah Siri Panduan Pendidikan dan Kerjaya dalam bidang Kejururawatan di KPJ University College. Kita bincangkan "Strategi Ringkas Bidang Kejururawatan" di KPJ University. Ramai yang sudah tahu tentang peluang kerjaya dalam bidang ini samada kerjaya dalam Sektor Kerajaan atau di Sektor Swasta. Jadi kita bincangkan kali ini tentang strategi untuk mendapatkan kursus Diploma Kejururawatan samada di Universiti Awam atau Universiti Swasta.
Persediaan Sebelum SPM atau setaraf
Calon-calon Aliran Sains akan merasa lega kerana mereka tergolong dalam kelompok yang sangat bertuah kerana mempunyai subjek-subjek utama Aliran Sains yang membolehkan mereka memohon kursus Diploma Kejururawatan. Walau bagaimana pun calon-calon bukan Aliran Sains juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Kejururawatan.
Syarat Kelayakan Utama Diploma Kejururawatan
PERTAMA kita lihat syarat utama ditetapkan MQA. Kita ambil contoh Syarat kemasukan yang dinyatakan oleh MQA (Malaysia Qualification Agency). Syarat ini perlu dipatuhi oleh semua institusi pendidikan di Malaysia yang ingin menawarkan Kursus Kejururawatan.
1-SYARAT MQA
Bagi Pelajar Tempatan
1. Lulus SPM/ SPMV atau yang setaraf dengan mendapat 5 kepujianiaitu Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; atau
2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 5 mata pelajaran termasuk Sains, Matematik, serta 3 mata pelajaran yang lain dan lulus Bahasa Inggeris; atau Bagi pelajar warganegara asing/ pelajar tempatan yang belajar di luar negara
3. Lulus O-Level atau yang setaraf dengan mendapat 5 kepujian iaitu Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain.
ï‚ Proficiency dalam Bahasa Inggeris;
ï. Lulus International English Language Testing Services (IELTS) dengan minimum 5.5; atau
Test of English as a foreign language (TOEFL) dengan minimum 550 diperlukan jika medium instruction tidak dalam Bahasa Inggeris; atau
4. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
KEDUA kita lihat salah satu contoh Syarat Kemasukan ke Universiti Awam iaitu UITM.
2. SYARAT UITM
Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu DAN lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

Syarat Khas - Lepasan SPM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Biologi / Sains
DAN
  • Bahasa Inggeris Minima gred B
Nota :
SYARAT KHAS LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA
Mempunyai status kesihatan yang memenuhi syarat program dan memenuhi kriteria Lembaga Jururawat Malaysia seperti berikut :
1) Mesti disahkan sihat tubuh badan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar dari Institusi Latihan yang diiktiraf.
2) Pemohon/Pelajar dengan masalah berikut; HIV/AIDS, Hepatitis B atau C, sebarang masalah kesihatan mental, Epilepsi, dan sebarang penyakit kronik yang lain TIDAK BOLEH diterima masuk ke dalam program kejururawatan.
3)  Pemohon/Pelajar mestilah TIADA sebarang kekurangan pada fizikal atau gangguan pancaindera yang boleh menyebabkan kesukaran melaksanakan perawatan kejururawatan.
KETIGA kita lihat Syarat Kelayakan yang ditetapkan oleh Kolej Kejururawatan yang mempunyai paling banyak hospital pakar iaitu KPJ Healthcare University College.
3. SYARAT KPJUC
Entry Requirements(Malaysian Candidates)

Lima (5) kredit dalam SPM/SPMV or Setaraf
  • Bahasa Melayu and
  • Matematik (Matematik Moden or Matematik Tambahan)
Salah satu (1) dari Subjek di bawah :
  • Sains or Biologi ;or LULUS dalam  Biologi tetapi Kredit dalam samada Fizik atau Kimia and
  • 2 subjek lain dan 
  • LULUS dalam Subjek English
SEDIKIT KUPASAN
Berpandukan Syarat Kelayakan yang ditetapkan oleh MQA,  UITM, dan KPJUC di atas adalah jelas bahawa calon hendaklah PALING MINIMA:
  1. LULUS SPM (beerti Lulus BM dan Sejarah)
  2.  MENDAPAT 5 KREDIT (A,B atau C)
  3. LULUS BAHASA MELAYU
  4. LULUS BAHASA INGGERIS
  5. KREDIT MATEMATIK atau MATEMATIK MODEN
  6. KREDIT SAINS atau FIZIK atau KIMIA atau BIOLOGI
Kesimpulannya: Semua calon yang ingin memohon Kursus Kejururawatan WAJIB
  1. KREDIT MATEMATIK atau MATEMATIK TAMBAHAN (1 Kredit) KREDIT BAHASA MELAYU (1 Kredit)
  2. KREDIT ENGLISH (1 Kredit) 
  3. KREDIT  1 SUBJEK LAIN  (1 Kredit) 
  4. LULUS SEJARAH
Berdasarkan analisis di atas, calon yang dapat memenuhi kelayakan itu akan LAYAK MEMOHON dan mempunyai HARAPAN TINGGI untuk mendapat kursus Diploma Kejururawatan samada di Universiti Awam atau Swasta.
Oleh kerana graduan yang LULUS DIPLOMA KEJURURAWATAN perlu berdaftar dengan LEMBAGA Jururawat maka syarat-syarat berkaitan kesihatan dan lain-lainnya dalam Lembaga jururawat hendaklah di patuhi terutama berkaitan dengan penyakit kronik apabila ingin masuk dalam kursus dan kerjaya nanti.
Pengalaman saya dalam menganalisa keputusan permohonan pelajar untuk memasuki Program Diploma Kejururawatan di KPJ Universiti College (anda boleh klik link ini untuk perincian), pertimbangan bagi calon yang KREDIT BAHASA INGGERIS, MATEMATIK atau MATEMATIK TAMBAHAN dan SAINS atau FIZIK atau KIMIA atau BIOLOGI SANGAT MUSTAHAK.
Oleh itu, saya simpulkan bahawa calon SPM samada dalam Aliran Sains atau Sastera atau Perdagangan akan layak dalam Kursus Kejururawatan asalkan mereka memberi PENEKANAN dalam Subjek Matematik, Sains dan English untuk mendapat Kredit yang baik.

Jadi, anda boleh membuat perancangan rapi dalam SPM anda dalam perkara yang dibincangkan ini demi memenuhi cita-cita anda dalam program Diploma Kejururawatan.
Terima kasih.


KLIK BANNER UTK LIHAT SYARAT NURSING KPJUC








Saturday, October 14, 2017

KERJA TETAP KENA KERJA

Salam Sejahtera,

Lama sungguh saya tidak menulis di blog ini sehingga kata laluan pun hampir lupa. Memang bernasib baik juga lah kerana sistem blogger yang bagus, boleh mengingat dan simpan melalui telefon. Baru balik dari Tanah Suci seminggu lebih, 2 Oktober 2017. Penat dah hilang tetapi 'miong' nya masih ada. Waktu tidur mungkin bertukar-tukar, mengantuk pada waktu yang tidak sesuai mengantuk, tidur pada waktu yang tidak sesuai tidur. Orang kata 'jacklack'. Betul tak ejaan ni?. saya pun tak faham sangat apa maksud sebenarnya. Yang penting, selamat pergi, selamat mengerjakan Haji dan telah selamat kembali. Terima kasih kepada Lembaga Urusahn dan Tabung Haji (LUTH) atau LTH yang telah menjadikan hasrat saya sercapai dengan IZIN ALLAH. Terbaiklah Tabung Haji.

Mungkin ada orang tak setuju kerana saya kata terbaik tu. Terbaik maksudnya cukup baik. Secara perbandingan. Bandingkan dengan Jemaah dari negara lain. Kita cukup tambang, cukup makan, cukup tempat tidur, cukup waktu mengerjakan haji. Berbanding dengan jemaah negara lain, jemaah Malaysia kira lebih terurus.

Itu, ada banyak masalah yang timbul..!!!. Mungkin ini yang terkeluar dari satu dua mulut atau hati Jemaah. 

Memanglah, 50 ribu orang orang nak diuruskan. Di sini dan di Tanah suci. Memanglah akan ada kekurangan di sana sini. Ada yan g tak sempat di urus atau yang terjadi tanpa sengaja. Ramai tu. Kalau kita ta yang menguruskannya, mungkin lagi teruk dari itu. Mungkin itu juga ujian Allah kepada Jemaah. Sabar. Kesabaran. Sejauh mana kita sabar. Terima dengan penuh keredhaan. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Ujian di Malaysia, Ujian di Madinah, Ujian di Makkah, Ujian di Arafah, Ujian di Mudzalifah dan Ujian di Mina. Tidak mudah, tetapi semuanya dapat melaksanakannya kecuali yang mati atau uzur teruk. Mabrur atau tidak itu hak Allah. Kita kena redha atas kehendaknya.



Menoleh ke belakang, melihat tutur kata kita, melihat perbuatan kita, melihat pemikiran kita dan melihat hati kita. Allah tahu apa yang terdetik dalam hati kita, maka ujiannya diberi pada kita tidak sama dengan ujian yang diberikan kepada orang lain.

Kita selalu juga berdoa, dengan doa ini. Kita mahu Allah terima ibadah kita. Kita mahu Allah ampunkan kekurangan dan kelemahan kita. Kita mahu Allah hindarkan kita dari siksa kubur dan siksa api neraka. Maka kita kenalah jaga supaya pemikiran, hati dan perbuatan kita tidak menjurus ke arah itu.

Kita berdoa,

" Aku mohon kepadamu ya Allah, Engkau redhakanlah, permudahkanlah dan terimalah kehadiran ku ke Tanah Suci ini dan terimalah ibadat ku dan ibadat hajiku dengan Haji yang Mabrur"

Apakah kerja kita di Tanah Suci?

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan saya kerana ini pandangan saya yang sedikit ilmu. Bagi saya mengerjakan Haji adalah kerja buat. Kerja. Kerja kita ialah melakukan kerja, kerja beribadat. melakukan niat, melakukan solat, melakukan yang sunat, melakukan ziarah, melakukan Tawaf, melakukan Sa'i, melakukan ibadah di Arafah, Mudzalifah dan Mina, melakukan lontaran di jamrah sehinggalah selesai semuanya. Lengkap. 

Maka akhirnya kita mahu kita di nilai untuk mendapat HAJI YANG MABRUR setelah semua kerja yang berkaitan kita sudah lakukan. Siapa yang menilainya?. Kita?. Pegawai TH atau ?????.

Kita tinggalkan cerita menilai itu. Kita pergi ke cerita 'kerja'. Kerja beribadah dan kerja itu satu ibadah. 

Kerja memanglah susah. Tiada yang tidak susah, mealainkan susah belaka. Hendak atau tidak saya perlu terus bekerja. Ia susah, kerana ia kerja. Kerja itu ibadah.Kerja itu menghasilkan rezeki.

Kita selalu memohon agar Allah murahkan dan limpahkan rezeki kepada kita, keluarga kita. Rezeki tidak akan diberikan oleh Allah jika kita tidak bekerja, berusaha mencarinya. Kita duduk sahaja kita tidak mendapat rezeki. Sama seperti kita yang pergi mengerjakan haji tetapi tidak bersusah payah berdoa dan berdoa setelah bersusah payah berwukuf di Arafah. Tidak buat, tiada sah, tiada ganjarannya.

Jadi bekerja lah sekuatnya, bersungguh-sungguh dengan ikhlas dan  mohon lah kepadaNya.

" Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim. Aku bermohon dengan sesunguhnya Ya Allah, Engkau limpahkanlah rezeki kepada Aku, Isteriku, Anak-anakku serta keluargaku dengan rezki yang halal, lagi mudah dan tidak di sangka-sangka. Jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika di langit turunkanlah, jika tersembunyi, zahirkanlah. Ya Rahman, kabulkanlah doaku".

Saya juga sedang bekerja sekarang. Hari-hari malah setiap masa saya bekerja melalui blog dan laman web, 24 jam, 365 hari untuk mencari rezeki yang halal ini. 

Melayari nya adalah PERCUMA. memohon juga PERCUMA. Sebagai Konsultan, saya berikan maklumat dan peluag PERCUMA. Sudah ramai , 552,889 orang telah melayarinya dan beribu-ribu orang telah mendapat peluangnya.

   
 LAWATI LAH LAMAN INI..IANYA INFO PERCUMA

SILA KLIK BANNER INI UNTUK TERUSKAN MELIHAT PELUANG ANDA


Begitulah, kerja tetap kena kerja samada sudah pencen atau pun tidak pencen. Cuma kerjanya saja yang berbeza.

Wallahu aqlam.









Thursday, July 20, 2017

CERTIFICATE IN HOTEL OPERATION (CHO)




CERTIFICATE IN HOTEL OPERATION 

(CHO)

KELULUSAN MQA, KP/JPS(KA9812)12/14A9812


Salam Sejahtera,

Program peringkat sijil ini adalah berasaskan WBL (Work Base Learning dimana
pelajar akan belajar teori dan melakukan praktikal di hotel-hotel yang di pilih.

Level of study : Certificate

 Course Details
The Certificate in Hotel Operations programme comprises of 51 credit units. This
consists of 42 credits for Core and Non Core Subjects and 9 credits for MQA 
Compulsory Subjects. Students take subjects totalling 51 credit units (including 
MQA Compulsory Subjects) over 1 year and 3 months.
Students who complete the Certificate in Hotel Operations will get advanced
standing and
be admitted to Semester 2 of the following programme:
  • Diploma in Hospitality Management
  • Diploma in Culinary Arts.

Entry Requirements

Local Applicants (Malaysian)

  • SPM /GCE ‘O’ Levels With 1 Credits Or Higher.

 KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON

Programme Structure

Year 1 Subjects

ENGLISH LANGUAGE 1
ENGLISH LANGUAGE 2
STUDY AND THINKING SKILLS
INTRODUCTION TO THE HOSPITALITY INDUSTRY
INFORMATION TECHNOLOGY
FOOD AND BEVERAGE OPERATIONS 1
FOOD AND BEVERAGE OPERATIONS 2
KITCHEN OPERATIONS 1
KITCHEN OPERATIONS 2
ROOMS DIVISION OPERATIONS 1
ROOMS DIVISION OPERATIONS 2
BAHASA KEBANGSAAN A*
PENGAJIAN ISLAM /  PENDIDIKAN MORAL
PERSONNEL MANAGEMENT
BOOK KEEPING 1
BUSINESS MATHEMATICS
PENGAJIAN MALAYSIA

Year 2 Subjects

ENGLISH LANGUAGE 3
BOOK KEEPING 2
BEVERAGE KNOWLEDGE
PASTRY PRODUCTION
GUEST SERVICES
INDUSTRIAL TRAINING

MENJANA KERJAYA DALAM BIDANG PELANCONGAN, KULINARI DAN PERHOTELAN

Selamat Datang Dari Koleksiintelek

  • Duplicate Widget
  • Remove Widget
Salam Sejahtera Pengunjung Laman Koleksiintelek.com/eastwestcollege .
Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke laman ini.
Buat pertama kali kami perkenalkan Koleksiintelek.
Koleksiintelek adalah syarikat berdaftar dengan SSM dengan gerakkerja utama adalah memberi khidmat nasihat pendidikan dan panduan kemasukan ke EastWest International College, Seremban, Negeri Sembilan. 
Koleksiintelek telah dilantik dan diberi mandat oleh Pengurusan EastWest International College untuk mempromosi, mengiklan, mengurus, memberi khidmat nasihat dan mengendalikan kemasukan pelajar ke EastWest Internation College.
AKTIVITI UTAMA
Kami senaraikan aktiviti utama kami
  1. Mempromosi dan menyampaikan maklumat mengenai EWIC dan kursus yang ditawarkan kepada semua.
  2. Memberi khidmat nasihat pendidikan di EWIC
  3. Menyediakan permohonan atas talian kepada semua pemohon.
  4. Menapis dan memilih calon mengikut kelayakan dan syarat yang telah ditetapkan oleh MQA, KPT, JPK dan agensi yang berkaitan.
  5. Mengeluarkan Surat Tawaran kepada pemohon yang layak.
  6. Menguruskan kemasukan pelajar ke kolej.
MAKLUMAN
Kami ingin memaklumkan bahawa EWIC telah mendapat kelulusan MQA dan JPK dalam semua kursus yang ditawarkan. Kami menawarkan pelbagai kursus di peringkat Diploma dan SKM yang menjadi asas utama operasi EWIC.
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah berasaskan kepada Work Base Learning (WBL). WBL adalah kaedah dimana pelajar-pelajar akan di beri pendidikan teori dan diperkuatkan dengan amali pekerjaan di syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dengan kami. Contohnya, pelajar dalam bidang Diploma In Hotel Management akan menjalani Amali Berbayar di Hotel-hotel yang mempunyai hubungan dengan kami atau hotel-hotel yang dipilih oleh pelajar.
Kursus Ditawarkan
  1. Certificate In Hotel Operation (CHO)
  2. Diploma In Bakery & Pastry
  3. Diploma In Culinary Arts
  4. Diploma In Hotel Management
  5. Diploma In Tourism Management
  6. Diploma In Business Management
  7. Diploma In Information Technology
  8. Bachelor Of Business Administration

Tarikh Pengambilan
Januari, April, September
Tarikh Pengambilan Terkini
25 - 26 September 2017
Cara memohon
Sekian, jumpa lagi
Koleksiintelek.com