Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Tuesday, November 22, 2011

Di Mana Peluang Anda Menyambung Pendidikan Jika gagal ke Universiti Awam?


Salam Sejahtera,
agak lama saya tidak menulis di blog ini. Anda mungkin tertanya-tanya, atau tidak peduli pun samada saya menulis atau tidak. Sebenarnya saya seang menumpukan kepada pembinaan laman Web kumpulan. Laman web Kumpulan koleksiminda.com. Kumpulan laman kami telah dilancarkan dan aktif khususnya bagi membantu para pelajar mendapatkan maklumat peluang belajar selepas SPM.

Saya yakin bahawa hanya lebih kurang 20% sahaja pelajar lepasan SPM setiap tahun yang berjaya ke Universiti Awam. Selebihnya ke mana?. Adakah anda terperap di rumah, bekerja di kilang, kedai, supermarket atau berhenti belajar begitu sahaja.

Sebenarnya tiada siapa pun yang memaksa anda terus belajar. Ia pilihan anda. Pun begitu, pandangan saya, jika anda berhenti sekadar memiliki SPM maka anda sebenarnya gagal mengambil peluang yang terbuka luas yang diwujudkan oleh kerajaan.

Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sentiasa terbuka, cuma menanti anda sahaja.

Kelulusan??.

Ohh..ini masalahnya ya...

Rasanya tidak mengapa. Anda mendapat 3 kredit dalam SPM???. Jika ada, cuba anda layari Laman ini. Ini adalah laman yang telah diberikan mandat oleh Kolej ini untuk menyebarluaskan peluang kepada anda. Selamat melayari.....

No comments: