Make Sure You Click And Join Nuffnang To Get More Traffic To Your Blog...!!!

Wednesday, March 14, 2012

Pendidikan Selepas SPM

Salam Sejahtera semua,
Lama juga saya tidak menulis di sini. Secara ringkas entri ini menyentuh tentang peluang pendidikan lanjutan khususnya bagi pelajar lepasan SPM yang akan menerima keputusan masing-masing tidak lama lagi. Mungkin 22 Mac 2012.

Ada yang berdebar, ada yang yakin sepenuhnya. apapun perasaan mereka, keputusan tetap tidak berubah.

setiap tahun ramai yang melonjak gembira kerana mendapat berbelas A dan berpuluh Ane. Syabbas dan tahniah. Cerdik pandai ini tentunya akan menempah peluang ke universiti awam. Menjadi mahasiswa dan mahasiswi.

Bagi yang mendapat kuputusan sederhana, tentunya permohonan pertama kurang meyakinkan. perlu pula menunggu peluang kedua. Persaingan memang hebat. Meritokarsi menetukan peluang mereka.

Sebahagian besar yang berada dalam dilemma adalah mereka yang berada dalam kumpulan sederhana bawah, yakni yang mendapat 3 kreit, 4 kredit dan 5 kredit. Kemana haluan mereka ini. sebahagian besar pegawai, sebahagian besar ibu bapa akan melayan mereka yang mendapat keputusan cemerlang. Yang tidak cemerlang? bagaimmana? siapa nak layan.

Apakah mereka ini yang hampir 80% dari jumlah pelajar setiap tahun mahu di suruh pergi kerja. Kerja kilang ke, atau lain-lain lah. atau biarkan saja mereka berada dirumah.

Malang sekali jika ibu bapa atau pelajar sendiri yang berfikiran demikian. Kata orang, ilmu itu matahari masa depan. setakat ada SPM, apa yang boleh dibuat.

Maka, mereka ini juga perlu menyambung pelajaran, sekurang-kurangnya Diploma. apa nak buat, kalau 3 4 kredit mana ada ipta nak terima.

Diingatkan bahawa peluang yang dibuka oleh kerajaan melalui institusi pendidikan swasta amat luas. Ditambah lagi dengan Pusat Kemahiran yang boleh memberikan peluang pelajar memiliki Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia.

Apa salahnya, tiada apa yang merugikan, belajar tetap belajar. Kos?. Ohh..kalu masuk ipta hutang juga, masuk ipts pun hutang juga. Sama.

Jadi belajarlah, kerana banyak kolej yang menawarkan untuk kemasukan dengan 3 kredit sahaja. Peluang itu jangan dilepaskan. contonya KOLEJ ISLAM Antarabangsa (Anak Syarikat UIAM) menawarkan pelbagai kursus Diploma. (boleh layari dengan KLIK DISINI). Juga KOLEJ Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) yang mempunyai kerjasama dengan UUM, UtM dan Unitar dan menawarkan puluhan Kursus Ijazah dan Diploma serta Sijil. Global Institute Of Studies yang beroperasi di Nilai menawarkan kursus Seni Kulinari dan Pelancongan. ada 400 lagi yang menawarkan pelbagai peluang. Cuma, terpulang kepada anda menentukan dan memilihnya. Kami mencadangkan beberapa kolej pilihan yang kami paparkan di laman web kami http://koleksiminda.com

Sekian untuk kali ini. wassalam.

No comments: