Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Tuesday, January 10, 2017

Pilihan Dirancang – Teratur

Ikuti Laman Rasmi Saya> Motivasi, Pendidikan dan Perniagaan Internet di http://1wan.biz   dan Blog saya di http://1wan.biz/wp  serta Laman Pendidikan di http://koleksiminda.com   

Kita cuba kupas sedikit satu lagi persedian kita untuk sampai ke Puncak. Pilihan yang dirancang seterusnya ada tindakan yang TERATUR. ini bermaksud kita mencari, dan memiliki maklumat yang tepat dan melakukannya secara tersusun, mengikut urutan keperluan yang ditetaplkan.



Mendapat maklumat dari ramai orang, guru, kenalan, penceramah, motivator itu perlu tetapi yang lebih perlu adalah:-

1- Mendapatkan maklumat Bertulis yang TERATUR. 

Seseorang yang sedang merancang untuk layak masuk Universiti selepas SPM perlu mengetahui:-

a) Bidang yang ingin diceburi
b) Universiti mana yang menawarkan kursus bidang itu?
c) Di manakah universitinya?
d) Apakah  syarat-syaratnya?
e) Bagaimana cara memohonnya?
f) Bilakah tarikh kemasukan?
g) Apakah pilihan lain yang hampir sama?
h) apakah Prospek kerjaya bidang itu?
i) Berapakah kosnya?
Contohnya:
Mendapatkan maklumat tentang syarat-syarat dan kelayakan masuk ke kursus tersebut di universiti seperti yang diwarwarkan oleh Unit Pusat Universiti. Ia bukan sekadar catatan untuk dimaklumkan kepada pelajar malah untuk memberi panduan PERSEDIAAN kepada pelajar untuk membuat perancangan semasa ia sedang belajar. Jika tiada panduan itu, pelajar tidak dapat menentukan sasaran subjek apa yang mahu di utamakan untuk melayakkan dia mendapat kursus yang dikehendaki.
ianya samalah dengan jika anda ingin menjadi pakar dalam perniagaan internet. Semaklah syarat dan pra syarat yang diperlukan seperti yang digariskan oleh Sifu Irfan Khairi dalam blog dan penulisannya.
Perinciannya tentu dalam kursus yang dianjurkannya Perniagaan Internet dan strategi Media Sosialnya. Silibusnya yang tepat itu akan menjurus kepada pencapaian matlamat kita.
Ada ilmu itu perlu diamalkan.
Terima Kasih
Wan Zainal

p/s: 


No comments: