Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Monday, January 2, 2017

PILIH LALUAN KITA

Ikuti lamam Rasmi Saya> Motivasi, Pendidikan dan Perniagaan Internet di http://1wan.biz   dan Blog saya di http://1wan.biz/wp  serta Laman Pendidikan di http://koleksiminda.com   


Salam Sejahtera,

Kita bertemu lagi 2 Januari 2017. Apa khabar?. Anda yang sihat, bersyukurlah kerana ramai yang sakit. Anda yang sakit berikhtiarlah kerana setiap sakit ada ubatnya .

Bicara kita hari ini adalah sambungan dari semalam. Tajuk kita hari ini adalah Pilih Laluan Kita. Kita sudah berjaya menetapkan matlamat kita. Langkah pertama sudah kita mulakan. Kita akan bergerak sedikit masa lagi. Impian sudah dicatat. 

Banyak Pilihan

Banyak Pilihan Laluan yang terbentang dihadapan kita bagi mencapai atau bergerak mencapai matlamat kita. Inilah peringkat awal yang kritikal, amat susah dan memerlukan perhatian yang sangat tepat. 

Kita bukan seorang yang 'bodoh sangat' sehingga menjadikan kita gagal untuk memilih laluan kita. Orang bijak juga kadangkala akan terjerumus dalam kegagalan. Inikan pula kita yang kekurangan ilmu. Apa yang membezakan antara kita dan mereka yang berilmu adalah 'mengundur diri atau tidak' dari menempuh cabaran menentukan laluan pilihan kita ini.

"Ramai orang hebat yang ada sekarang adalah mereka yang pernah gagal suatu ketika dahulu".

Bukan sekali, malah berkali-kali gagal. Tetapi kenapa mereka berjaya sekarang?


Saya ambil petikan ini biarpun ia satu kutipan random namun ia memberi maksud yang mendalam.

"Orang yang berjaya sentiasa mengambil tindakan,.... mereka melakukan kesilapan-kesilapan tetapi mereka tidak mengalah"

Jika kita ingin menjadi seperti mereka, maka kita juga perlu memilih 3 perkara ini.

  1. Mengambil tindakan

  2. Mengakui kesilapan

  3. Tidak mengalah

Memilih laluan kita

Kita sudah tahu bahawa kita akan ke puncak. Banyak laluan yang ada. Kita tidak boleh mengikut semua laluan. Hanya satu yang pasti menjadi pilihan samada lalui 1 atau Laluan 2. Mana satu laluan yang ingin dipilih.



Sebelum kita memilih laluan, prasyarat untuk sampai ke sesuatu tempat adalah memastikan laluan itu.

"Jika anda ingin sampai ke Puncak Kinabalu, anda perlu memilih satu laluan yang membolehkan dan memudahkan anda untuk sampai ke Puncak Kinabalu"

Bagaimana laluan, baik, buruk, susah, senang, merbahaya atau tidak, risiko perjalanan, tempat berehat menjadi pertimbangan. Namun, kerana kita tidak tahu maka menjadi pilihan mutlak untuk kita mengetahuinya sebelum memilihnya.


Dalam menentukan pilihan ini biasanya kita akan segera didedahkan dengan dua cara iaitu Pilihan Tidak Sengaja dan Pilihan Dirancang.

Pelik?..!!!!

Memang pelik kerana saya berpikir begitu sedangkan anda berpikir begini. Kita berfikir secara tidak sama. Mungkin anda berfikir kritis tetapi saya berfikir kreatif. Pertembungan ini sangat baik untuk membolehkan kita mencari titik pertemuan.

Pilihan Tidak Sengaja 

Ini lahir dari ilham yang tidak sengaja. Seperti selalu orang kata, hendak berjaya dalam SPM mudah sahaja, baca buku lah..!!!. Kalau baca buku memang boleh berjaya.

Ada juga orang akan berkata, motivasi mesti bagus untuk berjaya. Mesti kuat dan mesti lakukan yang terbaik. InsyaAllah berjaya.

Jika anda mengulangkaji dan faham dengan betul, menggunakan jadual yang betul, anda akan berjaya nanti. 

Cuba lihat, orang yang berjaya itu adalah orang yang berusaha sebelum nya lagi.

Ini adalah ilham umum semua manusia, ilham yang dipelajari dari kebiasaan yang telah lama wujud.


Kadangkala dengan tidak sengaja kita mengikut cara orang lain biarpun cara itu diberl berpuluh-puluh kali oleh pakar motivasi. Di ulang hingga ia menjadi 'kebiasaan'. Maka kita menjadi orang yang akhirnya 'turut' dengan cara itu untuk mencapai kejayaan. 

Idea-idea atau pilihan yang tidak sengaja ini boleh mencapai kejayaan, bukan dinafikan. Contohnya Graham Bell pada tahun 1875 berjaya mencipta telefon pertama apabila ilham tidak sengaja ini datang sewaktu dia sedang mencipta alat pendengaran untuk orang pekak. Berjaya. Tetapi telefon sekarang lebih berjaya kerana dirancang. Lihatlah telefon anda itu.

Oleh itu jika kita mengikuti jalan Pilihan Tidak Sengaja maka kita boleh berjaya tetapi tidaklah seperti mereka yang memilihi laluan Pilihan Dirancang.

Pilihan Dirancang

Seperti yang anda lihat dalam gambarajah, Pilihan dirancang adah "terus, tepat, teratur dan terpimpin". Apa yang dimaksudkan dengan terus ialah laluan yang dipilih itu telah terbukti dan dibuktikan boleh menjadikan anda terus mencapai matlamat anda. Tepat merujuk kepada pengesahan orang yang terdahulu bahawa dia telah berjaya mencapai kejayaan dengan cara itu. Contohnya Irfan Khairi mengesahkan dia berjaya menjadi Jutawan Internet Termuda di Malaysia dengan cara yang dia gunakan setelah gagal banyak kali dengan cara lain.

Teratur bermakna pilihan laluan itu sudah tersusun tindakan satu persatu mengikut urutannya, tidak lintang pukang dahulu dan kemudian. Tertib.

Terpimpin beerti ia mempunyai garispanduan yang ditetapkan yang membolehkan sesiapa sahaja sama ada dia seorang 'pemimpin' (Leader) atau 'Pengikut' (Follower) melalui laluan itu secara berdisiplin, memenuhi syarat dan mengikut peraturan sehingga ia mencapai puncaknya. Ini adalah Pilihan Dirancang. Bermaksud, untuk membolehkan kita memilih Pilihan Dirancang, kita mestilah mendapatkan ilmu dari PAKAR, yakni orang yang berilmu dalam memilih laluan kejayaan. Sumber idea inovatif dan progresif ini perlu DITUNTUT, DIPELAJARI DAN DIGUNAKAN supaya kita tidak sentiasa menganggap bahawa kita sentiasa betul sebelum mendapatkan pengesahan bahawa kita betul dari mereka yang sudah berjaya.

Tuntutlah ilmu dari pakar untuk membolehkan kita memilih 'Pilihan Dirancang' itu kerana pilihan ini akan memberikan kita peluang seperti gambarajah ini.


Mari kita ringkaskan catatan kita hari ini dalam membuat Pilihan Laluan kita untuk mencapai matlamat kita.

Inilah pilihan terakhir yang perlu kita lakukan demi memastikan matlamat kita tercapai. Ia perlu dirancang, bukan dibiarkan terjadi seperti 'lumrah kehidupan'. 

Jika kita ingin menjadi seorang Jururawat Bertauliah yang hebat, kita perlu menetapkan terus seawal usia 15 tahun untuk berada dalam bidang Sains Tulen pada usia 16 tahun, bukannya pada usia 17 tahun baru bercadang untuk menjadi Jururawat.

Pada masa yang sama, kita semestinya sudah mencari maklumat yang TEPAT mengenai keperluan pendidikan dan kerjaya Jururawat dari orang yang benar-benar berada dalam bidangnya, iaitu Jururawat Bertauliah.

Untuk menjadikan laluan pilihan kita teratur untuk menjadi Jururawat Bertauliah, inilah masalanya kita mendalamai kandungan perkara yang perlu dipelajari dan akan diajarkan kepada kita bagi keseluruhan pembelajaran itu bagi menjelaskan kepada 'pemikiran kita' tentang apa yang sebenarnya akan dilalui 'secara benar' semasa kita menghadiri kursusnya. 

Jarang-jarang orang meneliti Garis Panduan dan Peluang Kerjaya ini kerana anggapan bahawa ia terlalu awal. Berbuih mulut para Kaunselor menceritakan dalam ceramah yang berulang kali tentang kerjaya itu dan ini tetapi akhirnya apabila keputusan SPM diumumkan, terkial-kial pelajar memilih kursus kerana tidak tahu garispanduannya. Ini dimaksudkan terpimpin, yakni garispanduan yang tetap dan terkini.

Inilah juga yang terjadi kepada sebahagian besar dari kita, agaknya termasuk saya juga... Kita ingin menjadi orang yang berjaya dalam Perniagaan Internet seperti Irfan Khairi tetapi mengetuk huruf di papan kekunci seperti patuk ayam, istilah blog dan web gagap disebutkan, inikan pula teknik pemasaran dan pengiklanan maya. Semua yang berkait dengan internet menjadi benda asing dan sangat menakutkan, 19 kali bertanya tetapi gagal disiapkan, blog dan web perlu dikesampingkan, pelbagai alasan akan dikumpulkan untuk menyatakan bahawa ia sangat susah dilakukan.

Bolehkah menjadi peniaga maya yang mampu menghadapi saingan jika sekadar di Facebook sahaja menjadi ruangan pemasaran.

Semua ini kerana pilihan laluan tidak sengaja yang menjadi pilihan.

Untuk menjadikan kita berada dalam laluan yang tepat, Laluan Dirancang, sifu perlu di cari mulai saat ini.



Kita Jumpa lagi
Wan Zainal Wan Zi



Sunday, January 1, 2017

Kemana Kita?

Ikuti lamam Rasmi Saya; Motivasi, Pendidikan dan Perniagaan Internet di http://1wan.biz  dan Blog saya di http://1wan.biz/wp serta Laman Pendidikan di http://koleksiminda.com  



Salam Sejahtera,
Bersua kembali kita hari ini, 1 Januari 2017. Apa khabar?. 


Moga pembaca ini sihat sejahtera. 

Soalan biasa yang ditanya dan dijawab setiap kali awal tahun adalah 'Apa azam baru kamu?'. Soalannya lumrah dan jawapan juga lumrah. Tidak menghairankan jika ada yang berkata 'saya tetap sambung azam lama'. Azam lama belum lagi tercapai, inikan pula ingin membina azam baru. 

Apapun yang dijawab, ia akan tetap menuju ke satu arah iaitu Matlamat Kita. Seringkali orang bertanya kepada kita atau kita bertanya pada orang lain. Jarang sekali kita bertanya pada diri sendiri. "Kemana Kita?" Atau lebih tepat "Kemana Saya?" pada tahun 2017 ini. 

Saya sudah menjawab kepada soalan itu. 

Saya katakan kepada diri saya bahawa saya ingin MENGGAPAI IMPIAN. Jika saya ingin menggapai impian, maka apakah impian saya itu?. 

Di sini lagi sudah bermula kontroversi. Impian bermula dari katadasar nya mimpi. Ia sangat jauh dari cita-cita. Impian adalah sesuatu yang ingin kita raih, kita dapatkan, atau kita capai sedangkan cita-cita adalah sesuatu yang ingin kita capai disertai perencanaan dan tindakan kita untuk mencapainya. 

Jadi impian saya itu adalah matlamat yang lemah??. Tidak mengapa. Jangan disusahkan pemikiran dari persoalan bahasa. 

Saya sudah menetapkan matlamat saya MENGGAPAI IMPIAN kerana saya sedang berusaha ke arah itu. Saya meletakkan matlamat 365 penulisan di sini untuk tahun 2017...!!!!. 

Ahh.. ini gila. Mana mungkin di capai..!!!. Ini persoalan dan pertikaian, termasuk anda yang sedang membaca ini. Cita-cita saya adalah mendapatkan RM 2,000,000.00 pendapatan perniagaan internet dan konsultasi pada tahun 2017. 


Maka saya sedang melakar laluan untuk menggapai impian itu. Ini beerti saya sedang menggunakan segala anggota fizikal dan mental untuk mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan itu. Impian atau cita-cita ia tidak menjadi persoalan. 

Perkara yang sangat penting adalah Bagaimana Kita Berfikir Untuk Menggapai Impian itu. MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA Semua orang pandai menjawab apabila ditanya "ke mana matlamat anda?". Semua orang akan berminat, berkeinginan, berharap untuk sampai ke puncak kejayaannya. Seorang pendaki gunung, matlamat akhirnya adalah tiba di puncak. 


Matlamat terakhir seorang pemancing adalah mendapatkan ikan. Matlamat akhir seorang penjual adalah mendapat keuntungan, matlamat terakhir seorang pelajar adalah mendapat kejayaan. Apapun yang anda fikirkan sekarang ia tetap terarah kepada mencapai kejayaan. Apabila kita melihat foto di atas, dengan sendirinya kita tahu bahawa petunjuk itu menunjukkan laluan ke arah puncak kejayaan. 

1.Berfikir Ke Mana Mahu Pergi 

Oleh itu, sekarang, masa ini kita telah memulakan langkah PERTAMA menggapai impian iaitu berfikir ke arah mana kita akan pergi. 

Untuk sampai ke puncak sudah pasti ada banyak jalan dan laluan yang menjadi pilihan. Lain orang lain pilihan jalannya, lain juga caranya. 

Mungkin anda tidak berfikir seperti saya. Mungkin anda berfikir lebih baik dari saya. Mungkin anda lebih bijak dari saya. Apapun yang anda fikir, anda sedang bersama saya sekarang 'menentukan ke mana kita mahu pergi tahun 2017 ini'. 

Ohhh... mahu pergi ke Puncak?. Puncak kita adalah berbeza. Saya katakan saya mahu 365 artikel dan RM2 juta. Itu puncaknya. Anda??? Anda tetapkanlah puncak yang anda ingin capai. Anda ingin miliki BMW?. Ingin Syarikat yang berjaya?. Ingin cemerlang SPM dengan 10A+. Ingin menjana pendapatan 8 angka?. Terpulanglah. Fikir sekarang?. 

Fikir. Sudah Fikir??? 

Kenapa?. 

Keliru?. 

Banyak sangat matlamat?. 

Semua anda mahu?. 

2. Fikir Satu Pada Satu Masa 

Berikan tumpuan pada satu perkara pokok pada satu masa. Pusatkan fikiran pada apa yang mahu kita tetapkan. Saya katakan tadi bahawa kita fikir tentang matlamat akhir kita ke puncak. Itu impian yang mahu kita capai. Jadi fikirlah puncak itu. Anda mungkin sedang memikirkan cara, masalah, halangan dan beribu perkara lagi untuk sampai ke puncak itu. Jangan. Jangan. Ini kerana kita diberikan 365 hari setahun. 


Hari ini hari pertama. Kita tetapkan matlamat ke puncak mana ingin kita capai pada 31 Disember 2017. Hari ke 2, 2 Januari 2017 baru kita mulakan perkara yang seterusnya untuk menuju ke arah itu. 

 Opppsss....!!! sebelum itu... 

3. Catatkan Matlamat 

Anda Ada kajian mengatakan otak kita tidak mampu berfikir 2 perkara dalam satu masa. Jika mampu pun ia akan menjadikan kita hilang fokus. Apabila hilang fokus, kita akan bercelaru. Apabila bercelaru, kita akan berhenti dari berfikir tentang matlamat kita. 


Jadi, mari kita catatkan apa yang kita baca dan apa yang kita fikir kerana inilah yang akan kita buat lagi 364 hari. Pastikan kita telah mencatat matlamat yang difokuskan kerana kita telah memulakan langkah pertama iaitu berfikir ke mana mahu pergi dan akhirnya kita mencatat matlamat kita tahun 2017. Jumpa lagi.

 Wan Zainal Wan Zi, Motivasi, Pendidikan dan Perniagaan Internet

Sunday, November 27, 2016

Kedai Fizikal Gah, Kedai Online Buat Duit


Salam sejahtera, 

Kali ini saya cuba kongsikan perbandingan dan baik buruk kedua-dua jenis kedai, Kedai Online dan Kedai Fizikal.

Tajuknya sedikit kontroversi. Kedai fizikal ini nampak dilihat, wujud pada mata kasar dan selama ini telah menjadi hub perniaggan berlokasi yang sangat menguntungkan. Lihat sahaja bangunan yang tersergam, kedai yang cantik dan hiasan yang menarik. Pusat membeli belah dan gedung, malah di KLIA sendiri kedai fizikal ini mengambil tempat sebagai hub perniagaan yang hebat.

Kekurangan yang paling nyata sekali bagi kedai fizikal adalah harga yang perlu dibayar untuk menyediakan dan siapkan premis, seperti kos sewa/ beli, renovate kedai, memohon lesen, pekerja, utiliti dan sebagainya mencecah puluhan ribu ringgit.

Sebaliknya kedai online boleh dibina melalui laman web dengan kos 2 - 3 ribu sahaja termasuk domain. Anda boleh membuka cawangan seberapa banyak yang boleh dengan kos yang lebin rendah.

Apa yang lebih penting adalah pasaran. Pasaran bagi kedai online tidak terhad, bukan sahaja di sekitar anda malah seluruh negara dan dunia. Pasaran inilah yang menetukan samada bisnes anda berjaya atau tidak.

Contoh kedai online bagi produk elektronik seperti telefon dan sebagainya yang dijual oleh http://kedaigajet.com  dan http://powerbankarena.com . Kedua-dua kedai ini menjual hasil inovasi ciptaanya dan seluruh negara. Ia tidak memelukan kedai fizikal kerana stok barangannya memadai di rumah sahaja dan penghantaran dibuar melalui pos laju.

Ada juga kedai online seperti http://koleksiminda.com/firmax3/  yang tidak langsung memerlukan Shopping Cart . Ia memadai borang untuk membuat pesanan atau pesanan boleh dilakukan melalui email, mesej atau whatapps sahaja. Ini memberi kelebihan dari segi komunikasi dengan pelanggan yang jauh.


Dahulu, kita perlu melakukan seminar, pameran, funfare, talk, majlis penerangan aau apa pun majlis penerangan yang sama matlamatnya, mengumpul bakal pelanggan untuk diberitahu tentang produk dan perkhidmatan kita. sekarang ia mungkin tidak perlu lagi. Sistem bulk sms, email marketing, video marketing telah mengambil alih peranan ini. Ia lebih mudah. Dalam beberapa saat sahaja puluhan ribu pelanggan mendapat maklumat dari kita,

Dari sinilah kedai online membuat duit.



Kenapa boleh buat duit?

Paling mudah kita fikirkan. Orang sekarang sudah ramai yang tiada masa untuk membuat window shopping atau mencari barangan yang dikehendaki di sana sini. Berlegar-legar mencari barangan dari satu tempat ke satu tempat untuk membandingkan harga. Perkara yang paling mudah adalah mengetuk papan kekunci komputer seperti anda sedang lakukan. 

Keduanya, generasi sekarang paling hampir dengan kedai online. Telefon sentiasa berada ditangan. Mereka adalah generasi celik internet dan mereka lah yang akan mendominasi internet. Pembeli yang sedia ada pada setiap masa. Yang sangat pentinga adalah, mereka ini sudah mempercayai kedai online. Maka kedai online pasti membuat duit.

Saya hanya membina laman informasi yang mudah dan ringkas mengenai produk yang sudah 3 tahun berada di pasaran Malaysia, Indonesi, Thailand, Vietnam, Brunei, Kemboja. Laman yang ringkas dan yang pentingnya produk yang berkesan telah mendapat pesanan yang begitu hebat. Contohnya produk Firmax3, meletup di Indonesia, tersebar di Malaysia dan telah melahirkan 11 jutawan.

Terkenal dengan 'gosok gosok, tegang

Baru-baru ini sempat saya berbual sambil minum teh dengan En Nazri, salah seorang pemilik perniagaan RF3Word yang menunjukkan bagaimana dia membuka lebih 20 service centre di Malaysia dan 36 Service Center di Indonesia bagi "entertain peniaga online" yang memasarkan produknya. Ini bermaksud kilang atau pengeluar memerlukan kedai fizikal tetapi pemasar hanya memerlukan kedai online sahaja bagi 'membuat duit'. 


Kita bicarakan dalam posting selepas ini tentang peluang perniagaan ini untuk kita BUAT DUIT namun anda boleh lihat-lihat dengan klik link buat duit tu.

Jadi, di era moden ini, kedai online lebih mudah, murah dan berkesan untuk membuat duit. jom Join Saya untuk buat Duit Online.

APA PANDANGAN ANDA PULA??



Terima kasih

Wednesday, August 24, 2016

KENAPA BIARKAN SLIP SPM 3 KREDIT ANDA DALAM FAIL????

Salam Sejahtera,

Terpanggil saya untuk menulis tentang perkara ini kerana ramai di kalangan pelajar Lepasan SPM yang mendapat keputusan kurang cemerlang tetapi lulus SPM hanya meneruskan kehidupan harian sebagai pekerja muda.

Tidak dinafikan bahawa ada sebahagian darinya 'terpaksa' kerana hasrat untuk membantu keluarga sudah bermula seawal mereka meninggalkan bangku sekolah. Hasrat ini memang murni. Diredhai Allah.

Jika difikirkan untuk jangka pendek, ia memang wajar. Jika difikirkan untuk jangka panjang, pilihan ini agak kurang tepat.

Kenapa?.



Jika para lepasan SPM hanya meneruskan ikhtiar mereka sebagai pekerja muda dengan pendapatan RM 800 - 1000 sebulan, mereka memanglah berpendapatan tetapi peluang untuk meningkatkan kerjaya semakin lama menjadi semakin terhad. Bilangan lepasan sekolah semakin hari bertambah. Persaingan semakin kritikal.

Dengan SPM, mereka 'terhalang' untuk mengembangkan kerjaya kerana peluang kenaikan pangkat jika ada kekosongan tidak terbuka untuk mereka berbanding mereka yang memiliki Diploma (walaupun peluang pekerjaan agak kritikal sekarang). Sektor Awam akan menempatkan mereka sebagai kelompok atau kumpulan perkeranian atau sokongan. Begitu juga dalam sektor swasta. Jika mereke mempunyai pengalaman selama 5 tahun sekali pun, apabila wujud peluang kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi, majikan akan memilih pemilik Diploma untuk ditempatkan dalam jawatan yang kosong dan lebih kanan. Pada waktu inilah, lepasan SPM tersebut akan mula rasa terpinggir. Kenapa aku tidak menyambung pelajaran peringkat Diploma sedangkan kelayakan 3 Kredit SPM masih berpeluang untuk memiliki Diploma??

Di mana boleh menyambung pelajaran???

Mungkin kerana kekurangan maklumat atau tidak berusaha mencari maklumat menjadikan pilihan bekerja selepas SPM itu sebagai pilihan tepat. Mara, Belia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran menyediakan begitu banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma. Kolej Profesional MARA misalnya menyediakan program peringkat Diploma kemasukan dengan 3 Kredit. JPK pula melalui Pusat bertauliah menyediakan kursus kemahiran peringkat Diploma. Kementerian Belia dan Sukan menyenaraikan IKBN dan IKTBN sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran.

Kolej Swasta atau Kerajaan?

Di atas telah disebutkan antara agensi kerajaan yang menyediakan peluang tersebut. Itu tidak disebutkan lagi Agensi Kerajaan Negeri dan swasta.

Kolej-kolej swasta yang diberi tauliah dan 'valid' untuk melanjutkan pelajaran tersedia. Persoalan pinjaman, mahal dan murah dan kos belajar tidak timbul kerana PTPTN tetap memberi pinjaman walaupun tidak 100 peratus. Mahal?. Tidak juga.

Oleh itu pilihan yang bijak mesti dibuat demi masa hadapan anda. Agensi kerajaan negeri atau pun Anak syarikat kerajaan negeri dan juga GLC menyediakan peluang ini dengan kemudahan yang lengkap termasuk tempat penginapan. Inilah yang dikatakan peluang.

Pelajar-pelajar yang mengikuti subjek atau bidang kemahiran seperti MPV Katering dan Penyajian (sekarang PVMA) telah terbuka peluang untuk mereka. Contohnya Johor Corporation melalui KPJ Healthcare University College bukan sahaja telah membuka peluang kepada calon berkelulusan baik untuk mengikuti kursus Sains Kesihatan di KPJ Nilai, Penang dan Johor Bharu tetapi telah berusaha meluaskan peluang kepada Lepasan SPM yang mendapat 3 Kredit melalui KFCH International College yang beroperasi di bangunan serba lengkap di Bandar Dato' Onn Johor Bharu. Kursus-kursus yang hanya memerlukan kelayakan 3 kredit seperti Diploma Seni KulinariDiploma Pengurusan PerhotelanDiploma Pengurusan Restoran dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.








Sunday, March 22, 2015

PATUTLAH DI PULAU .... KANTOI

KEBIASAANNYA orang menjadikan amalan menipu tidak akan selamat dan akan terbongkar jua akhirnya. Lembut mana pun lidah berbicara, halus mana pun bahasa,cantik mana pun wajah, jika menipu kiri kanan, akhirnmya ia adakan dikenali juga sebagai PENIPU. Apabila ramai orang sudah tertipu, maka segalanya akan terbongkar dan dilabelkan orang seperti ini...

Siapapun sahabatnya, ramai mana pun rakannya,besar mana pun pengaruhnya, kuar mana pun t
ingkahnya, semua orang sekeliling akan menjadikan rakanbenci, orang benci dan orang akan berkata,,,,,,,
 Maka, satu persatu akan memberilabel ini dan menyampaikan dari mulut ke mulut, tulisan ke tulisan sepanjang masa seperti ini


Dan akhirnya semua penipuan itu akan terbongkar jugaapabila penipuan itu sudah ternyata didepan mata. Usah ego dan mempertahankannya... ia telah terbukti. telah dibuktikan...maka akibatnya...diri sendiri akan merana

Apabila seseorang sering berjaya dalam proses menipu dan menjadi amalannya pada lawan dan kawan, maka ia menjadi tabiat. Tabiat ini bukan sahaja menghancurkan orang lain, tetapi MENGHANCURKAN DIRI SENDIRI.

TANGGUNGLAH SENDIRI
DUDUKLAH SENDIRI
RASA LAH SENDIRI

ITU PADAHNYA JIKA HIDUP SELALU MENIPU DAN
SEBENARNYA ANDA AMAT LEMAH...


DAN AKHIRNYA ANDA MENJADI


SIAPA ITU?????





Wednesday, September 24, 2014

PEMBERITAHUAN PENTING

SALAM SEJAHTERA PENGUNJUNG

INI ADALAH MAKLUMAT PENTING
LAMAN WEB KAMI SEDANG DINAIKTARAF. OLEH ITU CAPAIAN PERMOHONAN ONLINE

PERMOHONAN KE KOLEJ-KOLEJ TAHUN 2015

KPJ UNIVERSITY COLLEGE  -   KLIK DI SINI



ADMAL AVIATION COLLEGE  KLIK DI SINI

KLMU COLLEGE - KLIK DI SINI

SIME DARBY COLLEGE - KLIK DI SINI

TERIMA KASIH.