Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Sunday, January 28, 2018

Kerjaya Bukan Bermula Dengan Keputusan Peperiksaan Tetapi Bermula Semenjak Anda Mula Merancangnya

Salam Sejahtera,

Koleksiminda  sentiasa mengemaskini peluang-peluang pendidikan khususnya bagi lepasan SPM melalui Laman-laman permohonan kami untuk kursus-kursus Sains Kesihatan di KPJUC. Kami juga sering menulis nasihat dan panduan percuma di ruang kami serta posting kami di blog ini.

Kami telah menambah satu lagi perkongsian untuk anda bagimana peluang bagi mereka yang hanya mendapat 3 kredit dalam SPM tetapi berjaya untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Awam akhirnya hanya dengan memahami tentang apa yang kami tulis sebelum ini .






Kali ini kita bicarakan judul di atas. Kerjaya Bukan Bermula Dengan Keputusan Peperiksaan Tetapi Bermula Semenjak Anda Mula Merancangnya. 

Saya tidak menafikan jika ada penulis atau individu yang menyanggah kenyataan ini. Mungkin ada. Mungkin anda juga, yang membaca blog ini. Saya ketengahkan satu contoh.

Semasa kita mula-mula bersekolah, jika zaman saya di sebut Darjah 1, sekarang Tahun 1. Tidak lama selepas itu, waktu dahulu di sebut Kad Kemajuan atau dipanggil Laporan Kemajuan. Sekarang tiada lagi kad itu, semua Laporannya boleh di akses secara online. 

Saya cuba mengingat rupa kad kemajuan dan komen guru kelas masa dahulu. Ianya antik, tetapi sangat berkesan.



Di dalam buku kemajuan itu, ada satu bahagian yang di sebut 'Cita-Cita Anda'. Semasa dahulu, kita perlu menulis 3 Kerjaya pilihan dalam ruangan itu. Sahihnya, untuk menulis kerjaya itu, pelajar dahulu termasuk saya MEMIKIRKAN APA YANG SAYA MAHU JADI. Ini amat berkaitan dengan kerjaya apa yang sering didedah kepada kita kerana itulah kerjaya yang hampir dengan pandangan mata dan ingatan kita.

Jika ayah kita seorang guru, maka kita terdorong ke arah itu walaupun kenyataan ini tidak 100 peratus benar. Kerjaya yang paling hampir dengan saya ialah Guru, kerana itulah contoh yang hari-hari ada dihadapan saya, keduanya kerani dan ketiganya Pegawai Daerah kerana ia kawan ayah saya.

Kini, sebahagian besar pelajar telah terdedah dengan jutaan kerjaya kerana kemajuan teknologi internet. Mereka tahu banyak jenis kerjaya, konvensional dan moden. Ledakan internet membuka ruang pengetahuan kepada mereka. 

Namun, 

Sering saya terjumpa pelajar yang tidak tahu mahu jadi apa?. Mahu kerja apa?. Bila diajukan soalan, ada yang menjawab, tengoklah KEPUTUSAN PEPERIKSAAN nanti, baru boleh pilih bidang apa untuk sambung belajar, dan kerja apa yang sesuai.

Inilah yang saya sebutkan dalam tajuk di atas. Pelajar yang begini sebenarnya tidak pun merancang untuk APA DIA AKAN JADI DI MASA HADAPAN atau KERJAYA APA. 

BAGAIMAN MERANCANG KERJAYA

Merancang kerjaya anda sekarang ini adalah sangat penting kerana kegagalan anda merancang kerjaya yang sesuai dengan jiwa anda akan menjadikan anda kurang motivasi bila bekerja nanti. Kini anda telah didedahkan dengan Ujian Psikometrik untuk melihat kecenderungan anda dalam kerjaya. Ujian Minat Kerjaya Riasek Online boleh memberi sedikit panduan untuk anda mengetahui apa minat anda sebenarnya. 


Sebenarnya tidak pun susah untuk merancang kerjaya. Tiga langkah utama untuk merancanga kerjaya anda.

1) Pertama

KENALI MINAT ANDA SEBENAR


Jangan biarkan persoalan demi persoalan anda tidak terjawab. Anda perlu mula membina diri anda dengan sesuatu yang JELAS. Yang jelas itu mestilah menjadi yang PASTI. Jadi anda perlu pasti dengan minat anda dalam kerjaya, bukannya minat ikutan anda terhadapat rakan-rakan. Anda boleh melakukan ujian online kami dengan kos yang sangat minima. 


Kenali diri anda samada anda seorang yang Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprise atau Konvensional . Ini adalah mustahak kerana ia boleh memberi panduan kepada anda tentang diri anda jika anda masih buntuk untuk merancang kerjaya apa yang anda minati.

2) Kedua

TUMPUKAN PADA SUBJEK BERKAITAN 

Kebiasaan pelajar akan mencapahkan persediaan untuk peperiksaan untuk membolehkannya Lulus dalam SPM dengan seberapa banyak yang cemerlang. Open Certificate membolehkan pelajar untuk memberi LEBIH TUMPUAN dalam SUBJEK berkenaan dengan bidang yang dikehendaki. Contohnya anda inginkan KERJAYA NURSING.  

Untuk menjadi seorang Jururawat anda perlulah mengikuti KURSUS KEJURURAWATAN. Untuk membolehkan anda mengikuti kursus tersebut, anda perlulah memenuhi SYARAT KELAYAKAN MASUK KE KURSUS TERSEBUT. Contohnya.... mesti kenalpasti syarat kelayakan kursus oleh UA atau UPU.

LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SETARAF  dengan mendapat 

LIMA (5) KREDIT, 
WAJIB KREDIT DALAM 

  • Bahasa Melayu 
  • MATEMATIK (Tambahan atau Matematik Moden) 


samada KREDIT dalam SATU (1) daripada subjek di bawah: 


  • General Science
  • Biology 
  • Chemistry dan Lulus dalam Biology
  • Fizik dan Lulus Biology 



  • Pass in English 
  • Credits in TWO (2) other subjects

Oleh itu, anda perlu merancang untuk mendapat KREDIT DALAM

Bahasa Melayu, Matematik, + Kredit 2 Subjek lain
Kredit Biologi atau General Sains atau Kredit Kimia dan Lulus Biologi atau Kredit Fizik dan Lulus Biologi
Lulus English

Inilah yang dimaksudkan merancang kerjaya SEBELUM KEPUTUSAN SPM ANDA.

3) MENENTUKAN BIDANG KHUSUS KERJAYA ANDA

Setelah anda menetapkan TARGET KERJAYA melalui TARGET SPM anda dengan yakin. Merancang menjadi Jururawat memang mudah, tetapi banyak pula bidang  jururawat nya. Ada kategorinya. Contohnya begini.

  1. Jururawat berdaftar
  2. Jururawat masyarakat
  3. Pembantu jururawat
  4. Bidan
Dan lagi 

Kesihatan Dewasa • Kesihatan Remaja • Kesihatan Wargatua 9 • Kesihatan Mental • Kesihatan Pekerjaan • Perawatan di Rumah untuk ibu lepas bersalin • Home Care Nursing • Pemakanan • Kesihatan Wanita Dan Reproduktif Kerjaya Jururawat di KKM • Kesihatan Orang Kurang Upaya (Kanak kanak Keperluan Khas) • Wellness Clinic untuk Lelaki dan Perempuan • Kebidanan Di Pusat Bersalin Alternatif • Fungsi Baru Dalam Kesihatan Ibu Dan Anak

Banyak bidangnya, maka pilihlah dan tentukan lah dalam bidang mana yang anda suka. Dalam masa yang sama, adalah menjadi tanggungjawab anda membuat carian tentang peluang-peluang pekerjaan yang wujud dalam setiap bidang tersebut. 

Jika kita merancang KERJAYA kita lebih awal dari keputusan peperiksaan kita, maka apabila kita menerima keputusan, kita sudah tahu apa kursus yang perlu kita pohon untuk melanjutkan pelajaran.
Sambil itu, baik kiranya anda menyemak paduan yang sesuai antara kerjaya dan keputusan ujian anda. 





Selamat merancang. Terima kasih









Saturday, January 27, 2018

PROGRAM DIPLOMA UITM, UTM, UPM DAN KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR

KOLEKSIINTELEK
SEBUAH syarikat yang beroperasi untuk memberi informasi pendidikan secara percuma kepada semua khususnya kursus-kursus yang ditawarkan oleh Kolej-Kolej bersekutu yang bertauliah dan di iktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Semua Perkhidmatan kami adalah PERCUMA.
MAKLUMAT PENDIDIKAN
MAKLUMAT pendidikan dan peluang pendidikan yang kami berikan adalah bertepatan pada waktu ia dikeluarkan. Ianya memang percuma tetapi pengguna hendaklah merujuk juga kepada info rasmi yang lain. Kami tidak bertanggungjawab di atas kerugian anda dari penggunaan maklumat kami.
NASIHAT PENDIDIKAN
KAMI akan memberikan nasihat yang berkaitan mengikut pengetahuan kami untuk membolehkan anda mendapat sedikit panduan mengenai bidang-bidang pendidikan tersebut.
"EDUCATION ADVISOR"
ANDA SEDANG MELAYARI  LAMAN WEB PENASIHAT PENDIDIKAN DAN PENGENDALI PERMOHONAN MELANJUTKAN PELAJARAN BAGI LEPASAN SPM, STPM, MATRIKULASI DAN DIPLOMA SECARA PERCUMA.

KAMI ADALAH ‘EDUCATION ADVISOR’ YANG 
DILANTIK SECARA SAH OLEH PIHAK KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR 
UNTUK TUJUAN DI BAWAH:--

1- MENYAMPAIKAN MAKLUMAT YANG TEPAT, JELAS DAN TERKINI KEPADA SEMUA PIHAK TERUTAMA PELAJAR MENGENAIK PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN SELEPAS PERSEKOLAHAN.

2- MEMPROMOSI PELUANG BELAJAR DAN KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR atau KOLEJ-KOLEJ YANG MEMPUNYAI KERJASAMA DENGAN KAMI KEPADA UMUM.

3- MENGADAKAN EVEN SAMADA SECARA TAKLIMAT ATAU SECARA ONLINE KEPADA SEMUA PIHAK TENTANG KURSUS, TARIKH PENGAMBILAN, KEMUDAHAN, PINJAMAN DAN SEMUA MAKLUMAT BERKAITAN KEPADA SEMUA PIHAK.

4 MENYEDIAKAN BORANG PERMOHONANONLINE YANG BOLEH DIAKSES OLEH SEMUA PEMOHON, MENDAFTAR PEMOHON SERTA MENGIRIM SURAT TAWARAN KEPADA PEMOHON YANG LAYAK DAN LAYAK DITAWARKAN PROGRAM-PROGRAM BERKENAAN.

5- MEMBERI KHIDMAT NASIHAT KEPADA PEMOHON SEMASA ATAU SELEPAS MEMOHON BAGI MEMUDAHKAN OPERASI PEMOHON MENJADI SISWA/SISWI KOLEJ.ANDA SEDANG MELAYARI  LAMAN WEB PENASIHAT PENDIDIKAN DAN PENGENDALI PERMOHONAN MELANJUTKAN PELAJARAN BAGI LEPASAN SPM, STPM, MATRIKULASI DAN DIPLOMA SECARA PERCUMA.

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN UNTUK BELAJAR DI KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR


1 KERJASAMA DENGAN UiTM (Bumi shj)
  1. Diploma In Art & Design(Fashion Design)
  2. Diploma In Art & Design(Graphic Design & Digital Media)
  3. Diploma In Communication And Media
  4. Diploma in Office Management & Technology
  5. Diploma in Science
  6. Pre-Diploma in Science.    

Maksud dan Maklumat Kerjasama dengan UITM

Sayugia dinyatakan bahawa Kolej-kolej Bersekutu UiTM adalah

  1. Kolej-kolej Bersekutu (KKB) merupakan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh UiTM serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjalankan program Pra Diploma dan Diploma secara usahasama dengan UiTM.
  2. Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat  Konvokesyen di UiTM.
  3. Sijil Tamat Kursus (Diploma) akan dikeluarkan oleh UiTM induk.
  4. Lalauan terus ke Ijazah sarjana muda ke UiTM induk selepas tamat diploma di kolej-kolej bersekutu. 
  5. Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang dijalankan di KKB sama seperti di UiTM 
  6. Bagi menjaga kualiti KKB, pihak UiTM mengadakan pemantauan secara berterusan dan Audit Kualiti secara tahunan.
  7. Pelajar boleh memohon pembiayaan pinjaman PTPTN dan MARA        


2. KERJASAMA DENGAN UTM
  1. Diploma In Computer Science (Multimedia)
  2. Diploma In Real Estate Management
  3. Diploma In Technology Management
  4. Diploma In Technology Management (Accounting)
  5. Diploma In Quantity Surveyor

Maksud dan Maklumat Kerjasama dengan UTM

Sayugia dinyatakan bahawa maksud kerjasama dengan UTM adalah

  1. KTT mempunyai perjanjian dan kerjasama untuk menawar dan mengendalikan kursus-kursus UTM.
  2. Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat  Konvokesyen di UTM.
  3. Sijil Tamat Kursus (Diploma) akan dikeluarkan oleh UTM.
  4. Lalauan terus ke Ijazah sarjana muda ke UTM induk selepas tamat diploma di KTT
  5. Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang dijalankan di KTT sama seperti di UTM 
  6. Bagi menjaga kualiti KTT, pihak UTM mengadakan pemantauan secara berterusan dan Audit Kualiti secara tahunan.
  7. Pelajar boleh memohon pembiayaan pinjaman PTPTN dan MARA     

5.  PRA-UNIVERSITI 
  1. Cambridge A-Level
  2. Foundation In Science
  3. Foundation In Business
SILA LAYARI  KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR

Monday, January 22, 2018

JALAN LAIN KE UNIVERSITI AWAM

JALAN LAIN KE UNIVERSITI AWAM

Salam Sejahtera,

Melihat laman ini, dengan peluang belajar di Kolej Teknologi Timur, maka ramailah akan bertanya “Ini Swasta ke Kerajaan?”.

Soalan lumrah ini membuktikan ramai pelajar, malah ibu bapa lebih yakin dengan IPTA atau Universiti Kerajaan berbanding dengan Swasta.

KESILAPAN MENTAFSIR

Memanglah ramai akan memilih Universiti Awam. Lebih baik, lebih murah, lebih luas peluang. TETAPI ramai pelajar lepasan SPM lupa bahawa JUMLAH TEMPAT ADALAH TERHAD. 45 ribu ke 50 ribu sahaja yang akan diterima belajar di UA. Terhad. Lepasan SPM ada hampir 500 ribu orang. Oleh itu, yang lain pun nak belajar jugak. Kalau nak masuk UA, kenalah keputusan 5 kredit terbaik. Apabila ranking menggunakan MERITOKRASI digunakan, maka yang kebawah dari 50 ribu itu akan GAGAL KE UA.

Mereka gagal bukan kerana mereka tidak layak, tetapi keputusan mereka lebih rendah dari mereka yang layak dan diterima oleh UA.. Oleh itu kerajaan mewujudkan Kolej-Kolej Bersekutu atau Kerjasama yang menjalankan Kursus-Kursus Universiti Awam dengan kawalan dan anugerah Diploma oleh Universiti Awam di Kolej-kolej Swasta yang di pilih atau terpilih. Inilah yang selalunya silap tafsir pelajar dan ibubapa berlaku. Asalakan swasta, ia tiada kursus dari Universiti Kerajaan.

LANTIKAN UNIVERSITI AWAM

Kolej Swasta yang dilantik oleh Universiti Awam dalam konteks kerjasama ini adalah Kolej yang menjalankan pengajian bagi kursus dari UA tersebut dengan menggunakan Silibus, Peperiksaan, Gred dan standard serta pengurniaan Diploma oleh Universiti Awam tersebut.

Begini contohnya:

Ini contoh Kerjasama dengan UITM

Maksud dan Maklumat Kerjasama dengan UITM

Sayugia dinyatakan bahawa Kolej-kolej Bersekutu UiTM adalah
    Kolej-kolej Bersekutu (KKB) merupakan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 
    yang diiktiraf oleh UiTM serta mendapat kelulusan daripada Kementerian 
    Pengajian Tinggi untuk menjalankan program Pra Diploma dan     
    Diploma secara usahasama dengan UiTM.
1. Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat  Konvokesyen di UiTM.
2. Sijil Tamat Kursus (Diploma) akan dikeluarkan oleh UiTM induk.
3. Lalauan terus ke Ijazah sarjana muda ke UiTM induk selepas tamat
4. diploma di kolej-kolej bersekutu. 
5. Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang dijalankan di KKB sama
6. seperti di UiTM 
7. Bagi menjaga kualiti KKB, pihak UiTM mengadakan pemantauan secara
8. berterusan dan Audit Kualiti secara tahunan.
9. Pelajar boleh memohon pembiayaan pinjaman PTPTN dan MARA    

Maksud dan Maklumat Kerjasama dengan UTM

Sayugia dinyatakan bahawa maksud kerjasama dengan UTM adalah
KTT mempunyai perjanjian dan kerjasama untuk menawar dan mengendalikan kursus-kursus UTM.
Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat  Konvokesyen di UTM.
Sijil Tamat Kursus (Diploma) akan dikeluarkan oleh UTM.
Lalauan terus ke Ijazah sarjana muda ke UTM induk selepas tamat diploma di KTT
Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang dijalankan di KTT sama seperti di UTM
Bagi menjaga kualiti KTT, pihak UTM mengadakan pemantauan secara berterusan dan Audit Kualiti secara tahunan.

Pelajar boleh memohon pembiayaan pinjaman PTPTN dan MARA     
INILAH JALAN LAIN KE UNIVERSITI AWAM    
Oleh kerana anda tidak tersenarai dalam pilihan UPU untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam, maka jalan lain adalah dengan masuk belajar di Kolej-kolej yang menjalankan kerjasama dengan Universiti Awam ini.
Jangan silap…!!!. Inilah peluang yang di berikan oleh kerajaan, kerana tidak lagi dapat menyediakan terlalu banyak tempat dalam satu pengambilan.
KTT adalah kolej yang menjalankan program Universiti Awam UITM, UTM, UPM. Malah di Kolej Teknologi Timur sekarang ini sedang belajar lebih 60 orang pelajar A Level kohort terakhir yang di taja oleh JPA untuk program kedoktoran yang tajaannya mencecah 500,000 ringgit.(selepas ini syarat JPA sudah berbeza)

Apakah anda tidak yakin, tetapi JPA pula yakin??.
Oleh itu, jangan sempitkan peluang anda untuk memasuki UA. Jalan ini juga boleh sampai kerana:-
1. DIPLOMA anda akan dianugerah oleh Universiti Awam berkenaan.
2. Silibus sama dengan Universiti Awam
3. Peperiksaan dengan soalan yang sama dengan rakan anda yang belajar di UA
4. Konvokesyen di Universiti Awam berkenaan
5. Diploma anda LAKU untuk menyambung ke Ijazah di mana=mana UA.
6. Melanjutkan ke Peringkat Ijazah, terus masuk ke Tahun 2 (uitm)
7. Boleh menggunakan Diploma untuk memohon Ijazah  melalui UPU
8. Akhirnya anda menjadi SISWA UA JUGA MELALUI JALAN INI

Tanya pada diri sendiri . mahu atau tidak?. ITU SAHAJA.

Jom MOHON 

KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN UNTUK BELAJAR DI KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR


1 KERJASAMA DENGAN UiTM (Bumi shj)
  1. Diploma In Art & Design(Fashion Design)
  2. Diploma In Art & Design(Graphic Design & Digital Media)
  3. Diploma In Communication And Media
  4. Diploma in Office Management & Technology
  5. Diploma in Science
  6. Pre-Diploma in Science.    


2. KERJASAMA DENGAN UTM
  1. Diploma In Computer Science (Multimedia)
  2. Diploma In Real Estate Management
  3. Diploma In Technology Management
  4. Diploma In Technology Management (Accounting)
  5. Diploma In Quantity Surveyor
3- KERJASAMA DENGAN UPM
  1. Diploma In Computer Science
  2. Diploma In Human Development

4. PROGRAM KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR 
  1. Certificate In Business Administration
  2. Certificate In Computer Science
  3. Diploma In Business Management
  4. Diploma In Finance And Banking
  5. Diploma In Information Technology
  6. Diploma In Art & Design
  7. Diploma In Entrepreneurship
  8. Diploma In Early Childhood & Care Education
  9. Foundation In Science
  10. Foundation In Business
5.  PRA-UNIVERSITI 
  1. Cambridge A-Level
  2. Foundation In Science
  3. Foundation In Business

Wednesday, November 1, 2017

Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan


TINJAUAN PROGRAM

Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan direka untuk menghasilkan graduan yang berwibawa di bidang Pengurusan Maklumat Kesihatan dan Perubatan khususnya dalam fungsi Penyakit dan Prosedur Pengkodean dalam Sistem Kes-Camp berdasarkan Klasifikasi Antarabangsa Penyakit (ICD10) untuk menyokong dan melengkapi dinamik keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Pada asasnya, Pengendalian Maklumat Kesihatan adalah amalan memperoleh, menganalisis, dan melindungi maklumat perubatan digital yang penting untuk menyediakan penjagaan pesakit yang berkualiti dan peruntukan sumber yang optimum. Ini adalah kombinasi perniagaan, sains dan teknologi maklumat di mana pakar Pengurusan Maklumat Kesihatan (HIM) sering berkhidmat dalam jambatan peranan, menghubungkan fungsi klinikal, operasi, dan pentadbiran.




Pada akhir program 3 tahun, pelajar dapat menunjukkan pengetahuan dan kefahaman dalam penubuhan Sistem Pengurusan Maklumat Kesihatan / Perubatan dan perkhidmatannya. Mereka akan dapat mengkaji secara cekap kandungan rekod kesihatan dan perubatan dan menggunakan pendekatan sistematik dalam menguruskan sistem maklumat kesihatan dan perubatan.

Di KPJUC, program ini juga direka untuk memastikan pelajar mendapat kerja berpasukan dan kemahiran interpersonal dalam penyediaan perkhidmatan yang sesuai dengan tanggungjawab pekerjaan.

Thursday, October 26, 2017

Peluang Pendidkan Sains Kesihatan - Kejururawatan

Salam Sejahtera,
Ini adalah Siri Panduan Pendidikan dan Kerjaya dalam bidang Kejururawatan di KPJ University College. Kita bincangkan "Strategi Ringkas Bidang Kejururawatan" di KPJ University. Ramai yang sudah tahu tentang peluang kerjaya dalam bidang ini samada kerjaya dalam Sektor Kerajaan atau di Sektor Swasta. Jadi kita bincangkan kali ini tentang strategi untuk mendapatkan kursus Diploma Kejururawatan samada di Universiti Awam atau Universiti Swasta.
Persediaan Sebelum SPM atau setaraf
Calon-calon Aliran Sains akan merasa lega kerana mereka tergolong dalam kelompok yang sangat bertuah kerana mempunyai subjek-subjek utama Aliran Sains yang membolehkan mereka memohon kursus Diploma Kejururawatan. Walau bagaimana pun calon-calon bukan Aliran Sains juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Kejururawatan.
Syarat Kelayakan Utama Diploma Kejururawatan
PERTAMA kita lihat syarat utama ditetapkan MQA. Kita ambil contoh Syarat kemasukan yang dinyatakan oleh MQA (Malaysia Qualification Agency). Syarat ini perlu dipatuhi oleh semua institusi pendidikan di Malaysia yang ingin menawarkan Kursus Kejururawatan.
1-SYARAT MQA
Bagi Pelajar Tempatan
1. Lulus SPM/ SPMV atau yang setaraf dengan mendapat 5 kepujianiaitu Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; atau
2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 5 mata pelajaran termasuk Sains, Matematik, serta 3 mata pelajaran yang lain dan lulus Bahasa Inggeris; atau Bagi pelajar warganegara asing/ pelajar tempatan yang belajar di luar negara
3. Lulus O-Level atau yang setaraf dengan mendapat 5 kepujian iaitu Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain.
ï‚ Proficiency dalam Bahasa Inggeris;
ï. Lulus International English Language Testing Services (IELTS) dengan minimum 5.5; atau
Test of English as a foreign language (TOEFL) dengan minimum 550 diperlukan jika medium instruction tidak dalam Bahasa Inggeris; atau
4. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
KEDUA kita lihat salah satu contoh Syarat Kemasukan ke Universiti Awam iaitu UITM.
2. SYARAT UITM
Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu DAN lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

Syarat Khas - Lepasan SPM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Biologi / Sains
DAN
  • Bahasa Inggeris Minima gred B
Nota :
SYARAT KHAS LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA
Mempunyai status kesihatan yang memenuhi syarat program dan memenuhi kriteria Lembaga Jururawat Malaysia seperti berikut :
1) Mesti disahkan sihat tubuh badan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar dari Institusi Latihan yang diiktiraf.
2) Pemohon/Pelajar dengan masalah berikut; HIV/AIDS, Hepatitis B atau C, sebarang masalah kesihatan mental, Epilepsi, dan sebarang penyakit kronik yang lain TIDAK BOLEH diterima masuk ke dalam program kejururawatan.
3)  Pemohon/Pelajar mestilah TIADA sebarang kekurangan pada fizikal atau gangguan pancaindera yang boleh menyebabkan kesukaran melaksanakan perawatan kejururawatan.
KETIGA kita lihat Syarat Kelayakan yang ditetapkan oleh Kolej Kejururawatan yang mempunyai paling banyak hospital pakar iaitu KPJ Healthcare University College.
3. SYARAT KPJUC
Entry Requirements(Malaysian Candidates)

Lima (5) kredit dalam SPM/SPMV or Setaraf
  • Bahasa Melayu and
  • Matematik (Matematik Moden or Matematik Tambahan)
Salah satu (1) dari Subjek di bawah :
  • Sains or Biologi ;or LULUS dalam  Biologi tetapi Kredit dalam samada Fizik atau Kimia and
  • 2 subjek lain dan 
  • LULUS dalam Subjek English
SEDIKIT KUPASAN
Berpandukan Syarat Kelayakan yang ditetapkan oleh MQA,  UITM, dan KPJUC di atas adalah jelas bahawa calon hendaklah PALING MINIMA:
  1. LULUS SPM (beerti Lulus BM dan Sejarah)
  2.  MENDAPAT 5 KREDIT (A,B atau C)
  3. LULUS BAHASA MELAYU
  4. LULUS BAHASA INGGERIS
  5. KREDIT MATEMATIK atau MATEMATIK MODEN
  6. KREDIT SAINS atau FIZIK atau KIMIA atau BIOLOGI
Kesimpulannya: Semua calon yang ingin memohon Kursus Kejururawatan WAJIB
  1. KREDIT MATEMATIK atau MATEMATIK TAMBAHAN (1 Kredit) KREDIT BAHASA MELAYU (1 Kredit)
  2. KREDIT ENGLISH (1 Kredit) 
  3. KREDIT  1 SUBJEK LAIN  (1 Kredit) 
  4. LULUS SEJARAH
Berdasarkan analisis di atas, calon yang dapat memenuhi kelayakan itu akan LAYAK MEMOHON dan mempunyai HARAPAN TINGGI untuk mendapat kursus Diploma Kejururawatan samada di Universiti Awam atau Swasta.
Oleh kerana graduan yang LULUS DIPLOMA KEJURURAWATAN perlu berdaftar dengan LEMBAGA Jururawat maka syarat-syarat berkaitan kesihatan dan lain-lainnya dalam Lembaga jururawat hendaklah di patuhi terutama berkaitan dengan penyakit kronik apabila ingin masuk dalam kursus dan kerjaya nanti.
Pengalaman saya dalam menganalisa keputusan permohonan pelajar untuk memasuki Program Diploma Kejururawatan di KPJ Universiti College (anda boleh klik link ini untuk perincian), pertimbangan bagi calon yang KREDIT BAHASA INGGERIS, MATEMATIK atau MATEMATIK TAMBAHAN dan SAINS atau FIZIK atau KIMIA atau BIOLOGI SANGAT MUSTAHAK.
Oleh itu, saya simpulkan bahawa calon SPM samada dalam Aliran Sains atau Sastera atau Perdagangan akan layak dalam Kursus Kejururawatan asalkan mereka memberi PENEKANAN dalam Subjek Matematik, Sains dan English untuk mendapat Kredit yang baik.

Jadi, anda boleh membuat perancangan rapi dalam SPM anda dalam perkara yang dibincangkan ini demi memenuhi cita-cita anda dalam program Diploma Kejururawatan.
Terima kasih.


KLIK BANNER UTK LIHAT SYARAT NURSING KPJUC