Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Thursday, October 26, 2017

Peluang Pendidkan Sains Kesihatan - Kejururawatan

Salam Sejahtera,
Ini adalah Siri Panduan Pendidikan dan Kerjaya dalam bidang Kejururawatan di KPJ University College. Kita bincangkan "Strategi Ringkas Bidang Kejururawatan" di KPJ University. Ramai yang sudah tahu tentang peluang kerjaya dalam bidang ini samada kerjaya dalam Sektor Kerajaan atau di Sektor Swasta. Jadi kita bincangkan kali ini tentang strategi untuk mendapatkan kursus Diploma Kejururawatan samada di Universiti Awam atau Universiti Swasta.
Persediaan Sebelum SPM atau setaraf
Calon-calon Aliran Sains akan merasa lega kerana mereka tergolong dalam kelompok yang sangat bertuah kerana mempunyai subjek-subjek utama Aliran Sains yang membolehkan mereka memohon kursus Diploma Kejururawatan. Walau bagaimana pun calon-calon bukan Aliran Sains juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Kejururawatan.
Syarat Kelayakan Utama Diploma Kejururawatan
PERTAMA kita lihat syarat utama ditetapkan MQA. Kita ambil contoh Syarat kemasukan yang dinyatakan oleh MQA (Malaysia Qualification Agency). Syarat ini perlu dipatuhi oleh semua institusi pendidikan di Malaysia yang ingin menawarkan Kursus Kejururawatan.
1-SYARAT MQA
Bagi Pelajar Tempatan
1. Lulus SPM/ SPMV atau yang setaraf dengan mendapat 5 kepujianiaitu Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; atau
2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 5 mata pelajaran termasuk Sains, Matematik, serta 3 mata pelajaran yang lain dan lulus Bahasa Inggeris; atau Bagi pelajar warganegara asing/ pelajar tempatan yang belajar di luar negara
3. Lulus O-Level atau yang setaraf dengan mendapat 5 kepujian iaitu Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain.
ï‚ Proficiency dalam Bahasa Inggeris;
ï. Lulus International English Language Testing Services (IELTS) dengan minimum 5.5; atau
Test of English as a foreign language (TOEFL) dengan minimum 550 diperlukan jika medium instruction tidak dalam Bahasa Inggeris; atau
4. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
KEDUA kita lihat salah satu contoh Syarat Kemasukan ke Universiti Awam iaitu UITM.
2. SYARAT UITM
Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu DAN lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

Syarat Khas - Lepasan SPM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Biologi / Sains
DAN
  • Bahasa Inggeris Minima gred B
Nota :
SYARAT KHAS LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA
Mempunyai status kesihatan yang memenuhi syarat program dan memenuhi kriteria Lembaga Jururawat Malaysia seperti berikut :
1) Mesti disahkan sihat tubuh badan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar dari Institusi Latihan yang diiktiraf.
2) Pemohon/Pelajar dengan masalah berikut; HIV/AIDS, Hepatitis B atau C, sebarang masalah kesihatan mental, Epilepsi, dan sebarang penyakit kronik yang lain TIDAK BOLEH diterima masuk ke dalam program kejururawatan.
3)  Pemohon/Pelajar mestilah TIADA sebarang kekurangan pada fizikal atau gangguan pancaindera yang boleh menyebabkan kesukaran melaksanakan perawatan kejururawatan.
KETIGA kita lihat Syarat Kelayakan yang ditetapkan oleh Kolej Kejururawatan yang mempunyai paling banyak hospital pakar iaitu KPJ Healthcare University College.
3. SYARAT KPJUC
Entry Requirements(Malaysian Candidates)

Lima (5) kredit dalam SPM/SPMV or Setaraf
  • Bahasa Melayu and
  • Matematik (Matematik Moden or Matematik Tambahan)
Salah satu (1) dari Subjek di bawah :
  • Sains or Biologi ;or LULUS dalam  Biologi tetapi Kredit dalam samada Fizik atau Kimia and
  • 2 subjek lain dan 
  • LULUS dalam Subjek English
SEDIKIT KUPASAN
Berpandukan Syarat Kelayakan yang ditetapkan oleh MQA,  UITM, dan KPJUC di atas adalah jelas bahawa calon hendaklah PALING MINIMA:
  1. LULUS SPM (beerti Lulus BM dan Sejarah)
  2.  MENDAPAT 5 KREDIT (A,B atau C)
  3. LULUS BAHASA MELAYU
  4. LULUS BAHASA INGGERIS
  5. KREDIT MATEMATIK atau MATEMATIK MODEN
  6. KREDIT SAINS atau FIZIK atau KIMIA atau BIOLOGI
Kesimpulannya: Semua calon yang ingin memohon Kursus Kejururawatan WAJIB
  1. KREDIT MATEMATIK atau MATEMATIK TAMBAHAN (1 Kredit) KREDIT BAHASA MELAYU (1 Kredit)
  2. KREDIT ENGLISH (1 Kredit) 
  3. KREDIT  1 SUBJEK LAIN  (1 Kredit) 
  4. LULUS SEJARAH
Berdasarkan analisis di atas, calon yang dapat memenuhi kelayakan itu akan LAYAK MEMOHON dan mempunyai HARAPAN TINGGI untuk mendapat kursus Diploma Kejururawatan samada di Universiti Awam atau Swasta.
Oleh kerana graduan yang LULUS DIPLOMA KEJURURAWATAN perlu berdaftar dengan LEMBAGA Jururawat maka syarat-syarat berkaitan kesihatan dan lain-lainnya dalam Lembaga jururawat hendaklah di patuhi terutama berkaitan dengan penyakit kronik apabila ingin masuk dalam kursus dan kerjaya nanti.
Pengalaman saya dalam menganalisa keputusan permohonan pelajar untuk memasuki Program Diploma Kejururawatan di KPJ Universiti College (anda boleh klik link ini untuk perincian), pertimbangan bagi calon yang KREDIT BAHASA INGGERIS, MATEMATIK atau MATEMATIK TAMBAHAN dan SAINS atau FIZIK atau KIMIA atau BIOLOGI SANGAT MUSTAHAK.
Oleh itu, saya simpulkan bahawa calon SPM samada dalam Aliran Sains atau Sastera atau Perdagangan akan layak dalam Kursus Kejururawatan asalkan mereka memberi PENEKANAN dalam Subjek Matematik, Sains dan English untuk mendapat Kredit yang baik.

Jadi, anda boleh membuat perancangan rapi dalam SPM anda dalam perkara yang dibincangkan ini demi memenuhi cita-cita anda dalam program Diploma Kejururawatan.
Terima kasih.


KLIK BANNER UTK LIHAT SYARAT NURSING KPJUC








No comments: