Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Wednesday, March 5, 2014

BERUBAHLAH (2)

Berjumpa lagi......

Dalam dunia, mana-mana negara, dalam Malaysia memaok dan sebagainya. Ramai orang susah. Ramai yang senang dan kaya, jutawan lagi. Ramai yang sederhana dan ramai yang susah juga. 'Bersamamu' memanglah baikuntuk mendedahkan kepincangan sosial dalamkehidupan. Susah,melarat dan merempat. Mereka itu Melayu. Apanak buat, mereka memang susah, dah takdir. Tiada tapak rumah, tiada tempat tinggal, rumah robek, hampir roboh. Mereka tinggal dibawah jejambat,tepi sungai, dalam terowong, dalam gobok dan sebagainya.

Apanak kata?.

Yang tinggal dalam pondok usang robek tepi atau  hujung kampung. Di sekeliling rumah begitu luas, ada pokok yang subur tetapi takada sepokok pokok cili, lengkuas, pucukmanis,sawi, bendi, serai pun yang ditanam oleh penghuninya bagi mengurangkan kos membeli nya di pasar. Tak ada pun nampak reban ayam, kandang kambing atau itik sedangkan AIM kata mereka diberi bantuan pinjaman untuk menjana ekonomi. Mereka tak minta atau taknakminta atau tak nak buat?.

Rumah robek sana sini,tiris merata-rata. Bukan saya menghina. Saya juga 40 tahun yang lalu tinggal di pondok tiang kayu hutan, lantai dan dinding dari buluh, atas bertam. Rumah 4 segi berukuran 10 x 10 kaki boleh dihuni 4 sekeluarga. Dapur kayu,makan nasi kosong lauk ikan kering. Kekadang nasi campur pisang sagat dan kelapa parut. Cukup miskin. Tetapi dibelakang rumah tanam selom,kangkung, bayam jadi sayur. Telaga sawah bela ikan keli dan haruan buat lauk. Menoreh dan bersawah.

Handal ayah saya MENGUBAH NASIB KELUARGA.  Menoreh pawah 6:4 (4 bahagian penoreh) memang menyeksakan. 10 keping getah sehariboleh menyara 5 beradik bersekolah sampai berjaya. Rumah taktiris sebab boleh ganti atap bertamdan rumbia, dinding taklopong kerana boleh ganti dengan buluh. Kenapa rumah orang sekarang yang kata susah itu tidak boleh ikhtiar demikian?

Kata pakcik Mamak, orang Melayu ada banyak tanah. Merata-rata. Dari pekan kecil ke kampung di hulu sungai. Tanah orang Melayu ni banyak juga yang dipajak oleh orang Cina, atau orang Indon. Melayu memang pandai makan pajak, hebat. Cepat dapat duit dan mudah berbelanja,katanya.

Orang Melayu pajak tanah RM 300 sebulan. Wah hebat...hebat. Macam banyak sangat dah. Seekar RM 300. Pemajak  pajak setahun atau 2 tahun. Buat projek tanaman yang hasilnya RM 60,000 sebulan. Apaada dengan RM 300.00?. Sebab orang Melayu tak  menyahut slogan "Pertanian Itu Perniagaan".

Berkisar pada pokok cerita kita tadi, kenapa Pendatang Indonesia Kaya dan orang Melayu Miskin, akan berjelalah komen tuan-tuan hentam saya. Tak apa. Orang Melayu memang suka hentam  menghentam...
Orang asing rajin,bekerja bersungguh-sungguh, 'gamble' sebab merantau, orang Melayu merasa selesa, malas, tunggu disuap sampai kemulut macam BRIM. Itu yang orang melayu suka. Orangmelayu suka jadi Tuan walaupun kuli akhirnya boleh beli semua hartanya.

Orang Melayu ada kail, tapi taktau memancing, orang Melayu ada pancing tapitaktau cari umpan, orang Melayu tau dimana ada banyak ikan, tapi tak akan mengail sendiri malah membiarkan orang lain mengail dilubuknya. Akhirnya orang Melayu terus berangan menjadi kaya walaupun orang luar telah mengaut segalanya. Mereka berjaya membina banglo, bermewah dinegara asalnya hasil duit di negara Melayu kerana??????

Tanyalah diri sendiri kerana apa?

Wassalam

No comments: