Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Wednesday, May 1, 2019

Kenapa Kami Sarankan Anda Terima Tawaran KPJUC?

Kenapa Kami Sarankan Anda Terima Tawaran KPJUC?

1-Yuran Pendaftaran yang rendah iaitu RM 500.00 sahaja

Pembayaran Yuran/ Baki dari Tanggungan secara FLEKSIBEL
CONTOH DIPLOMA IN NURSING YURAN RM 52,850.00
JIKA PTPTN BERI 85% DARI YURAN PENGAJIAN RM 52,850 X 85% = RM 44922.50 PINJAMAN PTPTN RM 52,850 – 44922.50 = RM 7,927.50
TANGGUNG SENDIRI UTK 3 TAHUN/6 SEM SATU SEMESTER
= 7,927.50/6 = RM 1,321.25
BOLEH BAYAR SATU SEMESTER SEKALI GUS SBLM EXAM
BULANAN = RM 1,321.25 / 6 BULAN = RM 220 SEBULAN
Atau perundingan dengan Bahagian Akaun KPJUC

2- Bantuan permohonan PTPTN diselia oleh Pegawai Kolej 


KPJ membantu pemohon untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan
KPJ membantu untuk menguruskan dokumen untuk pengeluaran KWSP, Zakat dan Baitulmal
Peluang mendapat Tajaan separuh atau penuh dari hospital-hospital KPJ

3- Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di sini berpeluang mendapat tajaan (separuh atau penuh) 

pengajian daripada Rangkaian Hospital KPJ yang ada di seluruh Malaysia. Syarat-syaratnya;
Menggunakan keputusan peperiksaan bagi tahun pertama (Semester 1 dan Semester 2)
ii. Memperolehi keputusan GPA 3.0 dan ke atas.
iii. Tiada rekod disiplin sepanjang tempoh tiga (3) tahun pengajian DAN
iv. Keputusan tajaan adalah bergantung penuh kepada pihak Hospital.
Sekiranya berjaya dalam sesi temuduga, pelajar akan terikat dengan kontrak perjanjian dan pekerjaan dengan hospital yang menaja. Syarat-syarat di atas juga sentiasa berubah dari masa ke masa.


4-KPJUC menyediakan Perlindungan Insuran RM 5000.00 kepada pelajar

KPJ Healthcare University College menyediakan insuran kepada pelajar. Premium perlindungan adalah sebanyak
RM5,000 setiap tahun dan tidak melibatkan kes-kes pesakit luar atau kes-kes rawatan susulan. Ia bertujuan
melindungi pelajar bagi kes yang melibatkan kecemasan seperti kemalangan. Insuran ini boleh digunakan di
mana-mana rangkaian hospital swasta dan kerajaan di Malaysia. Hospital KPJ akan diberikan keutamaan

5- PENGINAPAN ASRAMA - adalah PERCUMA

Mahasiswa/i akan diberi penginapan asrama yang terbahagi kepada dua:-
- Penginapan semasa teori
- Penginapan semasa praktikal (sepanjang tempoh pengajian)
PELAJAR SISWAZAH
Bagi penginapan semasa teori, mahasiswa/i Sarjana Muda hanya diberi kemudahan penginapan penuh pada tahun pertama sahaja. Bagi tahun-tahun berikutnya penginapan mahasiswa/i adalah bergantung kepada pencapaian
akademik, penyertaan aktiviti kolej, pencapaian latihan di hospital dan tingkahlaku disiplin. Ini adalah tertakluk kepada kekosongan penginapan dan
perubahan polisi penempatan oleh pihak KPJUC.
PELAJAR DIPLOMA/ FOUNDATION

Bagi pelajar Diploma dan Foundation, penginapan disediakan sepanjang tahun Belajar.

6= PENGINAPAN DI DALAM KAMPUS. - KPJUC Kampus induk menyediakan penginapan Hostel 10 tingkat dalam kampus untuk Siswi dan 3 tingkat dalam kampus untuk Siswa.

HOSTEL SISWI DAN SISWA KAMPUS NILAI - DALAM KAMPUS

7- PRAKTIKAL / AMALI MAKMAL DAN HOSPITAL

Pelatih akan belajar Teori dan Amali serentak di makmal
Pelatih akan menjalani Latihan Amali di Hospital2 KPJ setiap semester.

9- JAMINAN KERJAYA - Lulusan KPJUC yang mencapai tahap kelayakan dan

sahsiah yang terpuji akan ditawarkan bekerja dengan Hospital-hospital Pakar KPJ.

Saturday, October 13, 2018

15 SEBAB PERLU ADA LAMAN WEB - SEBAB KE DUA - PELBAGAI LOKASI


#2- PELBAGAI LOKASI

Dahulu, syarikat yang hebat berniaga akan mempunyai kedai. Bermula dari satu kedai hinggalah beberapa cawangan. 7Eleven, Hardware, Kedai Pakaian, Makanan, Farmasi dan Klinik contohnya.
Mempunyai banyak lokasi kedai itu satu kelebihan. Seorang usahawan yang mempunyai beberapa klinik yang beroperasi di kawasan berbeza menunjukkankan pemiliknya berjaya. Kerana melayani ramai pesakit dari kawasan berlainan, pendapatan mereka berganda. 
Namun begitu, membuka begitu banyak klinik fizikal menelan belanja yang begitu besar. Pengubahsuaian, kakitagan dan peralatan merupakan kos memulakan operasi yang tinggi.
Laman Web, satu sahaja boleh menggantikan semua farmasi itu. Apa sukarnya. Dengan hanya memiliki 1 laman web sahaja, farmasi itu boleh menjual segala produknya secara bundle atau memaklumkan kepada pelanggan. Anda boleh search google Farmasi Online… banyak
Semua pelanggan boleh membuat pesanan dari mana-mana laman web tersebut dan akan dipos kepada mereka.
Nah, mudah kan. hanya satu laman web, kedai anda sudah berada di mana-mana lokasi untuk memberi khidmat kepada jutaan pelanggan anda.
Itulah pentingnya anda memiliki laman web, bukan kerana hendak berlagak atau menunjukkan besarnya bisnes anda, tetapi untuk memberi servis kepada pengguna, bukan dikawasan anda sahaja, malah seluruh negara atau dunia

JIKA TIDAK SANGGUP PUN MEMBUAT PELABURAN YANG KECIL, SAMPAI BILA PUN BISNES ANDA TIDAK AKAN MENJADI BESAR.

POSTING SETERUSNYA NANTI KITA BINCANGKAN SEBAB YANG KE 3 IAITU MENJENAMAKAN BISNES KITA




15 SEBAB PERLU MILIKI LAMAN WEB - SEBAB PERTAMA - BEROPERASI 24 JAM



LAMAN WEB BEROPERASI 24 JAM

Salam Sejahtera, 
Selamat datang dan melayari laman kami. Laman Induk kami ialahKOLEKSIMINDA.COM . Laman pemasaran KPJUC kami adalahKPJMARKETING.COM dan akses permohonan online kami boleh ditemui di semua laman kami atau LINK INI.
Walaupun saya sudah senaraikan 15 sebab kenapa usahawan online perlu ada website tetapi kita bincang satu persatu sehinggalah 15 posting saya berakhir. Posting ini membicarakan tentang  waktu operasi.
#1-WAKTU OPERASI 24 JAM
Semua orang sedia maklum bahawa laman web akan beroperasi sepanjang 24 jam dan 365 hari setahun kecuali jika ianya dilanda masalah server atau hacking.
Selainnya ia akan sentiasa berada di alam manya dan boleh dicapai dari seluruh dunia (bergantung kepada aktiviti SEO anda) dan oleh sesiapa sahaja.
Katakan sewaktu anda sedang tidur nyenyak dibuai mimpi indah menjadi jutawan seperti Irfan Khairy. Semasa anda sedang bermimpi itu, pelanggan maya anda yang anda tidak pernah kenal pun menjumpai laman web anda kerana dia ingin membeli beberapa pasang kain untuk hadiah kepada isterinya.Maka dia pun berpuashati dengan maklumat yang anda berikan dalam laman web anda. lalu dia membuat belian online dan membuat bayaran kepada anda pada malam itu. 
Pengunjung laman anda sudah bertukar menjadi pelanggan dan telah memberikan pendapatan kepada anda sewaktu anda sedang tidur. Bestkan…
Ya, itulah kedai 24 jam anda.
Facebook Page, Instagram, Twitter, Whatapps, Telegram dan Messenger semua saya ada..!!!
Bayang kan , seorang rakan anda yang juga peniaga online tidak mempunyai laman web. Dia mepromosikan produk nya dio media sosial seperti di atas.
Pada malam yang sama, dia sedang nyenyak tidur dan bermimpi menjadi jutawan juga. Pelanggan yang sama yang membeli kain anda tadi telah terlebih dulu menghantar komen, mesenger, whatapps kepadanya kerana ingin membeli segera 3 pasang kain tadi TETAPI KAWAN ANDA TIDAK MENJAWABNYA kerana dia TIDUR. Maka pelanggan tadi telah pun menjadi pemb eli anda kerana laman web anda. 
Sedikit Pengalaman
Saya berfikir tentang perkara ini pada tahun 2008, sembilan tahun yang lepas. Saya baru mula berjinak-jinak untuk berniaga online (secara try and error) kerana tidak pernah ada sifu yang mengajar secara formal. Saya terjumpa seorang hamba Allah dalam internet yang mengiklan untuk menyertainya berbisnes online, tetapi ia menjualnya ‘bahan bercetak’


Berasaskan bahan-bahan itu, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan online tetapi pada waktu itu sangat sukar kerana saya tiada komputer, telefon pun guna Nokia 3310. 
Berkobarlah untuk berniaga, cuba berniaga online, kumpul duit dan belilah sebuah Laptop kecil yang paling murah (jangan risau, ada lagi dan masih boleh digunakan sampai sekarang walaupun ia sangat perlahan)
Oleh kerana (tiada cikgu internet) maka saya hantam sajalah kerana saya ingin menjual CD Powerpoint bahan-bahan ceramah saya dengan harga RM30.00 1 CD ceramah 1 tajuk dalam Powerpoint sedia guna. Saya juallah di http://arenabiz.net (sekarang dah tiada-last 2012) tapi sekarang ada Mudah.mydan juga 1kedai.com . Dapat banyak juga pendapatan.
Kemudian saya membeli wanbizz dari Yahoo (anda boleh searh sejarahnya, ia tidak lama kerana saya menjual ebook online dari CLICKBANK INTERNATIONALyang kurang laris di Malaysia kecuali ebook “How To Make Money With Ebook”.
Saya tutup wanbizz dan dimaklumkan dalam blog saya http://wannotes.blogspot.com/2011/01/penutupan-laman-web-wanbizzcom.html 
pada 17 Januari 2011 kerana ingin membuka KOLEKSIMINDA.COM pada 2011 yang saya guna hingga sekarang. Alhamdulillah, Koleksiminda yang dibina dengan belajar 100%  dari internet bagaimana untuk membina laman web menggunakan C-Panel akhirnmya mencipta pendatan 1 juta pertama pada Disember 2016.
Jadi benarlah kata sifu saya, Irfan Khairy, “Laman Web sangat penting. Kita bukan perlukan laman web yang mahal tetapi laman web yang boleh menjual”
JUMPA LAGI......










Friday, October 12, 2018

TIPS BELAJAR SECARA RINGKAS


Tips Ringkas Untuk Pelajar

1          BAGAIMANA MEMBINA MATLAMAT DIRI
Ini merupakan asas penting untuk anda tetapkan. Tanpa matlamat yang jelas anda tidak akan dapat menentukan apakah tindakan yang perlu dibuat. Tetapkan matlamat anda mengikut pandauan ini.
“SMART”
S              =             SPECIFIC AND SCRIPTED
M            =             MEASURABLE
A             =             ATTAINABLE
R             =             RELEVAN
T              =             TIME BOUND
Setelah anda membina matlamat di atas, barulah anda mempunyai arah tuju  barulah anda mempunyai motivasi untuk mencapai matlamat tersebut. TINDAKAN anda mengambil tempat sekarang untuk mencapai matlamat yang telah anda tetapkan. Tindakan anda lakukan seperti di bawah.

“EXAMINATION”
E                          EARLY PREPARATION
X             =             XTRA RIVISION
A             =             ANALYSE PAST YEAR QUESTION
M            =             MEMORISE
I               =             INTENSIVE EXERCISE
N             =             NEVER SAY ENOUGH
A             =             AIM HIGH MARK
T              =             TIPS FROM OTHER FRIEND/SCHOOL
I               =             INSPECT YOUR MEMORY THROUGH RECALL
O             =             ONLINE TO LATEST TIPS
N             =             NO HEALTH N SOCIAL INTERUPTION ON THE DATE

PIAGAM PELAJAR CEMERLANG
 
PERTAMA: Mempunyai Matlamat Yang JelasUntuk Berjaya.
Anda perlu membuat keputusan tentang :
Sebaik mana keputusan yang aku mahu?.
Sejauh mana aku nak pergi?.
Setinggi mana ingin aku capai?
.Sejauh mana aku sanggup kerja kuat?
 
KEDUA : Kenal dan Kaji kehebatan Diri
Mengkaji kelebihan dan kekurangan diri.Kekurangan Usaha yang dibuat.
Gunakan SWOT ANALISIS….Strength (Kekuatan diri )
– Rajin Ulangkaji, mampu mengingat. Weakness (Kelemahan)
- Kurang Bertanya, kurang nota ringkasOpportunity (Peluang )
- Boleh tingkatkan ingatan. T (Halangan) .. Tiada masa.
 
KETIGA: Bijak Mengurus Masa
Berbual-bual kosong. Melepak wakaf, rumah / bilik rakan, lumba motor, lumba basikal, merokok.
Bergayut di Telefon. Melayari laman Web yang berunsur negatif
Chating dan SMS terlalu lama.
Menonton T.V / C.D yang tidak memberi manfaat Tabiat suka tidur / lengahkan kerja.
‘Window shopping” dihujung minggu Angan-angan kosong
 
KEEMPAT : Abaikan Perkara Tidak Berfaedah
Untuk mendapat 1 perkara yang BESAR, saya mesti mengorbankan 10 perkara yang kecil
 
KELIMA: Belajar Dari Kesilapan Lalu:
Manusia yang telah berjaya sebenarnya telah melalui jatuh dan bangun terlebih dahulu sebelum berada di puncak !!
Anda mempunyai sifat-sifat berikut beerti anda telah menempah kegagalan.
 Ã¼ Matlamat belajar yang tidak jelas
ü Suka menangguhkan kerja, hanya tunggu dan lihat
ü Budaya meniru dengan mengambil jalan mudah
ü Membazirkan masa dengan aktiviti tidak berfaedah
ü Mudah putus asa dan cepat jemu 
ü Tidak belajar kesilapan lalu
ü Malu bertanya perkara yang tidak faham
ü Tidak memberi perhatian pengajaran guru
ü Tidak belajar dari kesilapan lalu
 
KEENAM : MENGAMBIL TINDAKAN SEKARANG
Berpandukan keputusan Ujian/Peperiksaan, anda terus mengambil tindakan mengatasi kelemahan yang ada SEKARANG.
Contoh: SubjekGred dan Markah SepatutnyaSehingga MAC 2011
Contoh:
Subjek
Gred dan Markah
Sepatutnya
Sehingga MAC 2008
Mengenalpasti kelemahanku
Strategi cara mengatasi
Contoh tindakan pelajar
BM
B / 75
A
  • Kurang isi
  • Format jawapan lemah
  • Tulisan buruk
  • Berani tanya guru
  • Cari maklumat
  • Paksa diri baiki tulisan
BI
C / 58
B
  • Penguasaan perbendaharaan lemah
  • Kurang latihan
  • Banyak membaca / merujuk bahan berbentuk cerita ringkas
  • Teknik menjawab soalan
M3
A / 81
A +
  • Tidak faham konsep
  • Kurang latihan
  • Tumpuan lebih
  • Ujian topikal
SN
B / 61
B+
  • Kurang membaca
  • Lemah kemahiran mencatat nota
  • Membaca topik sebelum guru mengajar
  • Amalkan panduan mencatat nota
SJ
C / 55
B
  • Sukar mengingat fakta
  • Membaca nota ringkas
  • Kuasai kemahiran mengingat
  • Buat nota menarik dan minat untuk dibaca
GE
D / 47
C +
  • Cikgu kuat berleter
  • Tidak minat dengan guru
  • Nilai kehebatan dan kekuatan guru itu
  • Pasang niat yang ikhlas
PI




Terima kasih
B / 70
A +
  • Suka berkhayal
  • Tidak dapat memberikan tumpuan
  • Bina motivasi diri
 
  • Bincang secara berkumpulan
  • Muasabah diri

POWERPOINT " MOTIVASI MEMBINA DIRI"




KANDUNGAN POWERPOINT CERAMAH

A) BAGAIMANA MEMBINA DIRI KITA?

A.i) Mengembangkan Kepastian Tujuan
  1. Anggaran Waktu dan Wang
  2. Waspada Dengan Kesempatan
  3. Membuat Keputusan Yang Tepat
  4. Mengembangkan Kerjasama
  5. Keyakinan Yang Tekal
  6. Kesedaran Tentang Kejayaan

B) MEMBINA KELOMPOK PEMIKIR

B.i) Memilih Anggota & Tetapan Tugas
  1. Menetapkan kriteria ahli
  2. Menetapkan Tugas setiap ahli
  3. Menetapkan waktu
  4. Syarat dan Tahap Kematangan
  5. Manetapkan matlamat Kelompok

C) MEMBINA KEPERIBADIAN MENARIK

C.i) Membina Sikap Mental
  1. Sikap Mental Positif
  2. Kelenturan Yang Menarik
  3. Ketulusan
  4. Keupayaan Membuat Keputusan
  5. Toleransi dan Perhatian

D) YAKIN & MENGGUNAKAN KEYAKINAN

D.i) Membina Keyakinan
  1. Bina keyakinan dan gunakan
  2. Mengatasi Ketidakupayaan
  3. mengatasi Perasaan Takut
  4. Tetapkan senarai ingin dicapai
  5. Bergaul dengan orang sama tujuan

E) MENCIPTA INISIATIF PERIBADI

E.i) Fokus kepada Tindakan
  1. Mencipta Tugas
  2. Mencipta Kesempatan
  3. Mencipta Masa Depan
  4. Mencipta Keunggulan

F) MEMBANGUN SIKAP MENTAL POSITIF

F.i) Fokus kepada Tindakan
  1. Menggambarkan Hukuman
  2. Menggambarkan Ganjaran
  3. Hukuman kepada kegagalan
  4. Ganjaran kepada kejayaan

G) BELAJAR DARI KEJAYAAN & KEGAGALAN

G.i) Fokus kepada Tindakan
  1. Garis masa orang berjaya
  2. Garis masa orang gagal
  3. Hukuman kepada kegagalan
  4. Ganjaran kepada kejayaan

H) Rumusan

I) Penutup


KESESUAIAN KANDUNGAN

Sesuai untuk para Motivator Umum.
Sesuai Untuk Kaunselor
Sesuai Untuk Guru


KESESUAIAN UNTUK AUDIEN
Organisasi Awam/Swasta
Sesuai Untuk Siswa/i
Sesuai untuk Pelajar sekolah/ institusi pendidikan

JANGKAMASA SELESAI CERAMAH
2 JAM 30 MINIT
HAKMILIK DAN MODIFIKASI
Diberi sepenuhnya kepada pembeli
Penulis/Pembikin Asal
WAN ZAINAL WAN ZI
HARGA RM 40.00 SAHAJA
SILA PESAN DI LAMAN WEB RASMI KAMI
 SILA PESAN DI LAMAN WEB RASMI KAMI....